Terkini | New

Pengasas produk Jennaira bakal ambil tindakan mahkamah terhadap bekas 'suami palsunya'

Pengasas produk Jennaira bakal ambil tindakan mahkamah terhadap bekas 'suami palsunya'


Dato Sri Azlina Hanim Hassan,36, iaitu pengasas produk kecantikan Jennaira bakal menfailkan saman terhadap bekas 'suami palsunya’ Datuk Rohaizat Musa,47, dalam masa terdekat ini. Beliau hanya mengetahui bahawa pernikahannya itu tidak sah (syubahah) apabila pemalsuan dokumen yang dilakukan oleh ‘suami palsu’ terbongkar.

“Pernikahan kami ini diadakan di sebuah rumah di Keramat sekitar tahun 2013 dengan menggunakan sindiket kononnya tanpa pengetahuan isteri pertama Datuk Rohaizat. Datuk Rohaizat dipercayai mengupah seorang lelaki yang menyamar sebagai wali ketika pernikahan mereka. Namun identiti lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia pada tahun 1964.Saya hanya mengetahui ini semuanya penipuan setelah pernikahan saya dibubarkan dan diklasfikasi sebagai tidak sah oleh Jabatan Agama Islam Kota Setar.”

“Saya seperti dipukau sepanjang perkahwinan ini seperti tidak ambil peduli mengenai pendaftaran pernikahan sehingga melahirkan anak seorang demi seorang.Hasil dari perkahwinan ini mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.Jika diikutkan kami bukanlah suami isteri yang sah tetapi anak-anak boleh dibinkan kepada kepada dia kerana sistem Jabatan Pendaftaran Negara tidak ‘link’ dengan sistem Jabatan Agama Islam."

“Tuntuan nafkah anak akan saya buat di Mahkamah Syariah Sabak Bernam pada 28 Februari ini manakala tuntutan saman RM10 juta akan dibuat di Mahkmah Sivil Shah Alam, tarikh untuk kes saman ini akan saya beritahu kelak."

Beliau bakal diwakili oleh Peguam Syarie Asyraf dari firma guaman Asyraf & Associates. Menurut peguam Asyraf, beliau baru sahaja menerima kes ini dari anak guamnya beberapa minggu lepas dan ia masih di dalam siasatan beliau. Sekiranya ada perkembangan terkini mengenai kes anak guamnya, beliau akan maklumkan kepada pihak media.