Terkini | New

HIDANGAN 1001 RASA SEMPENA RAMADAN Di THE GRAND CAMPBELL HOTEL, KUALA LUMPUR

HIDANGAN 1001 RASA SEMPENA RAMADAN Di THE GRAND CAMPBELL HOTEL, KUALA LUMPUR


The Grand Campbell Hotel  yang terletak di dalam Kompleks Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU akan menyediakan Buffet Ramadhan yang berkonsepkan “Hidangan 1001 Rasa” dengan harga RM78.00 untuk Dewasa dan RM55.00 untuk Kanak-Kanak.


Dengan hidangan yang lebih daripada 100 aneka juadah berbuka puasa, akan menjadikan “The Grand Campbell Hotel” pilihan penggemar warga kota untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan.


Apa yang menariknya, sepanjang bulan Ramadan ini, selebriti terkenal Chef Dee atau lebih dikenali dengan watak “Dee Jangan Ketawa” akan menghiburkan pengunjung sambil menikmati juadah berbuka di THE GRAND CAMPBELL HOTEL, KUALA LUMPUR.


Selain dari menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di “The Grand Campbell Hotel” sepanjang bulan Ramadan dengan Harga Promosi dari RM150.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang), sehingga RM300.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang).



“The Grand Campbell Hotel” juga menyediakan Pakej Perkahwinan untuk bakal Pengantin dengan kapasiti Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa, semestinya menjadi pilihan bakal-bakal Pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka. 




“The Grand Campbell Hotel” juga mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, dan Bilik Eksekutif. Kami juga mempunyal tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. Di samping itu, kami akan memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.




Pelbagai hidangan menarik menanti semua termasuklah kambing golek dan lauk pauk yang memenuhi citarasa semua. Apa yang menarik lagi termasuklah ikan bakar, sambal udang, sambal tumis ikan bilis, daging masak lemak, paru sambal, lala dan pelbagai lagi.









Kedudukan lokasi Hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan Hotel ini tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.

Untuk tempahan boleh hubungi : 018-9767177
atau email di : sales@grandcampbellhotel.com