Terkini | New

Majlis Perjanjian Persefahaman Angsa Emas Jewellery Dan Pelancaran Kad Keahlian AEJ Takaful

Majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) Angsa Emas Jewellery Dan Pelancaran Kad Keahlian AEJ Takaful

Tahniah kepada Angsa Emas Jewellery di atas pelancaran Kad Keahlian AEJ Takaful bertempat di Sheraton Petaling Jaya Hotel berlansung dengan meriah.


Emas bukan sahaja cantik dijadikan perhiasan tubuh tetapi juga boleh dijadikan ‘dana kecemasan’ ketika dilanda musibah. Selain wang tunai, orang ramai boleh menyimpan emas sebagai benteng kewangan terakhir dengan menjual atau memajaknya untuk mendapatkan wang tunai segera.



Sejajar dengan itu sebagai peneraju perniagaan emas patuh syariah di negara ini, Angsa Emas Jewellery mahu melaksanakan misi memperluaskan industri emas dan melakukan kolaborasi strategik.


Pengarah Angsa Emas Jewellery, Datuk Zulhilmi Mukhtar berkata, syarikat mahu melaksanakan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan “Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas. Antara perancangan lain syarikat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, menggiatkan lagi aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk memperkenalkan nama Angsa Emas Jewellery.


“Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,” katanya kepada media. Angsa Emas Jewellery mempunyai dua kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam.


Keahlian AEJ Takaful

Keahlian AEJ Takaful adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad.

Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan. Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun.


Encik Rozily Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah Etiqa, berkata, “Etiqa General Takaful Berhad amat berbesar hati menawarkan sebuah pelan perlindungan Individu Berkumpulan kepada ahli-ahlii Angsa Emas Jewellery. Pendekatan strategik ini akan memberikan nilai tambah yang besar dengan memberikan mereka pampasan sehingga RM30,000 kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan, serta pampasan kos pengebumian sehingga RM3,000.”



Rozita Che Wan Sebagai Muse Angsa Emas Jewellery

Sempena majlis perjanjian persefahaman ini juga Angsa Emas Jewellery memperagakan perhiasan emas kepada jemputan dan media yang hadir. Ahli perniagaan, penerbit, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan atau Che Ta tampil menggayakan barang kemas Angsa Emas Jewellery.



Syarikat memilih beliau kerana pengaruhnya sebagai seorang selebriti dan beliau seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dan anggun. Che Ta juga melengkapkan gayanya dengan memakai barang kemas. Oleh itu, Angsa Emas Jewellery sangat berinspirasi untuk menjadikan Rozita Che Wan sebagai Muse bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery bagi tahun 2023.



Angsa Emas Jewellery sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Rozita Che Wan. Semoga dengan kerjasama ini menambahkan lagi kilauan kedua-dua belah pihak. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial media di :


Profil Syarikat Angsa Emas Jewellery Group Sdn Bhd

Angsa Emas Jewellery telah diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor. Syarikat ini semakin popular kerana menjual barang kemas dengan reka bentuk eksklusif berbeza dengan kedai barang kemas lain yang menjual reka bentuk tradisional.

Reka bentuk barang kemas yang terdapat di Angsa Emas Jewellery diberi sentuhan eksklusiviti seperti koleksi Adore, Hagiaa dan Omnia. Angsa Emas Jewellery mengutamakan keselesaan pelanggan di mana kakitangan dilatih untuk mengendalikan pelanggan dengan sebaik mungkin, profesionalisme dan mesra. Meningkatkan nilai untuk pelanggan adalah keutamaan syarikat dan hasilnya, Angsa Emas Jewellery turut mendapat kepercayaan pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei.

Syarikat juga memupuk persekitaran kerja yang memuaskan, mesra dan sentiasa menggalakkan kakitangan untuk berkembang bersama syarikat. Memandangkan jenama Angsa Emas Jewellery terus berkembang, syarikat sentiasa mencari alternatif lain yang boleh diterima pakai untuk melayani pelanggan dengan lebih baik. Cabaran terbesar Angsa Emas Jewellery untuk menghadapi pasaran emas pada tahun ini ialah memperkenalkan reka bentuk emas moden, bergaya dan minimalis untuk menambah nilai eksklusif Angsa Emas Jewellery.