Terkini | New

Penjenamaan semula COSRY Bersama Peragaan Pakaiaan Konsep Baru ‘Ready-To-Wear’ Masa Kini.

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT, DATUK SRI HAJAH NANCY SHUKRI LANCAR PENJENAMAAN SEMULA JENAMA BUSANA TERKENAL COSRY.


Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Sri Hajah Nancy Shukri melancarkan penjenamaan semula busana tekstil terkenal tanahair yang bertaraf antarabangsa, COSRY di Shoppes, Kuala Lumpur.


Beliau dalam ucapannya berkata, kementeriannya sentiasa menyokong apa jua program yang bertujuan memartabatkan kaum wanita di negara ini termasuklah bidang keusahawanan tekstil. Penjenamaan semula COSRY yang melibatkan konsep baru ‘Ready-To-Wear’ amat sesuai dengan perubahan ‘trend’ kehidupan masa kini yang memerlukan pergerakan serba pantas.

Datuk Sri Hajah Nancy turut menyentuh tentang elemen warisan rekaan COSRY dengan menyatakan bahawa ia inisiatif murni pasukan kerja COSRY untuk Bersama dengan pihak kerajaan dalam mengangkat nilai warisan seni dan budaya negara.



Beliau turut memuji hasrat COSRY untuk meneruskan Program Jahitan Manik Ibu Tunggal B40 yang berpotensi menjana pendapatan golongan itu sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000 sebulan kerana ia seiring dengan sasaran KPWKM yang mahu meningkatkan penglibatan wanita secara produktif dalam bidang keusahawanan dan pasaran kerja. Antara komitmen KPWKM ialah menerusi Program Keusahawanan Bangkit KPWKM anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) baru-baru ini yang telah dilaksanakan di beberapa tempat di Sarawak.


Datuk Sri Hajah Nancy yakin usaha COSRY ini akan menjadi inspirasi kepada wanita di negara ini bukan sahaja untuk berkarya dalam bidang fesyen dan tekstil, malah memperbaiki taraf kehidupan yang lebih berpandangan jauh dan sempurna.


Datin Philomena Simeon dengan Pengasas Butik COSRY , Ariff Quasry Md Nor bermula sebagai pelanggan yang sering menempah baju di butik dan kebetulan mereka berkongsi minat yang sama dalam bidang fesyen dengan saling bertukar pandangan, melontarkan pendapat dalam industri fesyen dan tekstil tanah air. Atas keserasian itu, Philomena kini ‘menyertai’ pasukan kerja COSRY sebagai Pengarah dan rakan kongsi butik itu untuk bersama-sama berganding bahu dan mencurahkan idea untuk penjenamaan semula COSRY.


Kesediaan Philomena untuk bersama-sama mengembangkan empire fesyen COSRY amat bermakna kepada Ariff yang diibaratkan ‘tempang sebelah kaki’, selepas sahabat karib, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif COSRY, Putra Aziz, meninggal dunia pada Disember 2021.


Bagi mencorakkan pembaharuan dan mengukuhkan penguasaan COSRY dalam industry fesyen tanah air, Philomena menyuntik motif Sarawak yang ternyata mempunyai kelainan sendiri. “Saya anak jati Bumi Kenyalang jadi saya mahu mengetengahkan budaya pelbagai suku kaum di negeri itu dan kepada pencinta fesyen, motif Sarawak tidak asing lagi kepada mereka.

“Minat saya terus bercambah dalam seni reka fesyen ini apabila saya berkhidmat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah Datuk Sri Hajah Nancy. Alhamdulillah, fokus saya kini tertumpu kepada penjenamaan semula COSRY bersama Ariff dan warga COSRY.” Katanya. COSRY melancarkan laman sesawang yang baru iaitu www.cosry.com.




Penjenamaan semula COSRY turut menyaksikan penubuhan ‘COSRY IMAGE’ dengan mengeluarkan pakaian Ready-To-Wear (RTW). Sebelum ini konsep rekaaan COSRY adalah ‘made-to-measure’ iaitu lebih kepada tempahan. Bagaimanapun, untuk meluaskan lagi sasaran pemasaran COSRY kepada seluruh masyarakat terutama golongan muda, COSRY mengeluarkan pakaian RTW yang tersedia sepanjang masa dan sesuai digayakan pada semua keadaan serta majlis keraian.




 

Latar Belakang COSRY COSRY merupakan jenama fesyen yang sudah menapak di hati peminat hampir 20 tahun lalu. Terkenal sebagai jenama yang mengeluarkan busana perkahwinan eksklusif dan anggun. COSRY sering menjadi pilihan bakal pengantin di kalangan VVIP, selebriti dan dan artis ternama tanah air.




Mereka yang pernah menggayakan baju pengantin sentuhan COSRY ialah Datuk Sheila Majid, Datin Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani, Erra Fazira, Anzalna Nasir, YM Che Puan Juliana Evans, YM Che Puan Shamim Farid, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datin Niena Baharun, Dr Amalina Che Bakri, Zahiran Mcwilson & Aiman Hakim, Elfira Loy, Nadiyah Shahab & Ben Ali, Mawar Rashid & Raf Yaacob dan Bella Astillah & Arif Aziz. Malah, pelakon Hollywood Batman Forever, Nicole Kidman turut pernah menggayakan busana rekaan COSRY di sebuah acara karpet merah di Turki pada tahun 2016.




Sentuhan ‘emas’ Putra menjadikan butik itu antara pilihan utama kepada bakal raja sehari dan mereka yang mengutamakan ketrampilan untuk ke acara rasmi, majlis keraian dan menggayakannya pada musim perayaan. Kini Putra tiada lagi dan ‘pemergiannya’ membuatkan Ariff terpaksa mencari kekuatan dalam meneruskan legasi butik itu.

Selepas enam bulan Putra ‘pergi’ , Ariff bangkit semula dan jika selama ini beliau lebih senang berada di belakang tabir COSRY namun kini beliau akan ‘ke depan’ sekali gus meletakkan dirinya sebagai pereka utama COSRY. Selepas enam bulan Putra meninggal, pada 4 Jun 2022, butik COSRY yang terletak di Sri Hartamas terbakar dan semua koleksi rekaan Putra yang dikumpul selama 15 tahun turut terbakar tanpa sempat diselamatkan walaupun sehelai. Barang kenangan arwah hilang lenyap dalam sekelip mata. Bangkit di atas kesedihan itu, saya yakin pasti ada hikmah di atas setiap ujian Allah SWT ke atas hambaNya, lalu saya kuatkan semangat untuk membina semula COSRY.





Untuk koleksi Hari Raya yang diperagakan hari ini, terdapat 3O koleksi khusus untuk digayakan pada Aidilfitri ini. Tema warna musim perayaan ini menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus ‘warna-warna garang’ seperti ‘shocking pink’. Warna-warna garang masih diselitkan dalam rekaan ini kerana ada peminatnya,” katanya.


Pasukan kerja COSRY ada 10 orang termasuk pereka fesyen, tukang potong, tukang jahit baju dan tukang jahit manik. Butik COSRY yang baharu akan beroperasi di Jalan Maarof, Bangsar yang sedang dalam pengubahsuaian dan dijangka siap pada Jun ini.


Buat masa sekarang, COSRY beroperasi di sebuah kediaman di Bangsar dan untuk memudahkan pelanggan untuk melihat sendiri pakaian yang sudah siap atau membuat tempahan, mereka bolehlah pergi ke Pop-up store COSRY yang terletak di tingkat dua, Shoppes At Four Seasons Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.