Terkini | New

Saksikan SUMPAHAN SYAITAN Sebuah Filem Seram Komedi Dan Menangi Hadiah Menarik Tonton & Menang

Saksikan SUMPAHAN SYAITAN Sebuah Filem Seram Komedi Dan Menangi Hadiah Menarik Tonton & Menang.


Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. Sebuah filem seram komedi yang dibarisi pelakon hebat, antaranya Datuk Ac Mizal, Farid Kamil, Nynaa Harizal, Datuk Jalaluddin Hassan, Adam Shahz, Yassin Senario, Syaiful Apek, dan ramai lagi.Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.2023.


TONTON & MENANG

Kepada yang ingin memenagi sebuah motor idaman boleh datang menonton filem “Sumpahan Syaitan”.5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau layari www.sumpahansyaitan.com. Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan

SUMPAHAN SYAITAN
PENERBIT: D-Bay Filem Factory dan Red Firess Film Production
PENGARAH: Roy
PELAKON: Farid Kamil, Datuk Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Datuk AC Mizal, Adam Shahz, Saiful Apek, Yassin, Senario (Azlee, Pak Ya) dan ramai lagi.

TARIKH TAYANGAN: 2 MAC 2023
LAGU TEMA: Akhirnya Pasti - Aniez Burke ft. Ishraq, Beejay, Ash
Lirik : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly
Lagu Ciptaan : Muhaiyudin Ramly, Amira Anuar, & Mustaffa Ramly

SINOPSIS
Kisahnya tentang Sam diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang diketuai oleh Ray. Sam bertemu dengan rakan baiknya seorang broker hartanah iaitu Malik bagi meminjam wang untuk modal pelaburan,namun gagal. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu oleh Ray, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco.

Malik telah mengarahkan Sam & Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri. Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu. Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarga? 


Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya? Disebalik kisah seram, Pasti ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan.


\