Terkini | New

AL-IKHSAN LANCAR KOLEKS BAJU MELAYU KOLABORASI BERSAMA IKTITAF ALIF, ALIF SATAR DAN DATUK AZIZULHASNI AWANG

AL-IKHSAN LANCAR KOLEKS BAJU MELAYU KOLABORASI BERSAMA IKTITAF ALIF, ALIF SATAR DAN DATUK AZIZULHASNI  AWANG


Al-ikhsan Sports dengan jenama “in-house”nya Al-ikhsan Sports mengumumkan sebuah kolaborasi bersama Iktikaf Alif dalam membawakan koleksi baju melayu bersempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Kolaborasi ini membawakan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta baju melayu dan kurta Al-Ikhsan Sports serta atlet pelumba basikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang.



Koleksi baju melayu dan kurta ini mengadaptasikan teknologi Pesak Ventech™ di mana konsep tersebut menggunakan material jenis “mesh” pada bahagian bawah lengan yang menjadikan koleksi ini anti peluh, cepat kering serta selesa dan berangin. Sesuai dengan cuaca di Malaysia terutama sekali pada bulan Syawal yang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti fizikal sepanjang hari. Bertepatan dengan slogannya — “Baju Melayu yang cool”, koleksi ini pastinya akan memberi si pemakai keselesaan sepanjang hari.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla,”Buat pertama kalinya Al-Ikhsan Sports telah mencipta koleksi di mana sukan memenuhi tradisi. Saya percaya koleksi ini akan menjadi pengubah permainan (game changer) yang lengkap untuk pasaran Malaysia dan juga akan mempunyai kaitan global pada masa hadapan. Ini juga adalah salah satu tanda terima kasih kami kepada para pelanggan yang sentiasa bersama kami sepanjang 30 tahun yang lalu.”



Baju melayu dan kurta Pesak Ventech™ ini membariskan 5 kategori iaitu baju melayu potong biasa (regular fit), baju melayu potong ‘slim’ (slim fit), kurta 3 butang, kurta 1 butang dan juga koleksi untuk kanak-kanak. Mempunyai 18 warna pilihan, kesemua koleksi ini dijual dari harga mampu milik iaitu RM99, RM129 dan RM169.



Boleh didapati di outlet di bawah bermula 13 Mac 2023 (Isnin)

Al-Ikhsan Sports Megastore Johor
Al-Ikhsan Sports Aeon Bandaraya Melaka
Al-Ikhsan Sports Kangar Kuala Perlis
Al-Ikhsan Sports Megastore Bangi
Al-Ikhsan Sports Mytown, Kuala Lumpur
Al-Ikhsan Sports Alamanda Putrajaya
Al-Ikhsan Sports Paradigm Mall, Johor Bahru
Al-Ikhsan Sports Queensbay Mall Penang
Al-Ikhsan Sports Jalan Kancut Alor Setar
Al-Ikhsan Sports Batu Pahat
Al-Ikhsan Sports East Coast Mall, Kuantan
Al-Ikhsan Sports IOI City Mall Putrajaya
Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Bukit Tinggi
Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Kota Bharu
Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Seri Manjung
Al-Ikhsan Sports Kota Bharu
Al-Ikhsan Sports Kuala Terengganu
Al-Ikhsan Sports Setapak Sentral
Al-Ikhsan Sports Mahkota Parade Melaka
Al-Ikhsan Sports Midvalley Southkey Johor Bahru
Al-Ikhsan Sports Pavilion Bukit Jalil
Al-Ikhsan Sports Biz Avenue Seremban 2
Al-Ikhsan Sports Sunway Carnival Pulau Pinang





Akan datang ke 76 outlet Al-Ikhsan Sports bermula 20 Mac dan kehahadapan. Koleksi baju melyu dan kurta Iktikaf Alif ini boleh didapati di rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports serta secara pembelian digital melalui laman e-dagang Al-Ikhsan Sports : www.al-ikhsan.com