Terkini | New

Siri Samsung Galaxy S23 Kualiti Lensa Terbaik Masa Kini Di Pertingkatkan

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar terbaharu siri Galaxy S23 yang menjadi pilihan peminat photography masa kini. Samsung memperkenalkan siri Galaxy S23 semasa acara "The A to Z of Galaxy Unpacked 2023" di San Francisco februari lalu. Membuka era Inovasi terkini Samsung Galaxy.


Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan Siri Galaxy S23 yang dilancarkan baru-baru ini memberi impak kepada pengunjung dengan reka bentuk yang cantik dan lensa kamera belakang yang dijajarkan secara menegak dan mengemas kini keupayaan kamera Galaxy S23 Ultra dengan ketara.



Kami memilih Samsung Galaxy S23 untuk review kali ini yang menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.1-inci dengan resolusi 2340 x 1080 (FHD+), kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, Samsung Galaxy S23 menggunakan pemproses Snapdragon 8 Gen 2, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.


Jom kita lihat kualiti kamera lensa terbaik masa kini yang di pertingkatkan untuk Samsung Galaxy S23 bagi penggunaan untuk bergambar atau pembikinan video. Samsung Galaxy S23 hadir bersama kamera utama 50MP baharu yang serba boleh dan kamera hadapan 12MP, dipertingkatkan dengan Super HDR untuk menghasilkan lebih banyak warna natural dan hidup. 


Penggunaan video dalam keadaan gelap dengan fungsi foto dan video waktu malam yang juga telah dipertingkatkan. Bagi penggambaran rakaman video pula dapat mencapai resolusi UHD 8K (7680 x 4320)@30fps dan slow motion 960fps @FHD, 240fps @FHD yang pasti menakjubkan.


Bagi Samsung Galaxy S23 dan 23+ Optical Zoom 3x, Digital Zoom terhad sekadar 30X sahaja berbanding Galaxy S23 Ultra yang mampu mencapai sehingga Digital Zoom 100x dengan 200MP yang lebih menarik lagi. Tapi tak kurang hebatnya bersama 30X yang mampu mencapai kualiti gambar dan visual yang mantap.






Gambar ini dihasilkan dari posisi dan kedudukan yang sama bagi memperlihatkan jarak zoom yang mampu dihasilkan walaupun hanya Digital Zoom terhad sekadar 30X sahaja. Penambahan baik lensa kamera ini pasti digemari oleh peminat photography masa kini.








Kamera utama 50MP baharu yang serba boleh telah dipertingkatkan dengan Super HDR untuk menghasilkan lebih banyak warna hidup dan jelas. Penggunaan expert Raw dan Portrait banyak membantu mendapatkan kualiti, ambar yang jelas dan padu..




Gambar tetap dapat dihasilkan cantik walaupun tanpa lampu flash ketika dalam situasi gelap di sekitar pelancaran salah satu event yang turut menguji kemampuan Samsung Galaxy S23 berjaya berbanding telefon pintar yang lain.






Bagi penggambaran fashion show pula jarak yang sedikit jauh dan kurang pencahayaan dapat di atasi dengan mode portrait yang dapat menangkap fokus subjek dari 1X dan 3X ZOOM mode portrait yang mencerahkan lagi foto dan video anda. Pasti mendapat hasil yang menarik dan gambar berwarna-warni!




Masih dalam mode portrait lagi subjek dan objek dapat mengesan fokus bagi menghasikan bokeh tersedia pada gambar dan video yang lebih cantik dan berkualiti. Anda juga dapat bergambar bersama artis kesayangan anda seperti menggunakan dlsr kamera yang besar. Terdapat juga kamera hadapan untuk anda berswafoto bersama bokeh F2.2 yang lebih jelas.







Bagi peminat food photography dan penggemar makanan inilah masanya anda serlahkan gambar makanan dan style hiasan yang menarik untuk dimuat turun di instagram dan laman sosial anda. Gambar yang cantik pasti menjadi tarikan pengunjung dan peminat untuk berinteraksi bersama anda. Pastikan posisi composition subjek anda dan biarkan Samsung Galaxy S23 merakam semuanya!


Antara quick panel layout yang dapat membantu anda untuk mengakses setting dan aplikasi  yang lebih mudah dan cepat. Penggunaan Nearby Share dan Quick Share membantu menghantar foto dan dokumen kepada penggunaan android yang lain lebih pantas. 

Apa yang lebih menarik lagi penggunaan Dex Mode yang boleh mengakses paparan ke TV dan monitor komputer anda. Teknologi di hujung jari sahaja!


Nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S23 Ultra selepas ini bagaimana kehebatan naik taraf lensa kamera terbaru yang telah dicuba untuk menghasilkan filem-filem menarik dari pengarah yang hebat.


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S23

Model: Samsung Galaxy S23
Paparan: 6.1-inch, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+
CipQualcomm Snapdragon 8 Gen 2
OSSamsung One UI 5.1
RAM: 8GB 
Memori Dalaman128GB, 256GB
Kamera UtamaRear Camera - Resolution (Multiple) 50.0 MP + 10.0 MP + 12.0 MP
Kamera Depan: 12 MP
Bateri: 3700mah
SIM/Telefon: Dual SIM
USB: USB Type-C
NFC: Yes
Sistem ImbasanAccelerometer, Barometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor, Proximity Sensor


Warna Pilihan: Phantom White, Green, Pink Gold and Phantom Black

Harga Jualan: RM3899 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S23 anda boleh mengunjungi lama web Samsung Galaxy S23: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23/buy/