Terkini | New

Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Rai Keberkatan Ramadan Bersam Anak-Aanak Yatim

Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Rai Keberkatan Ramadan Bersam Anak-Aanak Yatim

Seiring dengan kehadiran bulan Ramadan, untuk kesekian kali nya Pusat Beli-Belah Alamanda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi.


Seramai 42 kanak-kanak yang berumur 8 sehingga 17 tahun disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong apabila mereka tiba di perkarangan ‘Centre Court’, Pusat Beli-Belah Alamanda.





Antara detik yang paling bermakna buat anak-anak kecil ini apabila mereka menerima tajaan kelengkapan Hari Raya. Senyuman dan kegirangan jelas terpancar di wajah mereka ketika mana mereka diberi peluang untuk memilih sendiri persalinan aidilfitri termasuk baju raya serta kasut raya yang baharu.





Selain daripada tajaan membeli-belah, anak-anak ini dihiburkan dengan persembahan tradisional ‘dikir barat’. Untuk keceriaan berganda, mereka turut menerima sumbangan berbentuk ‘duit raya’ dan sepasang lagi persalinan baju raya yang ditaja oleh rakan niaga Pusat Beli-Belah Alamanda. Program menyantuni anak-anak yatim ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Pusat Beli-Belah Alamanda.



Pengarah Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien mengulas, “Sebagai sebuah organisasi yang fokus dengan tanggungjawab sosial korporat, adalah suatu yang sinonim bagi kami untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar. Kami amat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menyantuni Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah pada bulan yang mulia ini.




“Kami berharap sumbangan kecil kami mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim ini selain daripada memberi semangat kepada organisasi yang lain untuk turut proaktif dalam penganjuran program seperti ini. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan niaga kami yang turut menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program ini.”




Turut hadir di majlis ini, penjaga Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Puan Siti Eshah yang turut berkata, “Saya, sebagai penjaga dan wakil pusat Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga terhadap Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah menganjurkan majlis ini untuk anak-anak di rumah Rukaiyah.



Kami amat terharu dengan kebersamaan pelbagai pihak di dalam memastikan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan tidak dilupakan untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri”

PUSAT BELI-BELAH MESRA
 
Sementara itu di Kemaman, Pusat Beli-Belah Mesra telah mengadakan majlis amal jariah pada 6 April 2023 yang mana mereka berkesempatan untuk menyantuni 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai). Majlis yang diberi nama ‘Jalinan Mesra’ telah diadakan di Dewan Mesra yang mana barisan anak yatim tersebut dirai dengan sambutan yang meriah.


Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Mesra, Junaidy Jamaludin menyambut ketibaan 16 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan yang berumur dari 7 tahun sehingga 17 tahun. Kanak-kanak perempuan telah menerima sepersalinan baju kurung serta selendang, manakala kanak-kanak lelaki menerima persalinan baju melayu bersama sampin sebagai persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri.


Tidak kurang daripada itu, kanak-kanak tersebut menerima pelbagai hadiah daripada pihak pengurusan dan duit raya yang bernilai RM100 setiap seorang Anak-anak yatim tersebut menerima tajaan berbuka puasa dan dalam pada masa yang sama, mereka turut dihiburkan dengan persembahan nasyid.


Majlis iftar yang berlangsung itu turut menerima tajaan daripada rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra seperti Rasa Sayang, The Body Shop, TMC, BH Beauty, U-Sport, Tealive, Cuckoo, D'Laksa, Rasa Kampung, Mee Tarik Warisan Asli, Tastebuds, Nasi ZNZ, Yong Tau Fu dan VV Rosegold.



Pengurus Rumah Huzai berkata, “Majlis ini adalah majlis yang sangat memberi makna kepada semua penghuni Rumah Huzai. Ia bukan hanya kerana hadiah dan sambutan yang diberikan, tetapi perhatian dan sikap ambil peduli yang kami terima. Kami amat berterima kasih kerana telah menjadikan hari ini hari yang amat istimewa.”




Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun. Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.alamanda.com.my
www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Mengenai Mesra Mall

Mesra Mall adalah pusat membeli-belah terunggul di Kemasik yang menawarkan pelbagai variasi fesyen, makanan, hiburan dan aktiviti untuk seisi keluarga. Ia merangkumi kawasan sebanyak 315,000 kaki persegi dengan satu tingkat. Mesra Mall telah dibuka untuk orang ramai pada Oktober 2008 dan sejak itu dikunjungi oleh masyarakat setempat dan pengunjung asing.


Mesra Mall mempunyai 5 dewan panggung wayang yang selesa, pusat boling 24 lorong, sebuah gelanggang futsal dan 12 gelanggang badminton serta tempat makan yang cukup selesa. Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan bank, surau yang luas dan kemudahan kerusi roda serta kereta sorong budak menjadikan Mesra Mall pusat sehenti untuk ahli keluarga dan rakan-rakan melakukan aktiviti harian atau meluangkan masa dengan dengan berfaedah.

Mesra Mall mempunyai dewan serbaguna seluas 16,000 kaki persegi yang merupakan dewan terbesar di kawasan itu yang boleh memuatkan 800 orang pada satu masa.Ini menjadikan Mesra Mall tempat strategik untuk mengadakan pameran, majlis perkahwinan atau korporat dan acara besar-besaran.

Untuk info lanjut, sila layari: