Terkini | New

Samsung Galaxy A34 5G Mampu Milik Dan Serba Boleh

Samsung Galaxy A34 5G Mampu Milik Dan Serba Boleh

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A34 5G yang tampak simple, anggun yang mampu milik dan serba boleh. Samsung Malaysia memperkenalkan Galaxy A baharu iaitu Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G semasa acara Gen Z Friendship Get-Together di Rollerwa, LaLaport Bukit Bintang City Centre. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy A34 5G untuk tatapan semua.


Samsung Electronics Co. Ltd. memperkenalkan Galaxy A baharu iaitu Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G berperanan menjadi telefon pintar sebagai teman hebat yang berusaha keras untuk mengubah kerja harian dan berhibur sepanjang hari termasuklah malam lebih lama yang mengagumkan. 



Siri Galaxy A lebih mengfokuskan tangkap gambar waktu malam bersama dengan sensor yang lebih besar, pasti memdapat foto dan video yang terang, walaupun dalam keadaan cahaya malap.  

Samsung Galaxy A34 5G menampilkan penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan digital video (VDIS) yang dipertingkatkan yang membolehkan anda menangkap kandungan hebat dengan yakin, dengan kejelasan yang menakjubkan.



Samsung Galaxy A34 5G mempunyai kamera swafoto 13MP F2.2 dengan autofokus. Di bahagian belakang, anda boleh menemui kamera utama 48MP F1.8 OIS, Macro Kamera 5MP f2.4, dan kamera 8MP F2.2 (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi.



Samsung Galaxy A34 5G kali ini menampilkan paparan Super AMOLED 6.6" dengan resolusi 1080 x 2340 (FHD+), kadar penyegaran boleh ubah 120Hz. Samsung Galaxy A54 5G menggunakan pemproses Processor Octa-core, 2GHz RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ciri menarik ialah kemampuan kalis air IP67 , pengimbas cap jari bawah skrin dan bateri 5,000mAh tahan seningga hari.



Unboxing Samsung Galaxy A34 5G
1. Samsung Galaxy A34 5G - 8GB RAM | 256GB  Awesome Violet 
2. USB Cable ( Type C)
3. SIM Pin
4. Kertas User Guide Samsung Galaxy A34 5G & Samsung Warranty Register Online

SPESIFIKASI PERANTI SAMSUNG GALAXY A34 5G

Model: Samsung Galaxy A34 5G
Paparan: 6.6-inch Super AMOLED, FHD+ (2,340 x 1,080), 19.5:9 aspect ratio, 120Hz dynamic refresh rate.
CPU : Octa-core (2x2.6 GHz Cortex-A78 & 6x2.0 GHz Cortex-A55)
OSOne UI 5.1 based on Android 13
Protection : Corning Gorilla Glass 5
Kalis Air: IP67 Based on lab test conditions for submersion in up to 1 meter of freshwater for up to 30 minutes
RAM: 8GB
Memori Dalaman: 256 GB
Kamera Utama: Triple: kamera utama 48MP F1.8 OIS, Macro Kamera 5MP f2.4, dan kamera 8MP F2.2 (ultra-lebar) 
Kamera Depan: 13MP F2.2 
VideoUHD 4K (3840 x 2160)@30fps
Bateri: 5,000mAh battery


Warna Pilihan: Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite, Awesome Silver
Harga Jualan: RM 1,599


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A34 5G anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung Galaxy A34 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a34-5g-silver-256gb-sm-a346ezsexme/