Terkini | New

WATSONS MEMPERSEMBAHKAN RAHSIA GAYA RAYA AIDILFITRI DENGAN HADIAH BERNILAI RM5,888,888 UNTUK DIMENANGI

WATSONS MEMPERSEMBAHKAN RAHSIA GAYA RAYA AIDILFITRI DENGAN HADIAH BERNILAI RM5,888,888 UNTUK DIMENANGI 

Filem Jenama Watsons Yang Dibintangi Oleh Pelakon Hebat Tanah Air Dengan Mesej Kemaafan Dan Kasih Sayang Adalah Rahsia Raya Yang Berharga, Ahli Watsons Boleh Memenangi Hadiah Berjumlah RM5,888,888 Termasuk Kereta Baharu Dari Perodua & Barang Kemas Poh Kong DAN Bantuan Komuniti & Sumbangan kepada 17 Rumah bernilai RM210,000


Watsons Malaysia membawakan kempen Watsons Rahsia Gaya Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2023. Kempen ini telah bermula pada 30 Mac 2023 sehingga 8 Mei 2023 sekaligus membawakan promosi yang menarik di kedai Watsons dan dalam talian serta filem jenama yang bertajuk Rahsia Gaya Raya.


“Kempen Hari Raya Watsons pada tahun ini mencerminkan komitmen kami bagi mengeratkan rakyat Malaysia menjelang musim perayaan. Filem jenama kami, Watsons Rahsia Gaya Raya, yang diilhamkan oleh karya detektif dan tema misteri, juga mengetengahkan kepentingan kasih sayang, kebersamaan dan mengatasi cabaran sebagai sebuah keluarga. 

Filem ini membawakan kisah dua beradik yang bersaing untuk kasih sayang dan persetujuan ibu mereka, dan melalui keazaman dan kerjasama, mereka mengatasi cabaran dan akhirnya membawa keluarga mereka erat semula. Kami berharap kisah yang menyayat hati ini akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang dan membina silaturrahim yang lebih kukuh sempena perayaan ini, “kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.


Filem jenama Watsons kali ini diinspirasi oleh misteri dan kegembiraan dan menampilkan barisan pelakon seperti Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat, Fyna Jebat dan pelakon terkenal seperti Didie Alias, Faizal Hussein & Nabil Mahir.

Saksikan filem jenama Watsons di laman rasmi Facebook, YouTube & Instagram Watsons: https://youtu.be/YF_7Aw-0g0I


“Watsons Malaysia berbesar hati untuk meneruskan komitmen dalam memberikan semula kepada komuniti sempena Raya yang yang bakal menjelang. Kami amatlah teruja untuk mengumumkan yang kami telah meyumbang barangan kesihatan and kecantikan bernilai lebih daripada RM210,000 kepada 17 buah rumah kebajikan dan yatim di seluruh Malaysia bagi membawa semua keriangan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, pasukan pengurusan dan kakitangan kami telah melawat Kampung Orang Asli Serendah untuk membina dua buah tandas awam dan mengalakan pengamalan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat. Kami berharap usaha kecil kami dapat memberi impak besar kepada kehidupan mereka yang kami hubungi dan meletakkan senyuman di wajah mereka pada sambutan Hari Raya ini,”tambah Caryn.


Masyarakat di Kampung Orang Asli Serendah diberikan bengkel kesejahteraan dan kebersihan selain menerima pemeriksaan kesihatan daripada ahli farmasi Watsons. Watsons Malaysia perlu menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan kami, berbakti kepada masyarakat, dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Sempena kempen ini, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50% di kedai-kedai dan secara dalam talian untuk semua pelanggan dan ahli kelab Watsons. Semua orang boleh mengambil peluang bagi mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang tiada tandingan.

“Watsons Malaysia membawakan anda pelbagai promosi hebat untuk semua ahli Kelab Watsons. Terdapat lebih banyak alasan untuk diraikan bersama kami kerana kami memberikan hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk dua buah kereta dari Perodua, barang kemas yang menakjubkan dan baucar tunai daripada Poh Kong, Baucar Watsons apabila berbelanja RM80 keatas menggunakan kad VISA,” kata Danny Hoh, Pengurus Besar Pemasaran & Pelanggan, Watsons Malaysia

Tambahan Danny, “Kemeriahan sambutan tahun ini diteruskan dengan lebih banyak tawaran kepada pelanggan dan ahli dengan penjimatan baucar Kesihatan & Kecantikan bernilai lebih daripada RM355. Bukan itu sahaja, dapatkan paket Raya percuma untuk ahli Kelab Watsons dan hadiah eksklusif percuma untuk ahli Elite dengan pembelian. Selain itu, beli anak patung Unik edisi terhad pada harga RM29.90 (atau dengan 8 e-setem dan tambah RM9.90 di dalam talian) dan hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit untuk tujuan yang baik.”


Filem kempen yang membawakan mesej utama sambutan gembira itu termasuk persembahan duet oleh Ayda dan Fyna Jebat. Ayda menambah, "Menjadi sebahagian daripada Watsons Rahsia Gaya Raya adalah pengalaman yang sangat istimewa bagi saya. Mesej di sebalik filem ini sangat dekat di hati saya kerana ia adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kebanyakan keluarga - pentingnya untuk sentiasa Bersatu dan mengatasi halangan bersama- sama sebagai sebuah keluarga. Saya harap filem ini akan menyentuh hati anda dan memberi inspirasi kepada anda untuk menghargai orang yang anda sayangi dan meraikan semangat kebersamaan.

Selain daripada promosi dan tawaran yang luar biasa ini, #KakiWatsons juga boleh menonton Resipi Raya Sihat yang dicipta oleh Chef Selebriti Sherson Lian, petua kesihatan dan kecantikan di Glow TV Rahsia Gaya Raya dan Jualan Watsons 4.4 khas yang berlangsung dari 4 hingga 6 April 2023. 

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba AR Filter Watsons Rahsia Gaya Raya dan pek pelekat Unik, yang sangat comel, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Muat turun disini: https://bit.ly/RahsiaGayaRayaWAStickers

Untuk maklumat lanjut layari www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi Watsons di Apple Store, Google Play Store & Huawei Store.