Terkini | New

Samsung Galaxy S23 Ultra Dengan Lensa Kamera 200MP Terbaik Untuk Tahun 2023

Samsung Galaxy S23 Ultra Dengan Lensa Kamera 200MP Terbaik Untuk Tahun 2023

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy S23 Ultra yang menjadi pilihan peminat photography masa kini bersama lensa kemera 200MP terbaik untuk tahun ini. Samsung memperkenalkan siri S23 Ultra semasa acara "The A to Z of Galaxy Unpacked 2023" di San Francisco februari lalu. Membuka era Inovasi terkini Samsung Galaxy. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy S23 Ultra untuk tatapan semua.


Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan Siri Galaxy S23 yang dilancarkan baru-baru ini memberi impak kepada pengunjung dengan reka bentuk yang cantik dan lensa kamera belakang yang dijajarkan secara menegak dan mengemas kini keupayaan kamera Galaxy S23 Ultra dengan ketara.



Samsung Galaxy S23 Ultra kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.8-inci 3088 x 1440 (Quad HD+) , kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, pembaca cap jari ultrasonik bawah paparan dan pembesar suara stereo. Samsung Galaxy S22 menggunakan pemproses Snapdragon Snapdragon® 8 Gen 2, 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.



Samsung Galaxy S23 Ultra mempunyai kamera swafoto 12MP dengan autofokus. Di bahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 200MP, kamera 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalam suasana pencahayaan yang rendah. Telephoto 10 MP bersama Optical Zoom 3x dan 10x, Digital Zoom sehingga 100x yang cukup padu hingga boleh mengambil banggunan tinggi dan bulan.









Lensa kamera memberikan pengguna lebih kebebasan untuk meneroka kreativiti mereka, seperti merakam video Nightography bertambah terang yang benar-benar sinematik dengan AI transformatif. Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 2 untuk Galaxy mengeluarkan pengalaman premium, termasuk AI yang tercanggih untuk permainan yang berterusan dengan grafik dan pantas. Terdapat juga S Pen bagi produktiviti, pencatatan nota, dan banyak lagi.


samsung Galaxy S23 Ultra telah menjanakan telefon dengan bateri 5000 mAh dan Siri Galaxy S23 dibina untuk bertahan dengan ketahanan. Ia merupakan peranti pertama yang menampilkan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, yang menawarkan ketahanan untuk kegunaan jangka panjang dan mengandungi purata 22 peratus kandungan kitar semula prapengguna. Siri Galaxy S23 juga menyediakan empat generasi peningkatan OS dan lima tahun kemas kini keselamatan, jadi pengguna dilindungi lebih lama.


Siri Galaxy S23 diperakui UL ECOLOGO® untuk mengurangkan kesan alam sekitar sambil tetap membawakan inovasi Samsung Galaxy yang terbaik. Penggunakan bahan kitar semula dalam lebih banyak komponen peranti berbanding mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy yang lain untuk meningkatkan dan memberikan kualiti dan estetika dengan kesan alam sekitar yang kurang.

Nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S23 Ultra selepas ini bagaimana kehebatan naik taraf lensa kamera terbaru yang telah dicuba untuk menghasilkan filem-filem menarik dari pengarah yang hebat.




SPESIFIKASI PERANTI GALAXY  S23 Ultra

Model: Samsung Galaxy S23 Ultra
Paparan:  (6.8" full rectangle) 3088 x 1440 (Quad HD+) , Dynamic AMOLED 2X, 120Hz,
CipSnapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy,  Octa-Core
RAM: 12GB 
Memori Dalaman : 512GB
Kamera UtamaRear Camera - Resolution (Multiple) 200.0 MP + 10.0 MP + 12.0 MP + 10.0 MP.
Optical Zoom at 3x and 10x, Digital Zoom up to 100x1
Kamera Depan: 12 MP
Bateri: 5000mah
SIM/Telefon: Dual SIM
USB: USB Type-C
NFC: Yes
S Pen Support : Yes
Sistem Imbasan: Accelerometer, Barometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor, Proximity Sensor

Warna Pilihan: Phantom Black, Cotton Flower, Botanic Green and Mystic Lilac

Harga Jualan: RM5,699.00 - 256GB|12GB , RM6,199.00 - 512GB|12GB
RM7,199.00 - 1TB |12GB

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S23 Ultra anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23-ultra/