Terkini | New

TotalEnergies dan Li-Ning Lancar Lancarkan Kejohanan Rasmi Pertama Badminton 3V3 di Malaysia

TotalEnergies dan Li-Ning Lancar Lancarkan Kejohanan Rasmi Pertama Badminton 3V3 di Malaysia

Aksi perlawanan akan berlangsung di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kuching, dengan harapan dapat mencungkil bakat baharu sukan badminton


TotalEnergies Malaysia dan Li-Ning Malaysia mengumumkan pelancaran kejohanan rasmi pertama 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023 untuk pemain bukan profesional di Malaysia. Ini adalah kejohanan badminton 3V3 (tiga lawan tiga) pertama yang dianjurkan secara bersama kedua-dua syarikat itu di Asia Tenggara.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Dato Sri Sam Soh, Pengarah dari Sunlight Sports Sdn Bhd, bersama Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Simon Soh, Ketua Pembangunan Perniagaan Li-Ning Malaysia, Wilfred Wong, Penolong Pengurus Besar IOI City Mall dan bekas lagenda badminton Tan Boon Heong. Goh Liu Ying dan Janice Woon turut menyerikan acara itu sebagai penyokong utama 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023.


“Badminton ialah sukan yang digemari ramai di Malaysia dan kami teruja untuk memperkenalkan acara baharu untuk mengembangkan lagi budaya badminton di sini,” kata Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia. “Sebagai jenama yang dipercayai dalam produk minyak pelincir dan penyelesaian mobiliti, kami sinonim dalam aspek memacu kecemerlangan dalam prestasi, ketepatan dan ketahanan. Badminton juga berkongsi sifat yang sama, dan kami berharap dapat memupuk sifat terpuji ini bersama-sama.”



“Badminton 3V3 mungkin agak baru di Malaysia, tetapi ia sudah mendapat sambutan hebat di China. Permainan pantas dan mendebarkan ini menawarkan peluang yang luar biasa untuk pemain dari mana-mana tahap kemahiran atau jantina mengambil bahagian. Kami teruja dapat bergabung tenaga dengan TotalEnergies untuk membawa semua lapisan masyarakat menikmati permainan dan berhubung dengan cara yang lebih bermakna,” kata Teah Yann Ling, Ketua Runcit dan Kreatif Kumpulan Li-Ning Malaysia.


3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup akan memulakan perlawanan pertama di Kuala Lumpur pada 15 September 2023, diikuti Johor, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak. Pemenang-pemenang dari setiap negeri kemudiannya akan bertanding di grand finale pada 18-19 November 2023 di Kuala Lumpur.

Kejohanan badminton 3v3 ini mempunyai empat kategori

● Pasukan Lelaki dengan dua kumpulan umur - bawah 30 dan ke atas 30 tahun

● Pasukan Terbuka Campuran (Mixed Open Team) dengan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita

● Pasukan Keseronokan Campuran (Mixed Fun Team) dengan sekurang-kurangnya seorang pemain di bawah umur 15 tahun.


Yuran pendaftaran RM300 akan dikenakan bagi setiap pasukan dengan cenderahati bernilai RM900 dihadiahkan kepada setiap pasukan. Selain itu, terdapat sejumlah RM338,800 hadiah untuk dimenangi oleh pemenang kejohanan badminton 3V3. 

Kelayakan untuk kejohanan tersebut hanya dibuka kepada warganegara Malaysia. Pemain kebangsaan atau profesional yang telah menyertai kejohanan antarabangsa di bawah Badminton Asia dan BWF dalam tempoh 5 tahun yang lalu (2018-2023) juga tidak layak menyertai kejohanan tersebut.


Kejohanan Badminton TotalEnergies Li-Ning Li Yongbo Cup 3V3 di China adalah siri yang dipertandingkan di lebih 20 bandar di seluruh China setiap tahun sejak 2017. Format 3V3 dalam badminton dimainkan membabitkan tiga lawan tiga dalam satu perlawanan.

TotalEnergies juga merupakan penaja utama serta Rakan Tenaga Rasmi dan Rakan Minyak Pelincir Rasmi Kejohanan Utama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) termasuk Kejohanan Dunia BWF, Kejohanan Akhir BWF Piala Thomas dan Uber, dan Kejohanan Akhir BWF Piala Sudirman. Terbaharu di Korea, Memorandum Persefahaman telah dimeterai oleh syarikat usahasama TotalEnergies, S-OIL TotalEnergies Lubricants Co., Ltd untuk menjadi rakan rasmi Persatuan Badminton Korea dan rakan penaja kejohanan badminton antarabangsa yang diadakan di Korea. Ia akan dianjurkan oleh BWF dan dihoskan oleh Persatuan Badminton Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar untuk 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023, sila lawati https://www.lining.my/SalePage/Index/284192?garefersrc=HotsaleInCategory Tertakluk kepada terma dan syarat.


Mengenai TotalEnergies Marketing Malaysia

TotalEnergies Marketing Malaysia memasuki pasaran Malaysia pada 1985 menerusi jenama ELF. TotalEnergies telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengedar rangkaian lengkap produknya termasuk pelincir cecair automotif, perindustrian & elektrik, minyak gris, penjagaan kereta dan produk-produk khusus. Dalam sektor automotif, produk TotalEnergies boleh didapati di seluruh negara di lebih 300 pusat Quartz Auto Care & 750 bengkel bebas. Ia juga telah memenuhi keperluan pelanggan banyak Perindustrian, Kenderaan dan OEM bersama dengan pengedarnya. TotalEnergies Malaysia terus memberi perhatian kepada pelanggan dengan menawarkan nilai yang lebih besar kepada pelanggan dan rakan kongsi.


Mengenai TotalEnergies

TotalEnergies merupakan syarikat tenaga pelbagai global yang menghasilkan dan memasarkan tenaga: minyak dan biofuel, gas asli dan gas hijau, tenaga boleh diperbaharui dan elektrik. Lebih daripada 100,000 pekerja kami komited kepada tenaga yang lebih mampu milik, lebih bersih, lebih dipercayai dan boleh diakses oleh seramai mungkin. Aktif di lebih 130 negara, TotalEnergies meletakkan pembangunan mampan dalam semua dimensinya sebagai nadi projek dan operasinya untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat

Mengenai Li-Ning Malaysia

Li-Ning Malaysia ialah jenama sukan terkemuka yang terkenal dengan produk berkualiti dan reka bentuk yang inovatif. Dengan kehadiran yang kukuh dalam pasaran Malaysia, Li-Ning menawarkan pelbagai jenis pakaian olahraga, kasut dan aksesori untuk peminat sukan. Jenama ini memenuhi pelbagai jenis sukan seperti bola keranjang, badminton, larian, dan Sepak Takraw di Malaysia. Li-Ning Malaysia diiktiraf atas komitmennya untuk menyampaikan gear berprestasi tinggi yang menggabungkan gaya dan fungsi. Produk ini digemari oleh kedua-dua atlet profesional dan pemain rekreasi, menjadikan Li-Ning pilihan yang dipercayai dalam kalangan peminat sukan di Malaysia. Dengan tumpuannya pada kualiti dan prestasi, Li-Ning terus memberi inspirasi dan memperkasakan atlet untuk mencapai yang terbaik.

Komitmen jenama terhadap promosi sukan terbukti melalui penganjuran acara sukan, penajaan dan sokongan untuk inisiatif akar umbi dalam komuniti setempat. Dengan tumpuan kepada inovasi, gaya dan prestasi, Li-Ning Malaysia menarik minat atlet dan peminat sukan, menjadikannya jenama yang berpengaruh dalam pasaran tempatan.