Terkini | New

Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023) Bakal himpun ramai penggiat dan penggemar sukan Muay Thai

Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023) Bakal himpun ramai penggiat dan penggemar sukan Muay Thai.



Persatuan Muay Thai Terengganu akan menganjurkan program sukan berskala prestij iaitu Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023) yang mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri mahu pun luar Malaysia untuk pertama kalinya.

Nama Terengganu Fight Festival 2023 – T-Fight Festival 2023 dipilih atas dasar faktor kepada penjenamaan komersial mewakili sukan berlandaskan seni bela diri di Negeri Terengganu Darul Iman.


Program yang akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk Terengganu itu akan diadakan selama dua hari dua malam, bermula 29 hingga 30 September 2023, jam 9 pagi hingga 11 malam, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Acara T-Fight Festival 2023 ini juga diselarikan dengan trademark “Sukan Patuh Syariah”dan "Fit Is Sunnah” yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.


Presiden Persatuan MuayThai Terengganu, Master Najmi bin Abdullah berkata, program seperti ini mampu memberikan impak yang pelbagai dari sudut industri sukan, gaya hidup sihat, pelancongan, keusahawanan serta sosial generasi muda.

"Persatuan Muay Thai Terengganu diiringi Majlis Sukan Negeri bersama Kerajaan Negeri serta agensi kementerian menjayakan acara ini agar memberikan manfaat yang tersendiri kepada semua pihak seterusnya mampu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2023. Objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.


Dari kiri : Mat Ropi - Singamuda Kuda Merah PDRM , Dr Nasree Najmi - Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu , Master Najmi Abdullah - Presiden Persatuan Muaythai Terengganu , MUHAMMAD AAFFENDI JAAFAR - Penyelaras Teknikal Acara Dalaman T - Fight , MUHD HASLIZAN HASHIM - Penyelaras Teknikal Acara Luaran T - Fight

"Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu. Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia," jelas Master Najmi.

Tambahnya, menjadikan T-Fight Festival 2023 sebagai program terbesar penganjuran sukan tempur (gelanggang) yang mampu memberikan impak pelbagai pihak serta menarik kedatangan para pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.


Penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC - Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia, Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat.

Acara utama program ini adalah One Arena, Thousands of Eyes iaitu T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).



Selain itu, acara ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpun penggiat beladiri dan tempur dalam satu pertunjukan seni yang melibatkan penggiat yang aktif di dalam dan luar Terengganu bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Pelbagai acara sampingan menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, himpunan kereta klasik, bicara agama dan sosial / sukan patuh syariah, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge, Night Fun Run dan pelbagai lagi.

Antara senarai nama T-FIGHT yang terlibat:

Ali Yaakub – Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan
Mat Ropi – Singamuda Kuda Merah PDRM
Aliff Rakib – Sor. Dechapant, Malaysia
Sabri – Thaivisix, Terengganu
Amir Sirvan – Muaythai Academy, Iran
Ejo Ikan Bakar - Sri Jerteh, Terengganu
Zulfakar – Thaivisix, Terengganu
Pjan Piranha - Muaythai Club, Pahang
Hakim – Red Lion Terengganu
Abam Haikal Stble – Black Tiger Kelantan
Akif Hakimi – Muay Singa Muda, Negeri Sembilan

Senarai penyertaan Persatuan  dan pertubuhan kelab seni beladiri bagi pengiktirafan MBOR. 

PERSEKUTUAN SILAT NEGERI TERENGGANU (PESAKA NEG. TERENGGANU)
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK TERENGGANU
PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
PERSEKUTUAN TAEKWON-DO TERENGGANU (ITF)
MATSA TAEKWON-DO CLUB
PERSATUAN JUDO TERENGGANU
PERSATUAN WUSHU TERENGGANU
KARATE PDRM TERENGGANU
PERSEKUTUAN KARATE TERENGGANU
PERSATUAN MUAYTHAI TERENGGANU
KELAB MUAY THAI KAYU KELAT
PERSATUAN TINJU NEGERI TERENGGANU

Pihak penganjur menyasarkan kehadiran pengunjung untuk adalah sekitar 15,000 ke 20,000 orang pengunjung dan para pelancong yang akan berkunjung ke program tersebut.

Program yang bakal dijadikan acara tahun ini secara tidak langsung akan mengangkat imej kerajaan negeri yang serius dan komited dalam menjayakan industri sukan pelancongan di Terengganu, 'Sport Tourism'.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media mereka di Facebook dan tiket-tiket masuk beserta baju boleh didapati di https://ilassotickets.com/event/t-fight-2023/