Terkini | New

An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway

An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway

“An Evening of Truly Malaysia, Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway” (Malam GALA AMAL Runway Fesyen Warisan Malaysia): Projek “Extra Chromosome Extra Awesome Festival” Anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD).


Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) dengan bangganya mengumumkan program "An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway" salah satu program di bawah projek "Extra Chromosome Extra Awesome Festival." Program ini adalah inisiatif pertubuhan bertujuan untuk meraikan keunikan dan kebolehan individu berkeperluan khas, terutamanya anak-anak dengan Sindrom Down.


ECEAF merupakan gabungan beberapa pertubuhan yang memperkasakan kebajikan dan hak golongan Sindrom Down, iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) Putrajaya, Persatuan Kebajikan Anak Anak Istimewa Selangor (ORKIDS) dan Persatuan Warga Sindrom Down Selangor (PWSDNS).

1. Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) Putrajaya
Skop: Prinsipal Projek/Program
Pengerusi: Puan Hanizan binti Hussin

2. Persatuan Kebajikan Anak Anak Istimewa Selangor (ORKIDS), Petaling Jaya, Selangor
Skop: Rakan Strategik Gabungan Persatuan Sukarelawan Kebajikan (PSK)
Presiden: Puan Noora Mat Riffin

3. Persatuan Warga Sindrom Down Selangor (PWSDNS), Shah Alam, Selangor
Skop: Rakan Strategik Gabungan PSK
Pengerusi: Puan Hanizan binti Hussin

4. Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)
Skop: Persatuan/Program Endorser (Pendokong) PSK
Presiden: Puan Hanizan binti Hussin

5. Persatuan Taska Anak Istimewa Sindrom Down (PTAnISD)
Skop: Rakan Sokongan PSK
Pengerusi: Muhammad Afnan Syahiran b Othman


“An Evening of Truly Malaysia, Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway” merupakan kemuncak program mencungkil bakat “fashion runway” anak anak dengan Sindrom Down yang terdiri daripada lima  persatuan / pertubuhan iaitu PPDKSD, ORKIDS, PWSDNS, Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) dan Taska Anak Anak Istimewa Sindrom Down (AnISD) yang juga turut disertai oleh anak-anak kelainan upaya yang lain seperti Austism dan sebagainya.

Ianya adalah program: -

(a) Menggabungkan Kecantikan Budaya Malaysia 
Program ini adalah perhimpunan budaya yang merentasi sempadan kepelbagaian Malaysia. Ia memupuk semangat perpaduan dan kemajmukan budaya negara kita. 

Di dalamnya, akan ada persembahanpersembahan fesyen yang menggabungkan elemen-elemen tradisional Malaysia dengan sentuhan moden yang segar.

(i) Malaysian Cuisine Extravaganza
(ii) Cultural Performances
(iii) Inspiring Keynote Speakers
(iv) Silent Auction and Raffle
(v) Fundraising Pledges

(b) Mengukuhkan Kesedaran dan Sokongan
Kegiatan gala makan malam amal ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memperkasa dan memperkukuhkan kesedaran masyarakat tentang Sindrom Down dan keperluan khas. Kami mengajak semua pihak untuk bersama-sama dengan kami dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif, di mana setiap individu diberikan peluang yang sama rata untuk berkembang.


Seramai 91 peserta berdaftar pada sesi saringan uji bakat fasa pertama yang diadakan bermula pada 3 – 19 Julai 2023 di setiap persatuan dan pertubuhan. Pengumuman peserta terpilih untuk kemuncak uji bakat pula telah dilakukan pada 25 Julai 2023 menerusi sosial media rasmi ECEAF, 2023.down.syndrome (Instagram). Manakala pada 29 Julai 2023 (Sabtu), jam 11.00 pagi bertempat di Foyer, Malakat Mall, peserta terpilih telah menjalani uji bakat peringkat akhir di bawah program yang dianjurkan ECEAF iaitu program Talents Shine Final Audition 1 Day Charity Carnival yang telah dirasmikan oleh Encik Zulhaimi bin Omar, Pengarah, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Fadzil bin Hashim, Founder & President, Malakat Eco Group.



Menerusi uji bakat peringkat akhir, 49 finalis dipilih ke majlis kemuncak ECEAF “An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Runway” yang akan berlangsung pada Sabtu, 4 November 2023 bertempat di Dewan Wawasan, Cheras North International Convention Centre (CNICC), Menara PGRM, Kuala Lumpur. Finalis terpilih berpeluang beraksi di pentas peragaan bersama dengan 21 orang ratu cantik Malaysia memperagakan koleksi kasut pereka terkenal Malaysia; NOTTINGHEELS sumbangan daripada Madam Amy Chiew, Pengasas dan Pengarah Urusan, Penaja Utama program ECEAF 2023 yang juga merupakan pengeluar produk penjagaan kulit BLOOMSKIN yang akan berada di pasaran dalam masa terdekat.


Kemuncak majlis adalah program ‘AUCTION’ untuk setiap rekaan kasut dan fesyen yang diperagakan oleh anak-anak dengan Sindrom Down yang mana hasil jualan akan disumbangkan sepenuhnya ke akaun ECEAF. Finalis juga berpeluang dan berkesempatan memperagakan koleksi rekaan fesyen tradisional warisan esklusif dan terkini daripada tujuh  pereka fesyen tempatan Malaysia yang berjaya dalam kelas mereka tersendiri menampilkan pereka-pereka fesyen tempatan seperti NANABRIDAL KUALA LUMPUR, COLLAR KL, ADORE KIDS, ANAK JANTAN KUALA LUMPUR, RAHSIA, KHATAM, STARVILLION dan beberapa lagi pereka tempatan yang masih lagi dalam perbincangan.


Kemuncak majlis adalah program ‘AUCTION’ untuk setiap rekaan kasut dan fesyen yang diperagakan oleh anak-anak dengan Sindrom Down yang mana hasil jualan akan disumbangkan sepenuhnya ke akaun ECEAF. Turut memeriahkan majlis makan malam amal ini adalah persembahan bertenaga dan eksklusif daripada artis-artis jemputan yang popular; DATO’ ZAINAL ABIDIN MOHAMED, , AYU DAMIT beserta pengacara dan penyanyi versatile, ZAHID AF2.


Objektif program “An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway” ini adalah selain untuk mengumpul dana pengoperasian pertubuhan, juga bertujuan untuk mengenali dan mencungkil bakat terpendam yang ada pada anak anak dengan Sindrom Down yang mempunyai potensi tersendiri dan perlu didedahkan dengan cara betul kerana mereka berada dalam spektrum serta mengalami dunia secara berbeza. Program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan memberi pendedahan terhadap dunia fesyen. Memetik kata Jamie Brewer, yang merupakan model Sindrom Down Runway Minggu Fesyen New York 2015, “jika mereka boleh melakukannya, kita (Sindrom Down) boleh melakukan juga”. Berdasarkan kata kata ini, jelas menunjukkan bahawa tiada halangan untuk anak dengan Sindrom Down pergi lebih jauh.

Bersesuaian dengan Slogan Sindrom Down tahun ini, “With Us Not For Us” / “Bersama Kami Bukan Untuk Kami” yang bermaksud untuk menyantuni golongan kelainan upaya itu sebagai hak asasi kemanusiaan bukan sebagai golongan yang bergantung kepada ihsan dan kebajikan semata-mata. Anjakan daripada model kebajikan kepada berpeluang untuk sama-sama menjalani kehidupan dengan mereka yang berupaya adalah hak yang mesti diiktiraf.

Sesuai dengan Slogan Sindrom Down tahun ini, “With Us Not For Us” / “Bersama Kami Bukan Untuk Kami” yang bermaksud untuk menyantuni golongan kelainan upaya itu sebagai hak asasi kemanusiaan bukan sebagai golongan yang bergantung kepada ihsan dan kebajikan semata-mata.

Butiran Program:
Tarikh : 4 November 2023 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Wawasan, Cheras North International Convention Centre (CNICC), Menara PGRM, Kuala Lumpur


ECEAF adalah program yang diuruskan secara kolaborasi bersama gabungan pertubuhan/persatuan dengan perancang majlis Rossa Talip Eternal Beauty (RTEB) dan Grandeur Event (GE) di bawah seliaan Datuk Abdul Malik Abdullah, Pengerusi d’Tandoor International Group of Companies selaku penasihat ECEAF 2023 yang turut disokong oleh Federation Business Association of Malaysia (FBAM).

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan penaja yang telah menjadikan program ini satu realiti. Sokongan anda telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dalam menjalankan misi kami.


Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019 669 6494 atau eceafestival@gmail.com atau pdksindromdown@gmail.com atau Sekretariat ECEAF.

1. Cik Asma' (019-476 5109)
2. Cik 'Aina (019-951 4004)
3. Cik Nadirah (012-732 1193)

 


Kami mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai kami dalam "An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway." Mari kita bersama-sama meraikan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia benar-benar hebat.