Terkini | New

KEMPEN TERBAHARU GOODDAY CHARGE MENGIKTIRAF E-SUKAN

KEMPEN TERBAHARU GOODDAY CHARGE MENGIKTIRAF E-SUKAN SEBAGAI SUKAN, BERSAMA ATLET E-SUKAN TERSOHOR NEGARA, xNOVA, SEBAGAI PENERAJU KEMPEN

Sebagai jenama susu pertama yang menyokong e-sukan, GooddayCharge membekalkan tenaga dan sepuluh nutrien bermanfaat Multipro® untuk kecergasan atlet hari ini


Selepas pelancaran wajah baharu Goodday Charge, Goodday kini memperkenalkan xNOVA, atlet e-sukan terkemuka Malaysia dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2022, sebagai peneraju kempen mereka untuk menggalakkan penerimaan dan pengiktirafan e-sukan sebagai sukan yang setanding dengan sukan-sukan lain. Hadir untuk merasmikan pelancaran ini ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura & Brunei, Santharuban Thurai Sundaram, serta Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated, Ahmed Faris Amir, xNOVA, pihak-pihak berkepentingan dan rakan media.


Kempen ini dilangsungkan berikutan pengumuman kerjasama Goodday semasa pelancaran Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) baru-baru ini di bawah kelolaan Hannah Yeoh, yang merupakan panduan untuk pihak berkepentingan bagi memastikan tadbir urus, hak-hak dan tanggungjawab yang lebih berkesan dalam kalangan peminat e-sukan dan penggiat industri. Di bawah Teras 6 garis panduan ini; Aplikasi Sains Dan Perubatan Sukan Dalam Sukan Elektronik, ini adalah sebahagian daripada usaha Goodday untuk menyokong komuniti e-sukan dengan menangani stigma dan mitos mengenainya, khususnya dari segi kesihatan dan kecergasan.


Walaupun persepsi terhadap e-sukan telah bertambah baik dalam beberapa dekad yang lepas, masih ramai yang beranggapan bahawa ini merupakan kerjaya yang menggalakkan gaya hidup yang tidak aktif. Kenyataan seperti ini jauh sama sekali daripada kebenaran. Pelbagai kajian* telah membuktikan hubung kait antara kecergasan fizikal yang lebih baik dengan kebolehan kognitif yang seterusnya akan meningkatkan masa tindak balas - satu ciri yang amat penting bagi memastikan kejayaan seorang pemain profesional. Seperti kajian-kajian ini, Goodday ingin mengubah persepsi negatif mengenai e-sukan dan mendorong lebih banyak penerimaan daripada orang ramai dan komuniti sukan, dengan mengiktiraf e-sukan sebagai satu bentuk sukan yang diiktiraf seperti sukan lain yang memerlukan tahap fizikal dan mental yang tertinggi.

E-sukan di Malaysia telah berjaya menarik perhatian dan juga kemenangan di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, pasukan e-sukan Malaysia telah berjaya membawa pulang tiga pingat emas pada Kejohanan E-sukan Komanwel yang berlangsung di Birmingham, England.

Melalui kempen ini dan kerjasama bersama dengan xNOVA, Goodday ingin memartabatkan atlet e-sukan dan memberi kesedaran, bukan sahaja terhadap perjalanan xNOVA, tetapi semua rakannya dalam komuniti ini untuk mengubah persepsi semasa mengenai e-sukan.

Sebagai atlet e-sukan Malaysia, xNOVA berjuang untuk mendapatkan lebih banyak sokongan terhadap sukan ini. Bermula pada usia 14 tahun, xNOVA, atau nama sebenarnya Yap Jianwei, telah berusaha dan menjadi pemenang hadiah wang tunai e-sukan terbanyak dan juga pemain e-sukan terkemuka di Malaysia. Namun, xNOVA berhadapan pelbagai halangan dan rintangan sewaktu memulakan perjalanan beliau di dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, xNOVA kini membuktikan menerusi usahanya bahawa e-sukan bukanlah
sekadar permainan semata-mata.


xNOVA berkata, “Saya turut berhadapan dengan stigma terhadap e-sukan semasa saya bermula, dan oleh itu, saya menyokong advokasi yang lebih kuat untuk e-sukan kerana sukan ini mempamerkan bakat luar biasa dalam generasi masa kini, menawarkan peluang tanpa batasan

untuk pemain dan peminat, serta mengajar disiplin. Saya juga teruja kerana kami kini mempunyai jenama seperti Goodday Charge yang menjadi peneraju untuk meningkatkan kesedaran mengenai e-sukan kepada orang ramai.”

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, “Sebagai pasaran permainan ke-3 terbesar di rantau ini dan penglibatan 14 juta pemain di Malaysia***, kami dapat melihat peningkatan minat terhadap e-sukan dan kemunculan lebih ramai atlet e-sukan yang berbakat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Namun, dengan semua potensi yang ditonjolkan menerusi e-sukan, kami cukup khuatir dengan sikap ibu bapa yang jarang menggalakkan anak-anak mereka untuk mendalaminya. Persepsi negatif terhadap e-sukan bahawa ianya aktiviti yang tidak aktif dan memerlukan kanak-kanak berjaga sepanjang malam dan mengabaikan pelajaran dan kesihatan mereka perlu ditangani, dan kami merasakan bahawa ini adalah peranan yang boleh dimainkan oleh Goodday dalam mengubah minda dan memberi atlet e-sukan tahap pengiktirafan yang sama dengan sukan
yang lain.



Kami ingin menjadi jenama pertama yang menyokong e-sukan. Penyelidikan kami menunjukkan bahawa e-sukan sebenarnya ialah satu permainan kompetitif yang memerlukan disiplin yang tinggi daripada para atletnya. Selain rejimen kecergasan dan masa tidur yang tepat serta keperluan menajamkan refleks dan tumpuan, pemakanan juga memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan tenaga yang berterusan untuk kekal fokus sepanjang masa permainan yang panjang.

Goodday Charge ialah susu coklat yang dirumus dengan sepuluh nutrien dan vitamin, termasuk vitamin B kompleks- yang membantu membekalkan tenaga berterusan sepanjang hari. Tidak kira apa jua sukan, atlet akan mendapat kebaikan susu serta tenaga yang diperlukan untuk bermain di peringkat tertinggi.”


Tambah beliau, “Ini bukan sekadar pelancaran semula untuk wajah baru produk kami. Ini adalah peluang buat kami menyampaikan mesej bahawa e-sukan adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan seperti mana-mana sukan lain, lantas menjadi pencetus perbualan bagi menggalakkan penerimaan e-sukan dalam masyarakat; kami berbangga dengan kehadiran xNOVA sebagai peneraju kempen Goodday Charge dan menjadi pencetus untuk inisiatif kami yang lain pada masa akan datang.”

Wakil Institut Sukan Negara (ISN) berkata, “Kami mempunyai banyak kajian mengenai kesan susu kepada atlet. Kesemuanya menunjukkan kesan positif susu terhadap pemulihan otot, pengekalan air dan penyimpanan tenaga yang lebih baik. Antara penemuan terpenting ialah Vitamin B Kompleks yang diperlukan untuk pembebasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat. Kajian 2019 dalam Jurnal Sains Sukan Antarabangsa** mengenai kesan susu tenusu terhadap pemulihan dan tindak balas terhadap latihan daya tahan menunjukkan susu lebih bagus daripada air/minuman tanpa kalori apabila diambil sebagai minuman pemulihan kerana kandungan protein dan karbohidratnya membantu dalam pembinaan otot dan pemulihan tenaga."

“Sama seperti mana-mana sukan lain, kami percaya pemain profesional e-sukan memerlukan peruntukan pemakanan dan kesihatan yang sama disebabkan keperluan fizikal dan kognitif sewaktu latihan dan pertandingan, dan susu pastinya akan menjadi salah satu minuman pilihan pemulihan selepas latihan dan pertandingan.”

Goodday Charge dengan wajah baru kini boleh didapati di seluruh negara di semua kedai serbaneka, pasar raya, pasar raya besar dan kedai rakan kongsi terkemuka. Nikmati rasa susu coklat lazat yang sama, penuh dengan tenaga dan 10 nutrien Multipro® untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut tentang Goodday dan usaha mereka untuk memartabatkan e-sukan, ikuti mereka di www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia atau
www.instagram.com/gooddaymilkmy
-