Terkini | New

Kejohanan Golf Amal Selebriti edisi ke-4 Pada 21 Januari 2024 Kembali Lagi

GOLF AMAL SELEBRITI KEMBALI! 
Selepas sekian lama terhenti akibat pandemik.


Kejohanan Golf Amal Selebriti edisi keempat akan diadakan pada petang Ahad 21 Januari di Kelab Golf Kota Seriemas di Nilai diikuti dengan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Gala di lokasi yang sama.

Ia menjanjikan acara yang menyeronokkan bersama para selebriti, penaja korporat dan penderma bermain golf bersama-sama untuk tujuan yang baik iaitu membantu warga seni yang memerlukan.


Banyak hadiah menarik menanti para peserta dari barangan elektronik hinggalah baucar golf dan peralatan manakala bagi mereka yang tidak begitu bertuah dalam permainan, banyak hadiah cabutan bertuah disediakan.

Tajaan bermula dari serendah RM1000 untuk penaja lubang hingga RM 50,000 untuk tajaan utama. Bagi mereka yang ingin menyertai sebagai pemain, bayarannya ialah hanya RM 350 seorang.

Antara selebriti tanahair yang dijangka akan mengambil bahagian ialah Datuk Hattan, Datuk Yasmin Yusoff, Datuk Malek Redzuan, Datuk Hans Isaac, Datuk Dollah Salleh, Sharnaaz, Rahim Sepahtu dan Ajak Shiro.


Baru-baru ini Karyawan telah menghulurkan bantuan kepada beberapa artis terkenal yang menghadapi kesusahan dan masalah kesihatan seperti Sheqal, Isma Aliff, Hasnol serta beberapa lagi yang telah meninggal dunia antaranya Allahyarham Rohana Jalil, Datuk M Daud. Kilau, Ibnor Riza, Adai dan pemain dram jazz terkenal Mendiang Lewis Pragasam selain ramai lagi yang pernah menerima bantuan dari
Karyawan.



“Usaha seperti ini sangat perlu bagi kami untuk terus memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Mereka sangat banyak menyumbang kepada warisan budaya negara dan menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat sejak sekian lama” ujar Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan.


Pembayaran boleh dibuat kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Akaun Public Bank 3108024130) dan bagi mereka yang memerlukan status pengecualian cukai kami telah membuat perjanjian dengan Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) di mana penderma hendaklah membuat pembayaran ke akaun PBANK (No. Ac UOB Bank 1743043575) dan menghantar salinan slip pembayaran kepada kami untuk menerima pengecualian cukai bagi sumbangan mereka.

Kami ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja terutamanay Hadramawt Kitchen, Panca Abadi Automobil, Kofika, Al Najwa Productions, BS Nutrition dan Kota Seriemas Golf and Country Club.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Azhar di talian 0163344022