Terkini | New

"MALAYSIA DATUM CULTURAL CENTRE",, (MDCC) Produk Baharu Pelancongan Negara

"MALAYSIA DATUM CULTURAL CENTRE",, (MDCC) Produk Baharu Pelancongan Negara

Malaysia bakal mempunyai daya tarikan yang baharu dalam sektor pelancongan negara apabila Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) Truly Dine & Culture diperkenalkan kepada semua.


MDCC diramalkan akan menjadi tumpuan pelancong luar negara dan dalam negara kerana pelancong dapat melihat dan menyertai pelbagai persembahan kebudayaan kaum di Malaysia dan merasai keenakan masakan tradisional yang disediakan.




MDCC menawarkan 2 pakej yang boleh ditempah iaitu "PAKEJ MDDC LUNCH & PAKEJ MDCC DINNER". Pelancong akan merasai sendiri kebudayaan etnik yang ada di Malaysia seperti Majlis Perkahwinan, Tarian dan juga Makanan Tradisional. Temu Jelatek menjadi tempat bagi MDCC ini.

Kemudahan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus ke MDCC akan memudahkan pelancong dan tempat parkir bas-bas persiaran yang luas adalah fasiliti asas yang disediakan.




“Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) memberi peluang kepada ramai pihak seperti pemain industri Art & Craft, syarikat penyediaan acara yang menyediakan program kebudayaan seperti pertunjukkan tarian tradisional, pakaian busana, permainan tradisional, jamuan menu tradisional dan banyak lagi. Ianya akan mendidik pelancong luar negara berkenaan kebudayaan yang ada di Malaysia.” menurut kata, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Bin Abbas.

Produk baharu pelancongan yang memartabatkan kebudayaan dan tradisi di Malaysia ini adalah sebuah usaha dari DatumCorp International Sdn Bhd (DCI). DCI merupakan anak syarikat penuh Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah membangunkan projek DATUM JELATEK, merangkumi pembangunan perumahan mewah, Datum Jelatek Residence dan Pusat Beli Belah Datum Jelatek Shopping Centre.





Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato Mahmod Bin Abbas serta dif-dif kehormat mewakili Ahli Lembaga Pengarah DCI, wakil Tourism Malaysia, Tourism Selangor, MITDA, Santai Travel, Agensi Pelancongan serta persatuan-persatuan perhotelan turut hadir bersama dalam majlis ini.

Sebuah kerjsama kolaborasi (MoC) telah dimeterai bersama Rakan Strategik MDCC iaitu sebuah syarikat pengurusan hotel, Swing & Pillows. Hampir 100 syarikat Agensi Pelancongan yang hadir dan bakal menjadi rakan strategik bagi projek MDCC.




Manakala Ketua Pengarah Projek MDCC, Puan Hajjah Suzana Zakaria menyatakan MDCC ibarat “bayi yang baru lahir” yang memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam sektor pelancongan negara seperti Agensi Pelancongan, Perhotelan, Persatuan dan semua industri yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung dalam merancakkan ekonomi pelancongan.

Bagi agensi pelancongan yang berminat untuk bekerjasama dan mengetahui lebih lanjut berkenaan MDCC, boleh hubungi MDCC Hotline 011 6135 9662.





Untuk makluman DatumCorp International Sdn. Bhd (DCI). iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ianya telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor pada 10hb Disember 2022. Datum Jelatek Shopping Centre dibuka kepada umum sejak 26hb November 2022.