Terkini | New

Railway To See Malaysia:kempen Baharu Ktmb Tarik Pelancong Domestik & Luar Negara

Railway To See Malaysia:kempen Baharu Ktmb Tarik Pelancong Domestik & Luar Negara.


Bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan kempen terbaharu yang dijenamakan sebagai Railway to See Malaysia bercirikan Rail Tourism di platform 1, Stesen Kuala Lumpur.



Kempen yang diiktiraf dan disokong oleh Tourism Malaysia ini mempelbagaikan kempen pelancongan negara yang sedia ada selain Eco Tourism, Gastronomy Tourism, Health Tourism dan lain-lain yang menjadi pilihan utama pelancong. Ia mensasarkan peningkatan jumlah penumpang tren KTMB secara keseluruhannya dengan kenaikkan 5% atau 1.25 juta dalam tempoh setahun bermula dari tempoh kempen ini dilancarkan.



”Ini merupakan inisiatif terbaharu dari KTMB dengan merancakkan persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Seperti yang kita ketahui, peminat kereta api berada di setiap pelosok negara. Melalui promosi yang efektif, pakej yang menarik, keindahan pemandangan sepanjang jajaran kereta api, kami yakin dapat menawarkan pengalaman berbeza kepada para pelancong sekali gus meningkatkan pendapatan ekonomi setempat”, menurut Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB.


Diskaun Pengenalan Kempen

”Sebagai pengenalan kepada kempen ini, kami menawarkan diskaun tiket ETS sebanyak 30 peratus bagi perjalanan pada setiap hari Selasa dan Rabu sepanjang bulan Jun dan Julai ini. Para penguna boleh menebus kod promo yang disediakan bermula pada hari ini jam 3.00 petang, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan”, tambahnya lagi.


Di majlis ini juga turut menyaksikan pelancaran logo yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB bersama-sama Pengarah Kanan, Bahagia Domestik dan Acara, Tourism Malaysia, Mohamed Amin Yahya. 


Majlis ini juga memperdengarkan lagu rasmi Railway to See Malaysia yang dinyanyikan oleh penyanyi popular negara Aizat Amdan.