AmBank perkenal ilustrasi LED unta terbesar Dato' Lat
AmBank perkenal ilustrasi LED unta terbesar Dato' Lat

AmBank perkenal ilustrasi LED unta terbesar Dato' Lat Ditonjolkan secara unik dan tersendiri di ibu pejabat korporatnya, Bangunan AmBank Group di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur.
Sempena sambutan UlangTahunnya yang ke-50, Kumpulan AmBank mempersembahkan muka depan bangunannya yang diperbaharui, di ibu pejabat korporatnya. Bangunan AmBank Group, kini memaparkan ilustrasi LED yang bertenaga bagi maskot kesayangan bank itu, unta yang ikonik hasil sentuhan Dato' Lat yang turut merupakan ilustrasi terbesar beliau.
Penghormatan visual yang menarik ini menandakan kesinambungan kerjasama bersejarah antara AmBank dan Dato' Lat, yang mana ilustrasi unta lucunya telah sinonim dengan identiti Bank selama beberapa dekad.
Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Kumpulan AmBank berkata, "Melihat unta yang diubah suai oleh Dato' Lat bersinar di muka depan kaca ibu pejabat kami membawa kembali begitu banyak
kenangan terindah. Bangunan itu telah menjadi saksi kepada pertumbuhan bank selama ini, yang ditakrifkan oleh ketekunan, inovasi dan dedikasi kami untuk meraikan kecemerlangan kami. Di kala kami menyambut Jubli Emas bank, saya.amat bersyukur melihat transformasi luar biasa bank itu menjadi salah satu.institusi kewangan terkemuka di Malaysia."
Bangunan AmBank Group terletak di Jalan Raja Chulan dan berdiri megah setinggi 26 tingkat. Menara berbentuk trapezoid itu dilancarkan secara rasmi.oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1987. Dengan keanggunan.