Terkini | New

NES Dan SKINROCK Jalin Kerjasama Global Sempena Pelancaran Kilang Baharu.

NES Dan SKINROCK Jalin Kerjasama Global Sempena Pelancaran Kilang Baharu.

Sasar Peningkatan Eksport Dan Penyenaraian Awam


NES Security Door Marketing Sdn. Bhd. (NES), syarikat tempatan yang semakin menyerlah dalam pengeluaran pintu keselamatan berkualiti tinggi, kini mengorak langkah lebih jauh dengan menjalin kerjasama antarabangsa bersama Skinrock AG dari Switzerland, pelopor teknologi venir batu semula jadi ultra nipis.


Kerjasama ini dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersempena perasmian kilang pembuatan pintu baharu NES di sini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri dalam satu acara simbolik yang mencerminkan sokongan kerajaan meningkatkan daya saing industri pembuatan Malaysia.



Lebih daripada sekadar perluasan operasi, MoU ini menandakan permulaan kepada strategi jangka panjang NES untuk menghasilkan produk berasaskan reka bentuk, teknologi dan bahan unik, dengan misi jelas untuk menembusi pasaran global dalam segmen premium.

“Gabungan kepakaran Skinrock dalam teknologi batu semula jadi dengan kekuatan pembuatan NES membuka peluang baharu untuk menghasilkan produk sedia-eksport yang bukan saja kukuh dari segi fungsi, tapi juga menonjol dari segi estetik dan nilai seni bina,” ujar Datuk Hanafi. “Kerjasama ini secara langsung melambangkan keyakinan pemain-pemain industri antarabangsa yang kian meningkat terhadap keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam mengeluarkan produk bertaraf global.”



Skinrock terkenal dalam kalangan arkitek dan pereka antarabangsa sebagai pencipta venir batu semula jadi fleksibel, jenis bahan mewah yang sering digunakan dalam bangunan ikonik di Eropah dan Timur Tengah. Menerusi kerjasama ini, venir tersebut akan diperkenalkan dalam rangkaian produk baharu NES, menjadikannya antara syarikat pertama di Asia Tenggara yang menggabungkan unsur batu semula jadi ke dalam pintu keselamatan.



Pengasas Skinrock, Uelli Stiffler berkata pihaknya teruja untuk menembusi pasaran Asia Tenggara bersama NES, “Kami sangat teruja untuk memperkukuh kehadiran kami di Asia Tenggara melalui kerjasama ini. Bekerjasama dengan NES membuka peluang untuk meneroka aplikasi baharu bagi teknologi bahan kami, selain membawa inovasi venir batu semula jadi ini ke pasaran yang lebih luas. Kami berharap kolaborasi ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak kerjasama rentas negara antara industri Eropah dan Malaysia.”





Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan pertumbuhan sihat dengan nilai jualan mencecah RM1.9 trilion pada tahun 2024, peningkatan 4.6% berbanding tahun sebelumnya. Sub-sektor berkaitan seperti produk mineral bukan logam, logam asas dan fabrikasi logam (termasuk keluli dan aluminium) turut mencatatkan pertumbuhan 3.2% pada Disember 2024, mencerminkan permintaan berterusan terhadap produk binaan dan keselamatan berkualiti tinggi dan pemeteraian perjanjian tersebut dilihat sebagai satu impak yang terhasil daripada pertumbuhan industri dan ekonomi yang amat memberangsangkan.

Pembukaan kilang baharu yang meningkatkan kapasiti pengeluaran NES daripada 800 kepada 2,000 unit sebulan hadir tepat pada masanya, selari dengan strategi syarikat untuk menembusi pasaran eksport yang semakin berkembang. Tahun 2024 menyaksikan industri berorientasikan eksport menyumbang 70.1% daripada jumlah jualan sektor pembuatan negara, meningkat sebanyak 7.1% berbanding tahun sebelumnya menggambarkan satu petunjuk kukuh terhadap daya saing Malaysia di peringkat global.





Melihat potensi ini, NES telah merangka pelan eksport yang menyasarkan pasaran Taiwan, Filipina dan Australia pada tahun 2025, sebelum meluaskan kehadiran ke Amerika Utara, Asia Selatan dan Timur Tengah. Dengan sasaran pertumbuhan tahunan sebanyak 20%, NES menyasarkan untuk menjana pendapatan eksport tahunan sebanyak RM45 juta menjelang tahun 2027.




“Perjanjian ini adalah satu pencapaian penting, tetapi langkah ini sebenarnya hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar,” kata pengasas NES, Dato’ Sri Dom Tee. “Kami bukan sekadar menghasilkan pintu. Apa yang kami sedang bina ialah sebuah jenama yang mampu bersaing di peringkat global. Matlamat kami adalah untuk disenaraikan secara awam menjelang 2028, dengan sasaran penilaian pasaran sebanyak RM400 juta. Dengan kerjasama strategik dan pertumbuhan yang konsisten, kami yakin dapat menjadi platform untuk syarikat tempatan menyerlah di persada dunia.”



Antara inisiatif awal hasil kerjasama ini termasuk pelancaran siri baharu ‘NES x Skinrock’, yang menampilkan venir batu semula jadi sebagai elemen rekaan utama. Rangkaian ini turut akan menampilkan koleksi khas Master Craft’s Artist iaitu pintu edisi terhad hasil kolaborasi dengan pereka tempatan dan antarabangsa, menggabungkan kreativiti seni dan ketelitian pembuatan tempatan.




Langkah ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan NES dalam pasaran, malah memperlihatkan bagaimana pemain industri tempatan mampu memanfaatkan teknologi global untuk mencipta produk yang kompetitif, unik dan berkelas dunia.
Untuk maklumat lanjut sila layari: https://nessecuritydoor.com.my.




###

About NES Security Door Marketing Sdn. Bhd.

NES Door Marketing Sdn. Bhd. is an integrated security door manufacturer located in Klang. Our team consists of professionals who have more than 20 years of experience in the security and safety door industry. Thus, we understand our customers’ needs and requirements. We believe everyone can own a safe home with an NES Security Door.

About Skinrock AG

We are a small, innovative Swiss company that has dedicated itself to working with natural stone. We take majestic, rugged rock formed millions of years ago, tame it, and bring the timeless elegance of real stone into your home. Our products embody natural aesthetics and countless design options that are enthusiastically embraced by people all over the world. Our passion is for stone and its enormous diversity, and our fervour is renewed and reinvigorated every day.