Downy Malaysia & MYDIN Raikan Bulan Kebangsaan dengan Pembungkusan Baharu dalam Bahasa Melayu dan Ganjaran Besar
Downy Malaysia & MYDIN Raikan Bulan Kebangsaan dengan Pembungkusan Baharu dalam Bahasa Melayu dan Ganjaran Besar
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia, Downy Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategik dengan MYDIN untuk memperkenalkan pembungkusan produk baharu yang direka khas untuk pasaran Malaysia. Reka bentuk yang diperbaharui ini menampilkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa tempatan, melambangkan kehadiran Downy yang kukuh di negara ini dan hubungan erat jenama tersebut dengan isi rumah di Malaysia.

Pembaharuan menarik ini merangkumi lima varian popular Downy – Mystique, Passion, Sunrise Fresh, French Lavender, dan Blissful Blossom – memberikan pengalaman yang segar dan dikenali kepada para pelanggan setiap kali mereka memilih pelembut fabrik kegemaran mereka.
Pelancaran “Downy Wangi Berjiwa” telah berlangsung di MYDIN Subang Jaya Hypermarket dan dihadiri oleh Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin; Pengarah Eksekutif, Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd; bersama Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura, Nantha Kalimuthu.
“Pelancaran ‘Downy Wangi Berjiwa’ di MYDIN pada Bulan Kebangsaan Malaysia adalah sangat bermakna. Kerjasama ini meraikan budaya dan identiti kita sambil memberikan produk kepada rakyat Malaysia yang benar-benar mencerminkan siapa kita. Sebagai peruncit tempatan, kami bangga menjadi rakan kongsi eksklusif untuk membawa jenama global ini lebih dekat ke hati keluarga di Malaysia,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin.

Nantha Kalimuthu, Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura, berkata, “Selama lebih dua dekad, rakyat Malaysia telah menerima Downy sebagai sebahagian daripada rutin cucian mereka. Pembungkusan baharu ini lebih daripada sekadar perubahan reka bentuk ia adalah cerminan perjalanan bersama kami dengan keluarga Malaysia. Dengan menggabungkan Bahasa Malaysia dalam reka bentuk pembungkusan kami, kami meraikan rakyat yang telah menjadikan Downy sebagai jenama rumah yang dipercayai, sambil terus memberikan kesegaran dan kelembutan premium yang mereka kenal dan gemari.”

Untuk memastikan pakaian anda kekal lebih segar 4X Lebih Lama, Downy menyediakan penyelesaian kesegaran berpanjangan yang juga membantu menghilangkan bau busuk. Pelembut fabrik Downy boleh didapati di semua cawangan MYDIN di seluruh negara. Para pelanggan dijemput untuk menyertai peraduan "Beli & Menang" yang berlangsung hingga 30 September 2025 dengan perbelanjaan minimum RM35 untuk memenangi Mesin Basuh Toshiba 10KG bernilai lebih dari RM1,600 untuk pengalaman dobi yang sentiasa segar.
Peraduan ini menawarkan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menyegarkan rutin cucian mereka sambil meraikan kebanggaan tempatan. Dengan pembelian mudah produk Downy di MYDIN, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah besar dan memastikan pakaian mereka kekal 4 kali lebih segar.