Terkini | New

Laurier Memperkenalkan Kempen “Experience Zero Feeling” di KL Fashion Week 2025 Sebagai Rakan Penjagaan Feminin Rasmi.

Laurier Memperkenalkan Kempen “Experience Zero Feeling” di KL Fashion Week 2025 Sebagai Rakan Penjagaan Feminin Rasmi.

Laurier Berganding Bahu dengan Jenama Fesyen What To Wear untuk Membawa Keselesaan, Gaya dan Keyakinan ke Pentas Peragaan


Laurier Malaysia kembali sebagai Rakan Penjagaan Feminin Rasmi di KL Fashion Week (KLFW) 2025 untuk memperkenalkan kempen terbarunya, “Experience Zero Feeling”. Kempen ini bertujuan untuk memperkasa wanita dengan meletakkan rangkaian Laurier Super Slimguard sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari keselesaan maksimum sambil mengamalkan gaya hidup berfesyen.

Acara peragaan fesyen yang diadakan pada hari Jumaat lalu di Esplanade, Suria KLCC, merupakan sebahagian daripada sambutan KLFW yang berlangsung dari 4 hingga 10 Ogos 2025. Kerjasama antara Laurier dan jenama fesyen Malaysia, What To Wear (WTW), telah menggabungkan gaya dan substansi. Laurier percaya bahawa penjagaan feminin tidak seharusnya menghalang fesyen, ekspresi diri, atau keyakinan. Justeru, wanita layak untuk berasa bergaya, selesa, dan terkawal walaupun semasa haid.

Inti pati kempen ini adalah Laurier Super Slimguard, yang menyokong kepercayaan ini dengan keselesaan dan perlindungan yang membebaskan, membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan kebebasan sepenuhnya. Ide ini direalisasikan di pentas peragaan melalui kolaborasi fesyen yang menggabungkan ekspresi kreatif dengan kesenangan harian.

Segmen Laurier memaparkan 10 rekaan fesyen oleh What To Wear, yang dimulakan dengan peragaan oleh duta jenama, Sandra Lim. Setiap rekaan direka untuk mencerminkan intipati tema “Experience Zero Feeling”, menggabungkan pergerakan, keselesaan, dan gaya kontemporari.

Menurut Tan Poh Ling, Naib Presiden Pemasaran di Kao Malaysia, “Di Laurier, kami percaya perkara terbaik dalam hidup tidak membebankan anda, sebaliknya mengangkat anda”. Beliau menambah bahawa keyakinan sejati datang apabila anda cukup selesa untuk melakukan apa sahaja walaupun semasa haid.

Melanie Kee, pengasas dan pereka What To Wear, berkata bahawa rekaan untuk kolaborasi ini adalah tentang menggabungkan keselesaan dan keyakinan, serta mencerminkan semangat wanita moden gaya yang mudah, pergerakan yang lancar, dan keyakinan yang tidak goyah.

Duta jenama baharu, Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024, memimpin koleksi 10 rekaan ini. Kehadiran beliau disokong oleh pasukan wanita yang inklusif, mewakili rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, selaras dengan misi Laurier untuk menjadi teman yang dipercayai sepanjang perjalanan hidup seorang wanita.

Di sebalik tema “Experience Zero Feeling” adalah Laurier Super Slimguard, pad yang direka untuk wanita yang ingin berasa terbaikwalaupun semasa haid mereka. Walaupun hanya setebal 0.1cm, ia menawarkan daya serapan ultra 200x yang menyerap dengan pantas untuk memastikan pengguna kering dan terlindung sepanjang hari.