Terkini | New

Mothership Perkenalkan Ekosistem Pickleball Berprestasi Tinggi Dengan Six Zero dan Inovasi A.I.

Mothership Perkenalkan Ekosistem Pickleball Berprestasi Tinggi Dengan Six Zero dan Inovasi A.I.


Dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan sukan pickleball di rantau ini, Mothership, melalui kerjasama strategik dengan jenama raket global Six Zero, secara rasmi melancarkan salah satu ekosistem pickleball paling canggih di Malaysia. Terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, fasiliti ini menampilkan gelanggang bertaraf kejohanan antarabangsa dengan permukaan profesional, jaring Selkirk, serta sistem pencahayaan profesional yang dilengkapi analitik prestasi masa nyata berasaskan A.I. Penyediakan persekitaran berteknologi tinggi bagi menyokong latihan berstruktur, pembangunan kompetitif, dan permainan komuniti yang inklusif.



Kerjasama ini menandakan langkah penting dalam usaha memartabatkan sukan ini di peringkat tempatan. Dengan menggabungkan inovasi raket bertaraf dunia dan kepakaran antarabangsa Six Zero bersama komitmen Mothership terhadap pembangunan pemain secara berstruktur, fasiliti ini menawarkan pengalaman pertama seumpamanya yang direka untuk memenuhi keperluan atlet yang bercita-cita tinggi mahupun peminat sukan rekreasi.


“Kerjasama kami dengan Six Zero berlandaskan aspirasi bersama untuk meningkatkan standard pickleball di Malaysia dan membina sebuah platform yang dapat meningkatkan kecemerlangan di peringkat nasional dan serantau,” kata Janet Teo, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Mothership.



“Kami mahu mewujudkan sebuah ruang di mana setiap pemain, sama ada amatur yang ingin mencuba mahupun pemain kompetitif, merasakan diri mereka dihargai, mendapat sokongan, dan diberi cabaran. Dengan peralatan yang tepat, persekitaran yang sesuai, dan pasukan yang berwibawa, kami percaya perkara hebat dapat dicapai. Kerjasama dengan Six Zero memberi kami kekuatan global dan visi bersama untuk membawa misi ini ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.



Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Six Zero telah memperkenalkan dua model raket berprestasi tinggi baharu yang direka untuk meningkatkan kawalan dan ketepatan permainan:

• Black Opal, menampilkan teras padu terapung dengan paten dalam proses, lapisan Power Gel, dan pemegang Shock Shield untuk kuasa seimbang serta kawalan sentuhan yang optimum.

• Ruby Pro, dibina dengan teras sel berukuran 12 milimeter, lapisan gentian Aramid pada sudut 45 darjah, dan tekstur Diamond Tough bagi menyokong serangan balas bertenaga serta permainan bertaraf elit.

Ditawarkan secara eksklusif di Mothership dan Picklefox, raket-raket ini memberikan pemain Malaysia peluang awal untuk merasai inovasi terkini daripada Six Zero.



“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan Mothership dalam membentuk masa depan sukan pickleball. Ini bukan sekadar tentang gelanggang hebat atau peralatan berteknologi tinggi. Ia tentang membina sebuah ruang di mana semangat, matlamat, dan prestasi bersatu. Mothership sedang menetapkan rentak baharu untuk sukan
ini di Malaysia, dan kami teruja untuk membangunkan permainan ini bersama mereka,” kata Dale Young, Pengarah merangkap Pengasas Six Zero Pickleball.



Apa yang benar-benar membezakan fasiliti ini ialah Program LaunchPad, inisiatif pembangunan bakat berstruktur pertama di Malaysia untuk sukan pickleball. Di taja oleh U Mobile, LaunchPad direka untuk membangunkan sukan ini dari peringkat akar umbi, menawarkan pemain laluan yang jelas dan berasaskan data bagi meningkatkan kemahiran ke peringkat lebih tinggi.



Sebagai sebahagian daripada ekosistem LaunchPad, U Mobile memainkan peranan penting dalam membolehkan analitik prestasi berasaskan AI. Teknologi ini dikuasakan oleh 5G Office Broadband daripada U Mobile, mencerminkan komitmen mendalam jenama tersebut dalam memupuk bakat masa depan dan memacu kecemerlangan kompetitif melalui inovasi.



Menyokong visi ini ialah penaja, Leapmotor Malaysia. Diiktiraf sebagai syarikat permulaan kenderaan elektrik baharu yang paling pesat berkembang di China, Leapmotor komited untuk menyediakan mobiliti yang inovatif dan mudah diakses. Visi ini dizahirkan melalui kenderaan pintar dan intuitif berpusatkan pengguna, C10, yang mencerminkan semangat inovasi sama seperti yang menggerakkan program LaunchPad; membolehkan individu membuat lonjakan dan mencapai impian mereka.



Sempena pelancaran ini, Mothership akan menganjurkan kejohanan rasmi pertamanya pada Sabtu, 16 Ogos 2025, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam. Acara ini merangkumi empat kategori kompetitif – Beregu Lelaki Peringkat Pertengahan, Beregu Wanita Peringkat Pertengahan, Beregu Campuran Peringkat Pertengahan, dan Perseorangan Remaja bagi usia 10 hingga 15 tahun. Para pemain akan berentap untuk memenangi hadiah wang tunai, barangan eksklusif, dan baucar bernilai sehingga RM75,000.



Ganjaran paling berprestij dalam kejohanan ini ialah program latihan elit selama lima bulan di bawah sistem LaunchPad yang ditaja sepenuhnya, diberikan kepada juara bagi semua kategori. Selain itu, pemenang dalam kategori peringkat pertengahan akan menerima akses eksklusif untuk memandu Leapmotor C10 edisi baharu 2025 selama sebulan sebagai pengalaman pemanduan istimewa.


Beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga tengah malam, Mothership bukan sahaja mudah diakses, malah memiliki visi yang besar. Sama ada pendatang baharu yang memegang raket buat pertama kali atau atlet bertaraf kebangsaan yang bersiap sedia untuk pertandingan, setiap pemain mendapat sokongan melalui liga, klinik, dan acara komuniti yang membina kemahiran serta semangat berpasukan.

Mothership bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah fasiliti, tetapi juga sebagai visi untuk masa depan sukan pickleball di rantau ini. Ia menjadi hab yang menghubungkan penyertaan di peringkat akar umbi dengan pencapaian bertaraf elit, berlandaskan amalan terbaik global dan semangat tempatan.

Untuk menempah gelanggang, menyertai program, atau mengetahui lebih lanjut mengenai Mothership, layari www.mothership.playbypoint.com atau ikuti laman Instagram di @mothership.pickleball.