Shopee House Sambut Semua Jenis Affiliate Buat Pertama Kali Menjelang 9.9
Shopee House Sambut Semua Jenis Affiliate Buat Pertama Kali Menjelang 9.9
Memperkukuh ekosistemnya, Shopee menghubungkan afiliasi dan jenama untuk membantu pembeli menikmati tawaran Lagi Murah dan Lagi Cepat. Afiliasi mengibarkan Jalur Gemilang di Shopee House
Untuk kali pertama, Shopee House, telah menjemput semua jenis affiliate, termasuk Shopee Live, Shopee Video, dan YouTube Shopping, di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hujung minggu lepas. Aktiviti dua hari ini menghimpunkan 500 rakan affiliate berprestasi tinggi yang dipadankan dengan lebih 70 jenama kegemaran tempatan untuk berhubung, berkolaborasi dan mencipta kandungan, seterusnya membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah secara Lagi Murah dan Lagi Cepat menjelang Merdeka dan Jualan 9.9.
Mendemonstrasi impak kolaborasi ini, affiliate livestream dijangka menganjurkan lebih 1,050 livestreams yang menampilkan jenama-jenama yang terlibat menjelang 9.9. Sesinya akan merangkumi demonstrasi produk, sesi soal jawab interaktif, dan promosi real-time bagi meningkatkan kesedaran serta menarik minat terhadap jenama seperti Ozel dan BigPlus.
Menyertai Shopee House buat kali ketiga, Ozel, jenama barang kemas dari Kelantan dengan kehadiran kukuh di seluruh Asia Tenggara, berkongsi pengalaman positif mereka. “Melalui Shopee House, kami berpeluang berhubung dengan seorang pelanggan setia yang kini menjadi affiliate, yang bukan sahaja memahami produk kami dengan baik tetapi juga benar-benar mempercayainya. Seorang daripada mereka malah berjaya mencatat jualan sebanyak RM30,000 pada bulan lepas. Ini membuktikan bahawa apabila pelanggan benar-benar terhubung dengan sesuatu jenama, mereka bukan sekadar membeli daripadanya; mereka berkembang bersamanya, membina kepercayaan dan mencipta kejayaan jangka panjang bersama,” ujar Ozel.
Sementara itu, BigPlus, jenama tempatan yang mengkhusus dalam produk dan penyelesaian pembersihan, membuat penampilan sulung di Shopee House. Jenama itu berkongsi, “Pengalaman kami di Shopee House memang luar biasa, ia memberi peluang untuk kami berhubung dengan pelbagai kumpulan affiliate, berkongsi pengetahuan produk dan bertukar pandangan yang berharga. Kami amat bersyukur dapat berinteraksi dengan lebih daripada 400 affiliate yang mendaftar bersama kami sepanjang acara ini, dan tidak sabar untuk meneruskan kerjasama ini.”
Shopee juga menganjurkan sesi dialog perbersama affiliate semasa acara tersebut, selaras dengan komitmen jenama itu terhadap prinsip inklusiviti dan menyokong pencipta kandungan tempatan.

Nur Afifah binti Rosli berkongsi pengalamannya sebagai seorang affiliate semasa sesi dialog tersebut, “Shopee telah memberikan saya ruang, alat, dan sokongan untuk berkembang daripada seorang affiliate sambilan kepada pencipta kandungan sepenuh masa. Sepanjang perjalanan ini, saya telah belajar cara mencipta kandungan yang lebih sebati dengan penonton saya, membina hubungan yang lebih erat dalam komuniti, dan pada masa yang sama, menyokong jenama tempatan dengan membawa produk mereka lebih dekat kepada rakyat Malaysia.”
YouTube affiliate, Lex, berkata semasa sesi dialog, “Sangat bermakna apabila ada platform seperti Shopee yang mendengar maklum balas kami. Menjadi sebahagian daripada dialog ini membuatkan saya rasa dihargai, dan saya bersyukur dapat menyumbang ke arah membentuk ruang yang lebih baik untuk memperkasakan lagi ramai affiliate pada masa depan dengan lebih banyak peluang.”
“Menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat, Shopee House menekankan komitmen kami untuk mempertingkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian untuk rakyat Malaysia,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.
“Dengan berjaya memadankan 500 affiliate dengan lebih 70 jenama, kami terus menawarkan pelbagai promosi hebat kepada pembeli. Ini memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati tawaran Lagi Murah dan penghantaran Lagi Cepat dengan produk yang mereka sukai, sambil membeli-belah dengan lebih yakin, puas hati, dan mudah.”
Bermula 26 Ogos 2025, sertai Jojo Ghazali dan pencipta kandungan lain meraikan 9.9 Hari Pembelian Hebat di mana rakyat Malaysia boleh menikmati tawaran menarik seperti Shopee Lagi murah 50% Diskaun Harian, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, dan Shopee Lagi Cepat Jaminan Penghantaran Hari Esok.