Terkini | New

Dua Buah Kontena Berisi Pakaian Musim Sejuk Untuk Rakyat Syria Siap Untuk Dihantar Tanda Keperihatinan Luar Biasa Rakyat Malaysia

Dua Buah Kontena Berisi Pakaian Musim Sejuk Untuk Rakyat Syria Siap Untuk Dihantar Tanda Keperihatinan Luar Biasa Rakyat Malaysia


Syria Care telah berkampung selama lebih seminggu di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor bagi menjayakan projek “Warm
Their Winter”, iaitu projek pengumpulan pakaian musim sejuk baharu dan terpakai hasil sumbangan orang ramai.


Sambutan yang luar biasa daripada masyarakat di Lembah Klang serta luar Selangor, terutamanya pada dua hari terakhir pengumpulan, telah meningkatkan jumlah sumbangan daripada 756 kotak kepada 1,584 kotak pakaian musim sejuk baharu dan terpakai, dengan anggaran berat 20 hingga 30 kilogram bagi setiap kotak.




Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Puan Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki, berkata peningkatan sumbangan yang begitu mendadak dalam tempoh dua hari itu adalah satu keajaiban daripada Tuhan serta bukti keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi antara yang terawal tampil membantu mereka yang memerlukan.

“Kami amat terharu dengan sambutan rakyat Malaysia. Dalam masa yang singkat, begitu ramai tampil membantu. Ia mencerminkan kasih sayang dan semangat kemanusiaan yang tinggi dalam diri rakyat kita,” ujar beliau.



Menjadikan kejayaan ini lebih bermakna, seramai 603 orang sukarelawan dan 17 orang staf Syria Care telah bekerja keras dan tanpa mengenal penat lelah sepanjang 21 hingga 27 Oktober 2025 bagi memastikan kejayaan projek “Warm Their Winter” ini.



Semangat kerjasama, keikhlasan dan dedikasi mereka menjadi tulang belakang kepada kelancaran keseluruhan kempen. Namun begitu, cabaran utama yang sedang dihadapi oleh Syria Care ketika ini ialah dana bagi menghantar kontena bantuan tersebut ke Syria, yang masih belum mencapai sasaran sepenuhnya. Jumlah dana yang masih diperlukan adalah sebanyak RM150,000.



Projek “Warm Their Winter” ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada HUMAM Relief, Ihsanku Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP Zon 3).
Syria Care turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para sukarelawan daripada pelbagai institusi dan pertubuhan seperti Ihsanku Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Poly-Tech MARA Kampus Bangi (KPTM), Politeknik Nilai, Management and Science University (MSU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Five Best, Majlis Belia Tahfiz Malaysia, Biro Wanita Desa Sentosa, The Charms Team, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kindness Malaysia, dan Community4Syria. 


Tidak dilupakan, penghargaan turut disampaikan kepada Rakan Hab dan Pengumpulan, Rakan Penyumbang, serta Rakan Penaja Makanan dan Minuman yang memainkan peranan besar dalam menjayakan misi pada kali ini.

Antara Rakan Hab dan Pengumpulan termasuklah: Ihsanku Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA), Muslim Mart/Madrasah Nizhomiyah, Community4Syria, Kedai Adi, UPSI, USM, UM, KPTM Bangi, AlKhair Malaysia, Adina Charity Circle, Pusat Komuniti Desa Sentosa, Midity Education, FL Edukids (M) Sdn Bhd, Bright Iman Enterprise, IKRAM Pahang, Rose2Rose Pahang, dan Masjid Mahmoodiah Putrajaya.




Rakan Penyumbang terdiri daripada: The Charms Team, SRITI Tenaga Ihsan, JBR Bundle, Uniqlo, Happy Hive Playschool & Preschool, Grads, Jemaah Hasanah, dan Midity Education. Rakan Penaja Makanan dan Minuman pula termasuk: Restoran Ampera Raya, Zai Sri Gemilang Sdn Bhd, Azam Pandan Sdn Bhd, Restoran Padang On Wheel, Hamras Mart, Kedai Adi dan ZUS Coffee.



Penghantaran dua kontena bantuan pakaian musim sejuk ini merupakan fasa pertama daripada projek utama Syria Care iaitu “Winter Aid” yang merangkumi tiga bentuk bantuan utama:
1. Warm Their Winter – pakaian musim sejuk,
2. Fuel Aid – bantuan bahan bakar, dan
3. Order Food – bantuan pek makanan

Dengan matlamat mengumpul RM1.65 juta menjelang 31 Disember 2025, Syria Care menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersama menjayakan misi kemanusiaan ini.





Setiap sumbangan yang dihulurkan, tidak kira besar atau kecil, akan membawa makna besar buat mereka yang sedang bergelut menghadapi musim sejuk tanpa persediaan sempurna.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank Syria Care 562106653575 (Rujukan: WinterAid) atau menerusi laman sesawang:
https://syriacare.org.my/winteraid/.

Untuk maklumat lanjut partnership@syriacare.org.my