Terkini | New

GF GALAU Food Festival sasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung

GF GALAU Food Festival sasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung 


Buat julung kalinya, warga Lembah Klang bakal disajikan dengan sebuah festival makanan dan hiburan terbesar hujung tahun menerusi penganjuran GF GALAU Food Festival (GFF) yang dianjurkan oleh Gold Field Holding Sdn. Bhd. 


Festival ini bakal berlangsung selama lima hari bermula 27 hingga 31 Disember 2025 (Sabtu hingga Rabu) di Setia Alam Convention Centre, Selangor menjanjikan kemeriahan tersendiri dengan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan pameran makanan, gaya hidup, hiburan muzik dan acara keluarga dalam satu lokasi.



Bertepatan pula, Setia Alam kini menjadi lokasi popular yang menggamit kehadiran ribuan pengunjung khususnya setiapkali hujung minggu untuk bersantai. 

Penganjur, Enck Azlisham Yusof, Event Manager, Gold Field Holding Sdn. Bhd., berkata objektif utama festival ini adalah untuk merancakkan industri makanan tempatan di samping memberikan ruang kepada pengusaha kecil dan sederhana mempromosikan produk mereka menjelang sambutan tahun baharu.



“Kami mahu menjadikan GF GALAU Food Festival sebagai platform santai untuk seluruh masyarakat datang bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati pelbagai hidangan menarik serta hiburan secara berhemah dan selamat,” kata jurucakap Gold Field Holding Sdn. Bhd. 

Menurutnya, festival ini menyasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran dengan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat semua lapisan umur. 

Antara aktiviti utama yang akan diadakan sepanjang festival termasuk:
●  Gerai makanan dan minuman tempatan & antarabangsa.
●  Booth jualan dan pameran produk gaya hidup.
●  Pertunjukan bunga api malam tahun baharu.
●  Persembahan pentas dan hiburan keluarga.




Konsert artis popular setiap malam menampilkan barisan hebat seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band.

Selain itu, festival ini turut menawarkan cabutan bertuah istimewa dengan hadiah-hadiah menarik seperti: 

●  2 unit Scooter EV Bike.
●  1 unit Sony PlayStation 5 (PS5) 1 unit penghawa dingin.
●  1 unit televisyen 50 inci.
●  Beberapa hamper bernilai tinggi.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan lazat sambil menyaksikan konsert artis terkenal, menyertai cabutan bertuah, serta menantikan detik sambutan malam tahun baharu dengan pertunjukan bunga api yang spektakular. 



GF GALAU Food Festival akan bermula setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, dengan malam penutup pada 31 Disember 2025 dijangka menjadi Kemuncak sambutan tahun baharu di Lembah Klang. 


Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan serta merasai kemeriahan GF GALAU Food Festival yang bakal menjelang nanti.