Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 Anjuran YKAT Meriah
Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 Anjuran YKAT Meriah
Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), merupakan badan kebajikan golongan seni yang ditubuhkan pada 25 Jun 2012. YKAT diterajui oleh 9 pemegang amanah yang terdiri dari pelbagai kaum.

Datuk DJ Dave sebagai Pengerusi, Dato MNasir sebagai Naib Pengerusi, Dato' Nash, Datuk Dr. Yusof Haslam, Dato' Nancie Foo, Datuk Andrew Lim Tatt Keong, Prof Emeritus Dato' Dr Ahmad Bin Hj Zainuddin, Encik Colin Lionel Edmonds dan Dr. S Kanagarajan.


YKAT telah berjaya menganjurkan sebuah konsert amal istimewa iaitu Konsert Budi Kasih Malavsia 2025" Konsert ini berlangsung pada 3 Oktober 2025 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sering kali kedengaran kisah-kisah artis tanahair yang jatuh sakit, dimasukkan ke hospital, kehilangan sumber kewangan, tiada tempat berteduh, malah ada yang pergi meninggal dunia tanpa mempunyai simpanan mencukupi untuk menguruskan pengkebumian. Situasi ini amat menyayat hati dan memberi kesan mendalam kepada industri seni tanahair.


Menyedari keperluan ini, Yayasan Kebajilkan Artis Tanah Air (YKAT) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu kebajikan penyanyi, pelakon, pemuzik dan artis veteran.


Konsep "Budi" melambangkan pengorbanan serta sumbangan golongan artis dalam memartabatkan seni dan budaya negara, manakala "Kasih" menggambarkan penghargaan rakyat Malaysia erhadap insan seni yang telah menceriakan, menghiburkan, dan memberi inspirasi kepada masyarakat.


Majlis penuh gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebagai Tetamu Kehormat sekali gus merasmikan konsert ini.

Turut serta tetamu terhormat adalah YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, lrwan Shah Bin Abdullah @ DJ Dave, Pengerusi YKAT, Dato' M Nasir, Naib Pengerusi YKAT dan Datuk Dr Yusof Haslam, Pemegang Amanah YKAT. Turut serta Penaja Utama YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, GWM dan PERKESO.




Menurut Datuk Dj Dave, Pengerusi YKAT, "Konsert Budi Kasih Malaysia 2025 adalah malam seni, malam kebersamaan, dan malam budi. Dana yang dikumpul akan digunakan sepenuhnya untuk memperkukuh usaha kebajikan YKAT demi memastikan nasib artis tanah air terbela".



Turut bersama mempersembahan adalah Artis-artis seperti Datuk DJ Dave , Dato' M Nasir, Dato' Nash, Dato' David Arumugam & Alleycats, Dato Khatijah lbrahim, Datuk Ramli Sarip , Suki Low, Bella Astillah, Kombo Senada Musika dan Pasukan Tarian Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Wilayah Kuala Lumpur.




Seramai 560 orang menghadiri konsert ini yang terdiri daripada para pemimpin, warga korporat, artis-artis tanahair dan orang awam. Menurut Datuk DJ Dave, "Pada awalnya kami cuba menawarkan 500 tiket sahaja. Namun di atas sokongan dan permintaan ramai kami telah menambah 6 buah meja menjadikan sebanyak 560 tiket dijual. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membelinya".




Pada malam tersebut, YKAT turut akan menyampaikan Anugerah Ikon Seni kepada tiga tokoh seni tersohor sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam industri hiburan negara. Setiap mereka menerima sebuah trofi dan wang berjumlah RM3,000 setiap seorang.
Anugerah yang disampaikan adalah :
1.lkon Penyanyi: Dato' David Arumugam
2.lkon Pemuzik: Man Kidal
3.lkon Pelakon:Margaret Gan


Beberapa aktiviti lain juga telah dirangka oleh pihak YKAT bagi terus menjaga kebajikan para artis tanahair. Untuk butiran lanjut mengenai program YKAT boleh terus menghubungi Pengurus YKAT - Cik Salmiyah di talian 019-9883172.