Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung
Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung
Buat julungkalinya, peminat arena permotoran utara tanah air digegarkan dengan penganjuran karnival permotoran terbesar Northern Festival Of Speed (NFOS) anjuran Northern Speedo & Choii Motorsports dengan kerjasama penuh PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah) sebagai penaja utama serta sokongan penaja-penaja lain.

Northern Festival Of Speed berlangsung pada 3-5 Oktober (Jumaat hingga Ahad) di PICCA Butterworth, Pulau Pinang menjanjikan kemeriahan tersendiri kerana menggabungkan serta menampilkan pelbagai aktiviti menarik merangkumi pameran gaya hidup, automotif, hiburan dan aktiviti keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Izwan Mazlan berkata, mereka amat berbesar hati menjadi penaja utama Northern Festival Of Speed sebagai tanda sokongan dan penghargaan tinggi terhadap industri automotif Malaysia.

"Kami memang menyokong program anak muda serta merakyatkan program sebegini kepada semua golongan masyarakat yang meminati bidang automotif, kereta sekali gus akan memupuk minat kepada semua generasi, memberi peluang buat mereka menikmati pengalaman baharu melihat koleksi kereta-kereta yang "rare", menarik yang datang dari pelbagai negara ini secara eksklusif.
"Kami sanggup berbelanja besar untuk menjadi penaja untuk menjayakan aktiviti automotif yang bermanfaat ini dan dalam masa yang sama, PMH juga turut membuka booth pameran dan jualan kereta-kereta import recond (terpakai) dari luar negara.

"Selain itu, PMH Motor juga membawakan kepada anda, motosikal elektrik (EV) keluaran pengilang bumiputera iaitu model LION G1 GGR EV yang sedang melonjak naik permintaannya di tapak pameran di Picca, Butterworth. Anda akan dapat melihat dan berpeluang pandu uji serta merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal EV yang menarik ini.
PMH dan GGR turut menyokong penuh usaha kerajaan untuk ke arah memperluaskan dan penggalakkan penggunaan motosikal elektrik EV yang berteknologi tinggi, mesra alam, bermanfaat dan ada penjimatan ini di kalangan masyarakat," katanya.

Menurutnya, mereka mahu menjadi pelaksana dan penyumbang untuk memberi pendedahan serta galakan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan motosikal dan kereta EV bagi menyahut saranan kerajaan ke arah mobiliti teknologi hijau.
Automotif dunia sekarang semuanya ke arah mobiliti hijau teknologi EV dan visi serta misi kerajaan sekarang juga ini pun memang dah ke arah teknologi EV. Bagi PMH dan GGR sebagai pemain industri automotif yang bertanggungjawab sebagai pelaksana bagi melakar perjalanan ini amat menyokong penuh matlamat 'Go Green Revolution’ yang diterapkan.


"PICCA Pulau Pinang dipilih kerana keluasan tempatnya dan event automotif turut mendapat sokongan pempengaruh seperti Motor Maniac, Uncle Shah, Nim 199, Retro Havoc, Alie Kuoppa, Abe Mey Sarman Printing, Narock, Bateriku, ESR dan ramai lagi penggemar kereta yang hadir dari seluruh negeri di Malaysia.
"Malah ia juga menarik perhatian masyarakat luar negara yang sanggup datang dari jauh antaranya peminat kereta dari Thailand dan Singapura kerana pelbagai aktiviti kereta yang disediakan seperti aktiviti drift, pertunjukan kereta "rare" dan lain-lain yang menarik," katanya.

Tambahnya lagi, PMH sebelum ini banyak terbabit dengan karnival rakyat, automotif permotoran yang melibatkan masyarakat seperti Santai Anak Utara (SAU) dan pelbagai lagi yang lain.
Bagaimanapun Northern Festival Of Speed adalah yang terbesar kerana tajaan hadiah mereka untuk acara cabutan bertuah sangat mengujakan.

"Kami tawarkan tiga buah kereta sebagai hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Mercedes A Class model W177 (Unregister) berharga RM 200,000, di samping model Nissan 350Z dan Honda Civic FD turut dijadikan hadiah untuk dibawa pulang oleh pengunjung yang bertuah.
"Hadiahnya amat bernilai kerana kita nak betul-betul gempak kali ini. Dengan hanya membayar tiket masuk sebanyak RM 15.00, pengunjung berpeluang melihat pameran kereta yang unik, ada aktiviti menarik seperti "limbo stance", " 2 step competition", games, boleh sertai cabutan bertuah dan menikmati pelbagai acara lain seperti konsert dan sebagainya," katanya.

Aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan antaranya seperti taxi drift, demo drift, car meet, car show, booth jualan merchandise dan konsert artis seperti XPDC, Cherpen, 53 universe, K.O.I dan ramai lagi. Program selama tiga hari ini bertarikh 3-5 Oktober 2025 akan bermula pada jam 12 tengahari dan akan berakhir pada jam 12 tengah malam.
Izwan berkata, kemuncak Northern Festival Of Speed akan berlangsung pada hari Ahad bagi acara penutup program serta pengumuman pemenang hadiah utama cabutan bertuah.
Sementara itu, penganjur Faris Azri - Choii Motorsports dan Muhammad Hadzimi pengasas Northernspeedo berkata, pihaknya menyasarkan Northern Festival Of Speed dihadiri lebih 70,000 pengunjung selama tiga hari acara berlangsung.