O. TWO.O Kini di Guardian Malaysia: Lipstik Ultra Stay Lolepop Dan Koleksi Viral Jadi Rebutan
O. TWO.O Kini di Guardian Malaysia: Lipstik Ultra Stay Lolepop Dan Koleksi Viral Jadi Rebutan

Berita baik buat kaki mekap, jenama kecantikan antarabangsa O.TWO.O yang sering tular dengan koleksi solekan yang diinspirasikan terus daripada trend seperti glass skin effect dan dewy look, kini sudah berada di Malaysia. Jenama kecantikan antarabangsa O. TWO. O meraikan kejayaan acara pemula pertama mereka di Malaysia yang turut berlangsung bersempena ulang tahun syarikat.

Lebih menarik, semua produk O.TWO.O boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Guardian Malaysia, jadi tak payah dah nak tunggu shipping dari luar negara. O.TWO.O ialah jenama kosmetik dari China yang menawarkan rangkaian produk wajah, mata, dan bibir. Ia sesuai untuk pengguna yang sukakan produk trendy, mudah digunakan pada harga mampu milik.

(Dari kiri) CEO Sammoor Beauty, KK Lim, O. TWO. O Brand Oversea Business Manager, Yolanda, Pengurus Besar Komersial Guardian Malaysia, Tiffany dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Sammoor Beauty, Nicole.
O.TWO.O Brand Oversea Business Manager, Yolanda berkata, acara ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja menandakan kehadiran rasmi mereka di Malaysia, malah memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri produk kecantikan viral jenama tersebut.


“Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat berkongsi produk O.TWO.O dengan wanita Malaysia. Misi kami jelas untuk menjadikan kecantikan mampu milik, berkualiti tinggi dan mudah didapati di pasaran. Produk kami, termasuk Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick dan koleksi berus solekan, direka khas untuk memenuhi keperluan wanita yang berusia 18 hingga 35 tahun yang gemar mencuba trend kecantikan terkini.


“Matlamat kami adalah menjadikan O.TWO.O mudah didapati di mana-mana Guardian, agar wanita Malaysia tidak lagi perlu berbelanja besar untuk tampil cantik dan yakin setiap hari. Kebanyakan koleksi O.TWO.O diinspirasikan oleh trend kecantikan dari China, termasuk gaya mekap natural, dewy look, serta produk inovatif seperti lip balm color-changing dan eyeshadow berkilau.”



Menyentuh mengenai kekuatan mereka, menurut Yolanda, produk kami dijual pada harga mampu milik, trend terkini, variasi produk yang luas, packaging menarik, serta produk mudah digunakan untuk beginner.

Ujar Yolanda lagi, kami menyedari pasaran Malaysia mempunyai banyak jenama popular antarabangsa dan tempatan. Namun, O.TWO.O menonjol dengan gabungan trend China + affordability yang memberi peluang kepada pengguna untuk bergaya tanpa perlu membayar harga premium. Kami juga berharap dapat membina kedudukan yang lebih kukuh di Malaysia, bekerjasama dengan rakan runcit yang sesuai dan menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan, selaras dengan trend kecantikan global dan citarasa pengguna tempatan.


“Buat masa ini, strategi kami lebih fokus kepada jualan dalam talian dan kerjasama dengan rakan runcit. Produk ini kini dijual melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan dalam beberapa pasaran luar negara juga melalui rangkaian kedai kosmetik yang lain. Walau bagaimanapun, kami terbuka untuk membincangkan peluang membuka kiosk atau outlet fizikal di Malaysia dalam fasa pengembangan akan datang.”
Kerjasama dengan Guardian Malaysia dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan O.TWO.O dalam pasaran tempatan. Bagi Guardian sendiri, kehadiran jenama kecantikan viral ini memberi nilai tambah kepada pelanggan setia mereka.


Pengurus Besar Komersial Guardian Malaysia, Tiffany pula menambah bahawa Guardian sentiasa komited membawa masuk jenama antarabangsa yang berkualiti, trending dan dipercayai pelanggan. Kehadiran O.TWO.O di Guardian memberi lebih banyak pilihan kepada wanita Malaysia yang mencari produk kecantikan berpatutan tetapi setanding dengan standard global.
Mekap ala China yang semakin mencuri perhatian dunia dengan konsep glass skin, dewy glow dan kecantikan natural yang elegan menjadi inspirasi utama jenama ini. Dari lip balm yang berubah warna mengikut suhu tubuh hingga palet berkilau yang memberi dimensi pada pandangan mata, setiap koleksi hadir dengan sentuhan inovasi.


Antara produk yang paling mencuri perhatian pada majlis pelancaran ini termasuk Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick, gincu tahan lama dengan warna menyerlah yang kini menjadi rebutan ramai. Tidak ketinggalan, koleksi Brush Series yang sudah mencatat lebih enam juta jualan di seluruh dunia turut diperkenalkan bersama pilihan lain seperti compact powder dan eyeshadow palette yang praktikal untuk gaya harian.
Dengan harga purata sekitar USD 15 (±RM70), O.TWO.O mengekalkan prinsip “affordable luxury” menjadikan solekan berkualiti tinggi mudah dicapai oleh semua lapisan pengguna. Kini, pelanggan boleh mendapatkan rangkaian penuh O.TWO.O di semua cawangan Guardian Malaysia, termasuk pusat beli-belah utama seperti Mid Valley dan Suria KLCC.

Berbeza dengan sesetengah jenama yang hanya fokus pada kategori tertentu, O.TWO.O tampil dengan rangkaian lengkap merangkumi produk asas wajah, maskara dan eyeliner, pilihan lipstik matte hingga lip gloss, serta aksesori seperti beauty blender dan set berus solekan. Tidak hairanlah mengapa jenama ini cepat menambat hati golongan muda, apatah lagi dengan produk entry-level yang boleh dimiliki seawal RM10 hingga RM15 secara online.
Di Malaysia, produk-produk yang paling popular termasuk Color Lip Sticks yang terkenal dengan pilihan warna trendy, Mascara Waterproof Volumizing yang memberi kesan bulu mata lebih tebal tanpa comot serta Eyeshadow Palette dengan variasi warna sesuai untuk solekan harian atau acara istimewa.
Sementara itu, beberapa produk baharu yang disebut-sebut bakal menjadi ‘must-have’ item tahun ini ialah Kiss Proof Matte Lip Gloss, Misty Kiss Lock Matte Lipstick, Glow Color Bounce Blush Stick, Full Coverage Liquid Concealer, Anti-Pore Blurring Primer dan Fine Mist Setting Spray yang tahan lama sepanjang hari.


Lebih daripada sekadar solekan, O.TWO.O adalah falsafah tentang keyakinan diri. Dengan status Halal Certified dan cruelty-free, ia meraikan kecantikan dengan cara yang inklusif, progresif dan penuh nilai.
Sama ada anda mencari lipstik tahan lama, set berus solekan profesional atau palet ringkas untuk gaya harian, semuanya kini mudah didapati berdekatan anda. Kini, sudah tiba masanya untuk wanita Malaysia sendiri merasai sentuhan “affordable luxury” daripada O.TWO.O, hanya di Guardian Malaysia.