Pelayaran Star Voyager Cruise (Svo) Bersama Legendaris Kru Star Kruise Showcase Membelah Samudera 5 Hari 4 Malam
Pelayaran Star Voyager Cruise (Svo) Bersama Legendaris Kru Star Kruise Showcase Membelah Samudera 5 Hari 4 Malam

KRU kekal sebagai jenama unggul yang sinonim dengan inovasi dan kecemerlangan. Karya mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi pencetus revolusi yang membentuk landskap industri muzik Malaysia hingga ke hari ini.
Sebagai trio legenda yang terus diingati dan disayangi peminat, aura Dato’ Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim kekal menyala, membuktikan bahawa kehebatan mereka tidak pernah pudar meskipun dekad berganti.

Selepas kejayaan luar biasa siri Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei 2025 yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records dan menjelang GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025.

KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air. Bersedia untuk pengalaman luar biasa apabila SUKA Cruise, dengan sokongan StarDream Cruise dan Sony Music Malaysia, mempersembahkan STAR KRUise Showcase penganjuran pertama seumpamanya yang akan membawa KRU dan peminat mereka berlayar bersama di atas kapal mewah Star Voyager Cruise (SVO) selama 5 hari 4 malam.


Pelayaran ini bukan sekadar percutian mewah ia adalah pengalaman eksklusif untuk menjadi tetamu VVIP KRU, menyaksikan persembahan istimewa mereka secara dekat di atas kapal yang membelah samudera, lengkap dengan pelbagai aktiviti hiburan, sajian antarabangsa, dan fasiliti bertaraf dunia.
Bagi pihak KRU, idea yang dibawa oleh penganjur disambut dengan penuh keterujaan kerana ia bukan sahaja memperkenalkan konsep baharu, malah menjadi mercu tanda sejarah dalam industri hiburan Nusantara.
“Kami amat teruja untuk membuat persembahan di atas kapal persiaran buat pertama kali dalam kerjaya kami. STAR KRUISE SHOWCASE di atas STAR VOYAGER CRUISE yang
merentasi Singapura, Malaysia dan Thailand menjanjikan pengalaman yang cukup unik dan
bermakna. Persembahan ini direka khas untuk mencipta suasana yang lebih dekat dan peribadi bersama peminat jauh berbeza daripada konsert berskala besar. Kami ingin peminat merasai kehangatan dan keikhlasan setiap lagu yang disampaikan, dalam suasana yang lebih santai dan eksklusif. Lebih daripada itu, kami sangat menantikan peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama peminat sepanjang pelayaran ini. Ia bukan sekadar persembahan, tetapi satu perjalanan penuh kenangan yang akan kami kongsi bersama - Norman mewakili KRU”.

“Kami tidak melakukan Star KRUise Showcase untuk mencari populariti, tetapi untuk memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza kepada peminat. Persembahan di atas kapal mewah yang berlayar dari Singapura, Malaysia dan Thailand ini akan memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama kami dalam pelayaran bersejarah ini,” ujar Datuk Norman Abdul Halim bagi pihak KRU.
Selain menikmati persembahan eksklusif KRU, para penumpang juga berpeluang menjelajahi Phuket dan Singapura, menikmati pelbagai program hiburan, makanan halal antarabangsa serta kemudahan mewah di atas kapal. Ia bukan sekadar konser tetapi pengalaman hidup yang akan dikenang sepanjang hayat. Jangan lepaskan peluang berlayar bersama legenda dan menjadi sebahagian daripada sejarah STAR KRUise Showcase, Januari 2026 ini. Tempat adalah terhad.