Terkini | New

Skim Pelaburan Palsu Mangsa Scam Tampil Bekerjasama Bersama MaPeR

Skim Pelaburan Palsu Mangsa Scam Tampil Bekerjasama Bersama MaPeR

Pelabur warga British dan Malaysia buat laporan kepada SPRM terhadap seorang Datuk Wira berhubung pelbagai penipuan pelaburan saham. Pelabur warga British telah membuat laporan polis pada November 2023 dan kes masih dalam siasatan.


Seorang pelabur warga British bersama sepuluh pelabur dari Malaysia, telah mengemukakan aduan rasmi masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlakunya satu skim pelaburan canggih yang menipu mereka lebih RM66 juta melalui skim penipuan yang didalangi oleh ahli perniagaan tersebut dan sindiketnya.

Pihak yang terkesan turut merancang untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan penipuan melibatkan Beliau dan sindiketnya di samping menggesa mangsa-mangsa lain tampil bagi membantu membongkar sebarang kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh ahli perniagaan dan sindiket berkenaan. Aduan tersebut memperincikan satu skim pelaburan penipuan yang beroperasi sejak 2018 yang telah menipu mangsa lebih dari RM300 juta.


Shah Abdul Malek, Pengerusi Kumpulan Tindakan MaPeR, yang memperjuangkan usaha ini sejak 2023, berkata ratusan individu dan syarikat korporat termasuk agensi kerajaan telah menjadi mangsa skim pelaburan tersebut.

“Rangkaian penipuan mereka mencecah hampir RM1 bilion, termasuk pelaburan oleh seorang usahawan dari UK, Lee Rodger Meiklejohn, berjumlah hampir RM60 juta,” katanya pada sidang media di Nu Sentral hari ini. Berdasarkan rekod, didapati beberapa agensi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan di Kedah, Melaka dan Perlis termasuk sebuah Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim di Pulau Pinang serta sebuah institut penyelidikan Islam mungkin telah menjadi mangsa skim penipuan yang sama”. Ujar Shah Abdul Malek.



Ramai mangsa telah diperdaya melalui ejen-ejen Beliau yang menyamar sebagai kakitangan Bank, menawarkan skim pelaburan runcit yang kononnya diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta “dijamin” oleh insurans. Ada juga yang tertipu kerana beberapa ahli perniagaan ternama bergelar Tan Sri dikaitkan sebagai ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama syarikat-syarikat tersebut.

Agensi kerajaan pula dipercayai terpedaya disebabkan penglibatan seorang bekas pegawai kanan persekutuan yang bertindak sebagai proksi Beliau. Wang yang diperoleh secara penipuan daripada mangsa kemudian digunakan untuk memberi habuan atau rasuah kepada ejen dan individu berprofil tinggi yang “meminjamkan” kredibiliti mereka kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Beliau dalam bentuk “komisen” atau “yuran”.

Berdasarkan rekod, pada 6 November 2023, satu Laporan Jenayah Komersial telah dibuat oleh Lee Meiklejohn terhadap Beliau yang didakwa secara terang-terangan menipunya sebanyak GBP10 juta wang pelaburannya bagi tujuan langganan saham dalam syarikat yang ketika itu dikuasai Beliau. Namun, wang tersebut disalurkan ke syarikat milik Beliau melalui akaun bank di Maybank dengan alasan kononnya memiliki lesen Bank Negara untuk menerima wang pelaburan dari luar negara.



Lee Meiklejohn berkata beliau menjadi mangsa kegiatan penipuan antara Oktober 2010 dan April 2011. Walaupun telah membuat banyak susulan dan mengemukakan dokumen sokongan yang kukuh, kesnya dengan pihak polis tidak menunjukkan kemajuan ketara menimbulkan kemungkinan berlakunya kelewatan prosedur atau campur tangan.

Salah seorang mangsa terbaharu, seorang warga emas rakyat Malaysia, memaklumkan bahawa beliau kerugian lebih RM2.75 juta melalui syarikat-syarikat yang dikawal Beliau. Seorang lagi mangsa, seorang pesara, pula kehilangan keseluruhan simpanan hari tuanya akibat ditipu oleh syarikat-syarikat berkaitan.

Shah berkata, “Saya tidak tahu lagi bagaimana hendak membantu para pelabur ini. Saya mempunyai senarai lebih 300 pelabur yang mungkin wang pelaburan mereka telah terjejas, termasuk aset daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan. Apa yang para pelabur ini tidak sedari ialah syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Beliau tidak mempunyai perniagaan yang sah, dan saya percaya semua hasil haram itu hanya disalurkan ke poket Beliau sendiri.”

Sebahagian skim ini memperdaya pelabur runcit yang kurang berpengalaman dengan janji palsu dividen dua angka bebas cukai, disokong “jaminan” insurans palsu, serta didakwa menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti. Dana disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, pembayaran tanpa kebenaran, dan dilapiskan melalui entiti yang dikawal yang membentuk kesalahan jenayah merangkumi pecah amanah, pengubahan wang haram, serta pelanggaran Akta SPRM, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, Akta Syarikat, dan Kanun Keseksaan. Pakatan antara juruaudit, setiausaha syarikat dan penyedia insurans pula memudahkan penipuan melalui dokumen palsu dan penyata kewangan yang tidak tepat. Mangsa-mangsa menuntut pembekuan aset, siasatan menyeluruh, dan pendakwaan untuk memulihkan dana serta memastikan keadilan ditegakkan.

Masa adalah kritikal untuk para pelabur mengambil tindakan, kerana MaPeR telah mengesan beliau bagi mengelak pertanggungjawaban atas penipuan terhadap pelabur telah memulakan proses penggulungan ke atas firma-firma pelaburannya yang digunakan dalam skim tersebut.  Tindakan ini didakwa bertujuan untuk memastikan para pelabur tidak menerima sebarang pulangan daripada proses penggulungan itu, sekali gus memberi laluan mudah kepada pelaku untuk melepaskan diri.

Shah menambah, “Matlamat kami mendedahkan perkara ini adalah agar kita dapat bekerjasama untuk memulihkan sebanyak mungkin wang yang telah dilarikan oleh Beliau.” Mangsa boleh menghubungi Pengerusi Sekretariat MAPER di 017-4477 675 atau emel ke maper.action@gmail.com.