Terkini | New

Sos Cili Pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibrahim Kini Menembusi Pasaran Brunei Buktikan Produk IKS Tempatan Mampu Bersaing di Peringkat Global

Sos Cili Pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibrahim Kini Menembusi Pasaran Brunei Buktikan Produk IKS Tempatan Mampu Bersaing di Peringkat Global


Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia terus membuktikan bahawa produk tempatan berupaya menembusi pasaran antarabangsa dengan jayanya. Menerusi penjenamaan inovatif, kualiti yang konsisten dan strategi pemasaran yang mantap, pelbagai jenama IKS kini berjaya menapak di pasaran luar negara dalam tempoh yang singkat.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor IKS Malaysia berkembang pesat hasil dorongan usahawan tempatan yang bersemangat tinggi untuk memperkenalkan keunikan serta kualiti produk buatan Malaysia. Daripada sos tradisional hingga produk makanan moden, jenama-jenama ini kini mula dikenali di pasaran serantau seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Timur Tengah.


Salah satu kisah kejayaan yang menginspirasikan ialah Sos Cili Pedas IBU, jenama yang diasaskan oleh penyanyi dan usahawan terkenal Malaysia, Dato’ Khadijah Ibrahim. Dalam tempoh hanya empat bulan selepas dilancarkan ke pasaran eksport, produk ini telah berjaya menembusi pasar raya utama di Brunei dan mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna tempatan. Kejayaan ini membuktikan bahawa produk IKS tempatan mampu memenuhi piawaian antarabangsa dan bersaing dengan jenama global.



Dalam masa empat bulan sahaja sejak pelancaran rasminya di pasaran Brunei, Sos Cili Pedas IBU telah menerima sambutan hangat daripada pengguna dan kini boleh didapati di lebih 70 rangkaian pasar raya utama di seluruh Brunei Darussalam.


Selain sos cili, Dato’ Khadijah yang mesra disapa sebagai Ibu turut memperkenalkan enam lagi produk baharu iaitu Sos Tiram, Kicap, Sos Nasi Ayam, Sos Bawang Putih, Sos Cili Padi, dan Sos Cili Lemon, yang bakal diperkenalkan secara rasmi di Brunei tidak lama lagi.

Dari Dapur Seorang Lagenda ke Setiap Kediaman
Dato’ Khadijah Ibrahim, yang terkenal dengan suara emas dan keperibadian anggun, mencipta jenama IBU sebagai lambang kasih sayang seorang ibu serta cita rasa warisan kulinari Malaysia yang tidak lapuk ditelan zaman.

“Saya percaya setiap hidangan yang dimasak dengan penuh kasih sayang akan membawa kebahagiaan. Itulah jiwa di sebalik setiap produk IBU. Kami ingin berkongsi rasa kasih dan keaslian masakan rumah Malaysia dengan masyarakat Brunei,” kata Dato’ Khadijah Ibrahim, Pengasas jenama IBU.



Sos Cili Pedas IBU dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi yang terpilih, bebas bahan pengawet tiruan dan dirumus dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis yang sempurna sesuai untuk keluarga moden yang menghargai keaslian dalam setiap hidangan.

Sambutan Hangat di Pasaran Brunei
Dalam tempoh yang singkat, produk ini telah berjaya menembusi semua pasar raya utama di Brunei termasuk Jaya Hypermart, Fayze Mart dan banyak lagi, menerima maklum balas positif daripada pelanggan yang memuji keseimbangan rasa pedasnya, keenakan serta cita rasa autentik Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada usaha pengenalan jenama, IBU turut menganjurkan siri promosi jelajah di dua lokasi utama Jaya Hypermart, Rimba Point dan Fayze Mart, Tutong, serta majlis pelancaran rasmi di Restoran Chilis, Jangsak, Brunei.




Acara ini menampilkan sesi merasa produk, demonstrasi memasak secara langsung dan aktiviti interaktif bersama pelanggan. Kehadiran ramai pengunjung mencerminkan penerimaan positif jenama IBU di pasaran Brunei.

“Kami amat menghargai sambutan hangat daripada masyarakat Brunei. Penerimaan ini membuktikan bahawa produk buatan Malaysia mampu bersaing dan berjaya di pasaran antarabangsa,” ujar Dato’ Khadijah.

Kejayaan Pemasaran Dalam Tempoh 4 Bulan
Dalam tempoh hanya empat bulan, Sos Cili Pedas IBU telah muncul sebagai produk eksport Malaysia yang berjaya di Brunei satu pencapaian penting dalam usaha memperluas pasaran jenama ini ke seluruh rantau ASEAN.



Kejayaan ini membuktikan bahawa jenama yang dibina berasaskan seni, kualiti premium dan nilai kasih sayang mampu menambat hati pengguna di luar sempadan negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web
www.ibufood.com dan email hello.ibufood@gmail.com