Terkini | New

Prubsn Dan Kpj Healthcare Bekerjasama Untuk Memberikan Ketenangan Minda Kepada Para Pelanggan Melalui Prupanel Plus

Prubsn Dan Kpj Healthcare Bekerjasama Untuk Memberikan  Ketenangan Minda Kepada Para Pelanggan Melalui Prupanel Plus


Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful keluarga terbaik Malaysia selama 12 tahun berturut-turut, telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad untuk menganjurkan PruBSN x KPJ Healthcare Wellness Event di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2) yang diadakan pada 15 November 2025. 

Program ini bukan sekadar acara biasa tetapi ia mengukuhkan sinergi jangka panjang antara kedua-dua organisasi dalam usaha meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dianjurkan bersempena dengan promosi PRUPanel Plus, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses dan manfaat penjagaan kesihatan kepada pemegang sijil perubatan PruBSN dan pelanggan KPJ di seluruh negara.

PRUPanel Plus menghimpunkan 60 hospital panel terpilih di seluruh Malaysia yang telah menjalin kerjasama strategik dengan PruBSN. Rangkaian ini akan diperluas setiap dua tahun bagi memastikan akses yang lebih meluas dan pilihan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk pelanggan. Hospital-hospital ini menawarkan keistimewaan eksklusif kepada pemegang sijil perubatan PruBSN, termasuk pengecualian deposit dan yuran pentadbiran semasa kemasukan ke hospital, hadiah eksklusif serta peluang berinteraksi dengan Perunding Takaful, di samping akses kepada rawatan perubatan berkualiti tinggi.

Walaupun manfaat mungkin berbeza antara hospital, semua rakan PRUPanel Plus berkongsi misi yang sama, iaitu untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Dengan bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan yang berpengalaman seperti KPJ Healthcare, PruBSN berhasrat untuk memastikan pelanggan menerima rawatan perubatan yang berkualiti dan tepat pada masanya tanpa beban kewangan yang tidak perlu. Pada masa ini, kesemua 30 hospital KPJ di seluruh negara diiktiraf sebagai hospital panel PruBSN, dan 18 daripadanya adalah hospital PRUPanel Plus. PRUPanel Plus merupakan salah satu inisiatif di bawah fokus kesihatan PruBSN, yang memberi tumpuan kepada penyediaan pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui kerjasama strategik.

Pegawai Bertanggungjawab PruBSN, Kelvin Wong berkata, “Kesihatan bukan lagi sekadar satu segmen produk. Ia telah menjadi tonggak utama dalam strategi perniagaan kami. Dengan semakin ramai rakyat Malaysia berdepan kos perubatan yang meningkat dan cabaran penyakit kronik, peranan kami sebagai pengendali takaful bukan lagi sekadar memberi perlindungan. Itulah sebabnya kami memperkenalkan The Peaceof-Mind Plan. Komitmen kami adalah untuk memberikan jaminan kepada setiap pesakit, termasuk 4 juta pelanggan kami di Malaysia. Janji ini berteraskan komitmen kesihatan kami, yang memfokuskan kepada membantu orang ramai ketika mereka paling memerlukannya.”

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, “KPJ Healthcare menghargai kerjasama ini dengan PruBSN kerana ia menyokong matlamat bersama kami untuk memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada komuniti ketika mendapatkan rawatan. Berpandukan hala tuju kami, Care for Life, kami kekal fokus dalam menyediakan rawatan yang tepat pada masanya, kaedah penjagaan yang jelas serta sokongan pengalaman yang sewajarnya untuk pesakit dan keluarga di seluruh rangkaian hospital dan pakar kami. Inisiatif seperti PruPanel Plus menggalakkan penglibatan awal dengan perkhidmatan kesihatan dan mengukuhkan jaminan yang diusahakan oleh kedua-dua organisasi.”

Program di wilayah tengah ini merupakan penutup bagi jelajah seluruh negara, yang telah diadakan di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia termasuk wilayah utara di KPJ Ipoh Specialist Hospital, wilayah selatan di KPJ Bandar Dato’ Onn, dan pantai timur di KPJ Perdana. 

Pada masa yang sama, PruBSN terus menunaikan tanggungjawab kepada pelanggan melalui sokongan kewangan yang bermakna ketika mereka memerlukannya. Pada tahun 2024, PruBSN telah membayar sebanyak RM1.2 bilion bagi tuntutan yang merangkumi kemalangan peribadi, rawatan perubatan, penyakit kritikal, hilang upaya kekal menyeluruh, dan kematian. Setiap tuntutan menggambarkan kisah kehidupan sebenar.

Yang menjadi cerminan cabaran dan realiti yang dihadapi oleh keluarga, di mana PruBSN terus bepregang pada janji untuk sentiasa berada di sisi pelanggan di saat mereka kesusahan.

PruBSN bekerjasama rapat dengan kumpulan profesional penjagaan kesihatan bagi memastikan keputusan klinikal kekal di tangan doktor bertauliah, manakala peranan PruBSN tertumpu kepada pengesahan perlindungan mengikut terma sijil. PruBSN berkolaborasi dengan penyedia perubatan dengan meneliti dokumen berkaitan seperti borang kemasukan dan laporan pengimejan, bagi memastikan diagnosis dan rawatan selaras dengan piawaian pengawalseliaan dan profesional.

Proses tuntutan PruBSN sentiasa ditambahbaik melalui penglibatan aktif bersama pelanggan dan rakan penjagaan kesihatan, dengan menggabungkan maklum balas mereka bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan. Peraturan pengunderaitan dan terma sijil diaplikasikan secara konsisten, berpandukan prinsip Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam. Pendekatan bersama ini menggalakkan kesepakatan dalam menghasilkan keputusan yang adil dan berasaskan bukti serta memperkukuh kepercayaan dalam ekosistem kami, memastikan pelanggan, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi mendapat sokongan yang telus dan berintegriti.