Terkini | New

Konsert Legends Kutip Dana Seratus Ribu. Satukan Nostalgia & Kemanusiaan di malam bersejarah

Konsert Legends Kutip Dana Seratus Ribu. Satukan Nostalgia & Kemanusiaan di malam bersejarah


Konsert Legends yang dianjurkan sebagai acara kemuncak perayaan jubli perak Karyawan berlangsung pada 27 Disember di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KUALA LUMPUR) telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan besar, menghimpunkan peminat muzik tanah air serta berjaya mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan, khususnya penggiat seni dan individu yang berdepan kesukaran hidup. Ia turut diserikan dengan kehadiran Datuk Azman Abidin Setiausaha Politik Perdana Menteri sebagai Tetamu Kehormat.


Majlis makan malam amal ini dipenuhi dengan lebih 500 penderma yang dihiburkan oleh persembahan penuh bertenaga dan emosi daripada barisan legenda muzik Malaysia, Sweet Charity selaku tarikan utama. Turut menggegarkan pentas ialah Dato’ Khadijah Ibrahim, Kopratasa, Helen Velu, Dato Andre Goh, Dato Ito Blues Gang, Mariam Ahmad dan Soma yang menyampaikan lagu hasil nukilan Allahyarham S Atan bersama-sama menyampaikan rangkaian lagu ikonik merentas generasi dalam persembahan hampir empat jam.


Malam bersejarah ini turut diserikan dengan slot khas gitaris legenda tanah air, menampilkan Man Kidal, Kid Search, Simon Carefree dan Sharul Ekamatra yang bergandingan di satu pentas sebagai penghormatan kepada era kegemilangan muzik rock tempatan. Persembahan menakjubkan mereka mencetuskan sorakan gemuruh serta momen penuh nostalgia di kalangan penonton.

Penganjuran konsert ini bukan sahaja meraikan legasi seni, malah mencapai objektif kebajikan apabila hasil kutipan jualan tiket dan sumbangan berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Seramai 6 penggiat seni yang memerlukan bantuan turut mendapat bantuan pada malam tersebut. Mereka adalah Murali Abdullah, Olie Heavy Machine, Salleh Yaacob, Mak Jah, Opie Black Maria dan pelakon Sharonizam

Lelongan amal unit lukisan tangan oleh pelukis Cheb Ali juga telah diadakan pada malam tersebut dan dibida oleh Puan Seri Raja Noreza dan Dato Sri Jasmine Raj sebanyak lima ribu bagi membantu menambah kutipan dana untuk persatuan.


'Sebanyak RM 100 ribu berjaya dikumpul dan ia membuktikan acara mencapai tujuannya, iaitu memberi peluang persembahan kepada ramai rakan artis serta membantu mereka yang memerlukan', kata President Persatuan Karyawan Dato Freddie Fernandez.

Penampilan pemain saxophone muda Kenanga Juwita yang juga merupakan anak kepada Olie dari Heavy Machine band yang kini uzur tetapi terus turut hadir sebagai salah seorang penerima bantuan. Majlis turut dimeriahkan oleh pengacara , pelawak Helmi The Gimmick yang tidak henti-henti membuat penonton terhibur dengan lawaknya.


Sambutan hangat daripada orang ramai membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan penggiat seni tanah air.


Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja seperti Weststar, Saloma Kuala Lumpur, Seri Pacific Hotel, Tsl Bestmas Manufacturing, Sos Ibu oleh Mp Media Studio, Seri Ternak Sdn Bhd, WTC Kuala Lumpur Hotel Seri Pacific, rakan media, pasukan produksi serta penonton yang hadir dan menyumbang, sekali gus menjayakan Makan Malam Amal Legends sebagai sebuah acara bermakna yang menyatukan muzik, kenangan dan kemanusiaan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai acara ini media, boleh berhubung dengan Persatuan Karyawan di https://karyawan.my

photo oleh Juang Jasman/Ora Band.