Siti Khadijah Berkolaborasi dengan TV Al-Hijrah Sempena Konvensyen Hijrah Bergema
Siti Khadijah Berkolaborasi dengan TV Al-Hijrah Sempena Konvensyen Hijrah Bergema

Siti Khadijah, peneraju telekung premium dan busana ibadah, dengan sukacitanya berkolaborasi bersama TV Al-Hijrah sempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula 30 dan 31 Disember 2025 di PICC Putrajaya.

Konvensyen selama dua hari ini menawarkan pelbagai pengisian kerohanian, termasuk ceramah motivasi, bengkel solat serta konsert istimewa bersama kumpulan nasyid dan barisan artis terkemuka bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis ini.

Sempena acara ini juga, Siti Khadijah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Koleksi Ramadan & Raya 2026, MUSHAFE - Warisan Darul Iman, yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu, sebuah manuskrip Islam yang kaya dengan nilai seni, sejarah dan budaya. Koleksi ini menzahirkan kehalusan seni Nusantara yang diolah dengan sentuhan moden dan klasik, melahirkan rekaan yang anggun serta sarat dengan makna.

Turut diperkenalkan ialah Telekung Basic baharu yang ditawarkan pada harga RM188, lengkap dengan kotak istimewa, menjadikannya pilihan ideal sebagai hadiah bermakna buat insan tersayang. Ia juga sesuai dijadikan sebagai bingkisan perkahwinan, buah tangan majlis marhaban serta khatam al-Quran.



Seiring dengan aspirasi jenama yang menekankan keseimbangan rohani dan ketenangan jiwa, Siti Khadijah juga memperkenalkan kempen JEDA - Damai Dalam Waktu, satu ajakan untuk kita berhenti sejenak, memperlahankan langkah dan kembali mencari ketenangan dalam dunia yang serba tergesa-gesa.


Melalui mesej Pause for Peace ini, Siti Khadijah mengajak masyarakat untuk mengambil ruang jeda bukan untuk lari, tetapi untuk kembali kepada diri, keluarga dan Ilahi. Kempen ini menjadi salah satu usaha Siti Khadijah dalam menyambut Ramadan serta Syawal dengan jiwa yang lebih damai serta tenang.


Bagi memeriahkan lagi Gema Ramadan Siti Khadijah, jenama ini turut memperkenalkan Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026, sekali gus menjadi wajah baharu bagi koleksi keluarga.

Ammar Baharin - Hadrey Top & Teman Relaxed Pants | Kopiah Muallim Premium
Anak lelaki - Arshan Polo Top Kids & Classic Knit Kopiah Kids

Amyra - Velora Embroidered Kurung Kedah &
Diamante Voile Square
Anak perempuan - Velora Embroidered Kurung Kedah Cilik & Freya Voile Square Cilik

Kehadiran mereka mencerminkan nilai kemesraan, kesederhanaan dan kekeluargaan yang menjadi teras kepada nilai Siti Khadijah.


Koleksi keluarga ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan.




Pastikan koleksi eksklusif ini menjadi persalinan anda sekeluarga dalam persiapan meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal yang penuh bermakna.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.sitikhadijah.com.