Terkini | New

ARIANI PERKENAL TEMA WARNA LEBARAN 2026 DALAM PERTUNJUKAN FESYEN BERPRESTIJ

ARIANI PERKENAL TEMA WARNA LEBARAN 2026 DALAM PERTUNJUKAN FESYEN BERPRESTIJ

Menampilkan Lebih 400 Rekaan Hijab dan 300,000 Busana Raya Sempena Aidilfitri


Sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang, ARIANI sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai jenama fesyen Muslimah terkemuka menerusi penganjuran Pertunjukan Fesyen WARNA LEBARAN ARIANI 2026, yang berlangsung dengan penuh gemilang di Conference Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


​Pertunjukan fesyen ini meraikan keindahan warna sebagai simbol keanggunan, kebersamaan dan kegembiraan Aidilfitri, diterjemahkan melalui rekaan hijab dan busana raya ARIANI yang moden serta elegan. Lebih 100 rekaan hijab dan busana dipersembahkan di pentas peragaan, menampilkan motif alam, flora serta cetakan abstrak kontemporari, digabungkan dengan pilihan material dan teknik cetakan yang unik serta pelbagai. Koleksi ini turut mengetengahkan warna-warna tular tahun ini seperti Strawberry Matcha, Teal dan Lime Green, yang disesuaikan dengan cita rasa semasa tanpa mengabaikan identiti klasik ARIANI.



Pertunjukan ini disaksikan oleh lebih 1,000 tetamu jemputan, terdiri daripada pelanggan VVIP dan setia ARIANI, rakan media, selebriti serta mempengaruhi tempatan. Dalam ucapannya, Datin Seri Farah Haryani, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., menyatakan bahawa Aidilfitri membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar perhimpunan keluarga dan tradisi bermaaf-maafan.


​"Aidilfitri adalah saat untuk meraikan kebersamaan bersama insan tersayang. Persalinan baju raya bukan sekadar pakaian, tetapi lambang kegembiraan dan kenangan bermakna yang diraikan bersama keluarga," ujar beliau.

Lebih 400 Variasi Hijab untuk Pelbagai Gaya

​Daripada selendang hingga ke tudung instant, koleksi WARNA LEBARAN ARIANI menampilkan lebih 400 variasi hijab polos dan bercorak, merangkumi:

  • ​100 rekaan bawal satin dan twill bercorak.

  • ​100 rekaan bawal voile bercorak.

  • ​100 rekaan selendang bercorak dalam material cotton, satin dan chiffon.

  • ​100 selendang dan bawal polos yang dihiasi perincian berlian serta sulaman, ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna tumpuan Aidilfitri.

ARIANI LUXE: Keanggunan Eksklusif

​Koleksi ARIANI LUXE menyerlahkan keanggunan eksklusif menerusi lebih 100 rekaan istimewa yang dihiasi perincian French lace dan sentuhan kristal Swarovski. Setiap helaian tudung premium dihasilkan dengan ketelitian artisan menggunakan material berkualiti tinggi, menjadikannya antara koleksi tumpuan bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

​Pelakon dan penyanyi terkenal, Elly Mazlein, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, tampil memukau tetamu apabila membuka tirai pertunjukan fesyen sebagai Muse ARIANI LUXE 2026, memperagakan rekaan tudung eksklusif yang menyerlahkan keanggunan dan personalitinya yang tersendiri. Elly turut meluahkan rasa teruja dan bersyukur dapat terus menjadi sebahagian daripada keluarga besar ARIANI.

Barisan Duta & Wajah Kempen ARIANI 2026

​Pertunjukan fesyen WARNA LEBARAN ARIANI 2026 mengekalkan tiga duta tetap jenama, iaitu Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad, selain memperkenalkan Fyza Kadir sebagai wajah ARIANI RTW Premium. Barisan selebriti lain yang turut memeriahkan pentas peragaan termasuk Qasrina Karim, Elisya Sandha, Cik Epal, Ammar Azman dan Madnor, manakala Mira Filzah, yang pernah menjadi duta ARIANI sebelum ini, kembali menyerikan kempen raya ARIANI tahun ini.

LIBERTY LONDON x ARIANI: Kolaborasi Antarabangsa, Sentuhan Tradisi Tempatan

​Kemuncak majlis pada petang itu diserikan dengan kolaborasi istimewa tahun kedua antara ARIANI dan LIBERTY LONDON, gedung fesyen mewah ikonik dari London. Kolaborasi berterusan ini menyaksikan pengenalan 16 cetakan baharu eksklusif LIBERTY X ARIANI, menampilkan pelbagai rekaan potongan tradisional yang mengangkat keindahan warisan budaya Malaysia. Dikenali dengan fabrik berkualiti tinggi serta corak bunga ikonik yang bersifat malar zaman (evergreen), LIBERTY turut membawa sentuhan klasik dan unik yang menjadi simbol penyatuan nilai tempatan bersama estetika jenama antarabangsa.

Koleksi Lelaki ARYAN & Duta Baharu

​Koleksi pakaian lelaki ARYAN menampilkan rekaan untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa. Pertunjukan ini mempamerkan seleksi baju melayu sedondon, kurta dan jubah, yang direka menggunakan material berkualiti tinggi dengan fokus kepada jahitan yang kemas dan terperinci. Tahun ini, figura lelaki ikonik Bront Palarae diperkenalkan sebagai duta ARYAN, menambahkan daya tarikan kepada koleksi pakaian lelaki ARIANI.

300,000 Helai Busana Raya ARIANI RTW

​Acara ini memberi tumpuan utama kepada segmen busana raya daripada sub-jenama ARIANI Ready-to-Wear (RTW). Menurut Datin Seri Farah Haryani, sebanyak 300,000 helai busana raya disediakan untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, merangkumi baju kurung, kebaya, kebarung, kaftan, jubah serta pelbagai potongan moden yang lain.

​Walaupun hanya 140 rekaan dipersembahkan di pentas peragaan, koleksi lengkap ARIANI RTW menawarkan lebih 600 rekaan terkini, meliputi saiz bayi hingga dewasa. Setiap helaian dihasilkan menggunakan hampir 10 jenis material premium, termasuk cotton, satin, twill, brocade, chiffon, crepe dan jacquard, bagi memastikan keselesaan serta kualiti terbaik untuk pemakai.

ARIANI Buka Cawangan Baru di KLGCC, Perkukuh Pengalaman Membeli-belah Eksklusif

​Pembukaan cawangan baru ARIANI di pusat membeli-belah KLGCC menjadi simbol pertumbuhan berterusan jenama ini dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih dekat dan eksklusif kepada pelanggan.

Komitmen Terhadap Kualiti & Inklusiviti

​ARIANI kekal berpegang kepada identiti jenama yang kukuh dengan menawarkan koleksi berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, sama ada di butik fizikal mahupun platform dalam talian. Selari dengan DNA jenama, ARIANI terus komited menyediakan koleksi yang inklusif untuk semua peringkat usia, dengan penekanan terhadap keselesaan, kualiti dan nilai estetika tanpa menjejaskan elemen praktikal untuk pemakaian harian.

​Majlis diteruskan dengan Pertunjukan Fesyen ARIANI PREMIUM, menampilkan rekaan eksklusif keluaran terhad untuk pelanggan yang menghargai kemewahan dan keunikan. Kesemua koleksi sempena Aidilfitri ini telah berada di pasaran bermula sekarang, bersempena dengan Jualan Pra-Ramadan dan Jualan Mega Lebaran yang berlangsung sehingga malam raya.

​Acara berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Dato' M. Nasir, Liza Aziz, Azlina Aziz, Ruffedge dan Amelina, menjadikannya antara pertunjukan fesyen paling mewah dan berprestij pernah dianjurkan oleh ARIANI. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.