Kingston Hotel Perkenal "Selera Kampung Buffet" di Bukit Jalil – Sajian Tradisi Menjelang Ramadan 2026
Kingston Hotel Perkenal "Selera Kampung Buffet" di Bukit Jalil – Sajian Tradisi Menjelang Ramadan 2026
Kingston Hotel dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran promosi kulinari terbaharu mereka, Selera Kampung Buffet, yang akan berlangsung di Kingston 10 @ Bukit Jalil. Promosi istimewa ini dijadualkan bermula dari 21 Februari sehingga 17 Mac 2026.


Menampilkan tema hidangan istimewa dan enak, buffet ini bertujuan untuk menghimpunkan keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati jamuan tradisi dalam suasana yang selesa. Antara tarikan utama yang dipaparkan termasuklah sajian kambing golek dan pelbagai variasi lauk-pauk kampung yang disediakan rapi oleh barisan cef profesional hotel.


Jamuan ini akan diadakan di Kingston 10 @ Bukit Jalil, yang terletak di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, 50740 Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik ini memudahkan akses bagi penduduk di sekitar Lembah Klang untuk berkumpul dan menikmati hidangan selera kampung yang asli.





"Kami mengundang orang ramai untuk membawa insan tersayang bagi merasai pengalaman kulinari yang lazat dan penuh dengan citarasa warisan," menurut Chef Kingston Hotel.

Orang awam yang berminat untuk membuat tempahan awal boleh mengunjungi lokasi tatau menghubungi pihak hotel.





Harga dan Lokasi:
Kingston Hotel menawarkan struktur harga yang kompetitif bagi memastikan semua golongan dapat menikmati hidangan ini:
Dewasa: RM85 nett.
Kanak-kanak / Warga Emas: RM49.90 nett.
Istimewa: Kanak-kanak di bawah usia 8 tahun adalah percuma (terhad kepada maksimum 2 kanak-kanak bagi setiap keluarga).

Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban, 50740 Kuala Lumput 50740 Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur