Terkini | New

Showcase Mamat Mekar di IDEA Hotel Kuala Lumpur

Showcase Mamat Mekar di IDEA Hotel Kuala Lumpur 2026


Penyanyi tersohor tanah air, Mamat, bakal mengadakan Showcase Mamat Mekar yang akan berlangsung pada 13 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di IDEA Hotel, Kuala Lumpur, bermula jam 8.00 malam.



Showcase eksklusif ini memberi peluang kepada peminat untuk menikmati persembahan Mamat dalam suasana lebih dekat dan intim, sekali gus meraikan perjalanan aktif beliau sebagai artis solo di bawah pengurusan Mekar Management.

Mamat kini kembali aktif sepenuhnya dalam industri seni tanah air menerusi undangan menyanyi solo serta penampilan istimewa bersama bekas kumpulannya, Exists. 


Perjalanan solo Mamat kini diuruskan oleh Mekar Management yang bertindak dalam segala jadual aktiviti dan perkara berkaitan dirinya dan Sidang media hari ini dianjurkan dan ditaja khas oleh Dato Ahmad Nazli Mohamad Asli dari SRC (Seni Rasa Catering). 


Harga Tiket:
Meja: RM3,000 | RM2,500 | RM2,000
Individu: RM300 | RM250 | RM200

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Cik Manis: +60 13-380 0501
📞 Ayob Abd Majid: 019-368 2548