AEON Bank Jemput Orang Ramai Terokai Keunikan Perbankan Digital di Menara Merdeka 118
AEON Bank Jemput Orang Ramai Terokai Keunikan Perbankan Digital di Menara Merdeka 118

Bank digital Islam pertama di Malaysia, AEON Bank (M) Berhad, menjemput orang ramai untuk datang ke Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118 pada 16 Januari 2026 (Jumaat), dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang, bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali perbankan Islam digital dengan lebih dekat.
Diadakan bersempena dengan siaran langsung Ulang Tahun ke-25 IKIMfm '25 Hours Live', acara ini akan berlangsung di lokasi ikonik negara yang memberikan peluang kepada AEON Bank untuk berinteraksi bersama komuniti, sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu pasukan AEON Bank, bertanya soalan secara bersemuka, serta mengalami sendiri pengalaman perbankan digital AEON Bank mengikut keselesaan masing-masing.
Pengunjung berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tawaran patuh Syariah AEON Bank seperti Akaun Simpanan-i dan Savings Pot dengan ciri penyesuaian yang fleksibel, termasuk Neko Sensei dan program ganjaran gamifikasi Neko Missions. Pengunjung juga boleh mendapatkan penerangan tentang bagaimana Program AEON Points diintegrasikan ke dalam aplikasi AEON Bank, di mana mata ganjaran boleh ditukar kepada tunai dan boleh dikreditkan terus ke akaun AEON Bank pelanggan, di samping menikmati kelebihan dalam ekosistem AEON. Dengan hanya mendaftar dan menyertai aktiviti di lokasi, pengunjung berpeluang memenangi barangan eksklusif AEON Bank, selagi stok masih ada.
Sebagai sebuah bank yang beroperasi sepenuhnya secara digital, AEON Bank mengutamakan kemudahan akses dan kecekapan untuk semua rakyat Malaysia. Melalui sesi ini, orang ramai boleh mendapatkan penerangan yang lebih jelas, memahami bagaimana prinsip Syariah diaplikasikan dalam urusan perbankan harian, dan membuat pilihan perbankan patuh Syariah dengan lebih yakin.
Orang ramai juga diajak untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah yang baharu sahaja dibuka, terletak di dalam presint Merdeka 118.
Lokasi ‘booth’ AEON Bank boleh diakses dengan mudah, sama ada dengan kenderaan peribadi atau pengangkutan awam. Pengunjung boleh menuju ke Masjid Al-Sultan Abdullah di Menara Merdeka 118 melalui Terowong Belfield dari Jalan Syed Putra dan Lebuhraya Persekutuan, yang bersambung ke terowong bawah tanah dengan akses terus ke parkir Menara Merdeka 118. Selain itu, terdapat dua pintu masuk luar dan ruang menurunkan penumpang di Jalan Hang Jebat dan Jalan Stadium untuk akses terus ke kawasan acara. Bagi pengguna pengangkutan awam pula, presint Merdeka 118 boleh diakses dengan mudah melalui MRT (Stesen Merdeka), LRT (Stesen Plaza Rakyat), atau monorel (Stesen Maharajalela).
Untuk maklumat lanjut mengenai AEON Bank, sila layari laman sesawang AEON Bank di https://aeonbank.com.my/