FIPPER X SOLOZ 2026
FIPPER X SOLOZ 2026
Kolaborasi Yang Mencetus Fenomena Kini Kembali Dengan Koleksi Ke-2.

Jenama kasut gaya hidup Malaysia, Fipper dengan bangganya mengumumkan pelancaran Fipper X Soloz 2026 Koleksi Ke-2 yang dinanti-nantikan, meneruskan kolaborasi hebat bersama ikon esports terkemuka Malaysia, Soloz.
Lebih daripada sekadar sebuah kolaborasi komersial, pelancaran koleksi ke-2 ini mencerminkan komitmen berterusan Fipper dalam menyokong perkembangan industri e-games yang semakin berkembang pesat di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Sebagai jenama tempatan yang telah 18 tahun kukuh dalam industri, Fipper melihat esports bukan sekadar platform hiburan, tetapi sebagai ekosistem bakat, kreativiti dan komuniti yang memainkan peranan penting dalam membentuk budaya generasi masa kini.

_copy_1280x721.jpg)
Seiring dengan sokongan terhadap industri ini, kejayaan luar biasa pelancaran pertama pada tahun 2023 yang habis terjual dalam tempoh yang sangat singkat di seluruh negara turut memperlihatkan sambutan kuat pasaran terhadap kolaborasi ini. Permintaan tinggi daripada peminat yang tidak sempat mendapatkan koleksi tersebut, menjadi antara pemangkin utama kepada kelahiran koleksi ke-2 pada tahun 2026.
Fenomena tersebut membuktikan sinergi kukuh antara fesyen gaya hidup dan budaya esports, sekali gus memperlihatkan potensi besar kolaborasi rentas industri dalam membentuk trend baharu di pasaran tempatan. Meneruskan momentum tersebut, koleksi 2026 menggabungkan keyakinan streetwear, tenaga dunia gaming dan DNA warna-warni ikonik Fipper menjadi satu gaya hidup.
Dari Arena Digital ke Street Style
Kolaborasi Fipper X Soloz bukan sekadar tentang kasut, ia melambangkan keyakinan, identiti diri dan mentaliti untuk melangkah ke tahap seterusnya. Diinspirasikan daripada intensiti permainan kompetitif serta personaliti Soloz yang penuh karisma, koleksi ke-2 ini menampilkan:
Kontras warna yang menyerlah berinspirasikan estetika RGB gaming dengan keselesaan material premium yang direka untuk pemakaian sepanjang hari, ia juga didatangkan dengan pilihan warna edisi terhad yang di pilih bersama Soloz dalam gaya streetwear dan budaya esports. Direka khas untuk Gen-Z dan golongan milenial muda, para gamer, influencer dan trendsetter koleksi ini memperkasakan generasi yang berani tampil berbeza dan bergerak dengan gaya tersendiri.
Dua Gaya. Satu Identiti.
Koleksi Ke-2 ini memperkenalkan dua gaya berbeza yang disesuaikan mengikut gaya hidup dan keutamaan pemakai. Selaras dengan semangat eksklusiviti, pelancaran kedua ini hadir dalam kuantiti terhad di seluruh negara.
Koleksi Slip on
Direka untuk mereka yang gemarkan pemakaian mudah dan praktikal, senang disarung, ringan dan sesuai untuk pergerakan harian.
Dilengkapi dengan aksen warna berinspirasikan dunia gaming, ia menawarkan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Datang dengan 3 pilihan warna:
Rage Burst (kombinasi Pink & Purple)
Toxic Rush (Neon)
Over Drive (Merah)
Koleksi Refitt
Tampil dengan siluet klasik yang lebih berstruktur dan refined, sesuai untuk mereka yang menghargai gaya yang kemas, matang dan versatil.
Direka dengan tali yang lebih tebal serta kemasan yang lebih solid, ia menawarkan kestabilan dan keselesaan yang seimbang untuk pemakaian harian mahupun kasual yang lebih polished.
Koleksi ini mempunyai 2 pilihan warna:
Volt Signature (Neon)
Crimson Legacy (Merah)
Menambahkan nilai eksklusif pada rekaan ini, setiap pasang dilengkapi dengan signature Soloz pada bahagian strap, menjadikannya bukan sekadar sandal klasik - tetapi satu simbol kolaborasi gaya dan personaliti yang tersendiri.
Disebabkan permintaan awal yang amat memberangsangkan, salah warna untuk slip on ini telah pun habis terjual sepenuhnya, sekali gus membuktikan sokongan kuat komuniti terhadap kolaborasi Fipper X Soloz. Kedua-dua siri ini mencerminkan karakter dinamik Soloz: mudah menyesuaikan diri, berani, dan sentiasa bersedia untuk membuka tahap seterusnya.
Kolaborasi Yang Melangkaui Batasan
Diiktiraf dalam ASEAN Book of Records sebagai jenama dengan jumlah kombinasi warna tertinggi, Fipper terus melangkaui batas dengan menggabungkan fesyen gaya hidup dan industri esports yang berkembang pesat, satu sektor yang sangat dekat dengan budaya belia di Asia Tenggara.
"Kolaborasi ke-2 ini melambangkan perkembangan, bukan sahaja dari segi reka bentuk, tetapi juga keyakinan dan identiti. Ia tentang membuka potensi tahap seterusnya," kata Fatin Fadila, General Manager Fipper Malaysia.
"Koleksi ini terasa lebih peribadi dan lebih berkuasa. Ia melambangkan usaha, tenaga dan kekal setia kepada diri sendiri", Ujar Soloz. Soloz merupakan salah seorang personaliti esports paling berpengaruh di Malaysia, dikenali atas impaknya dalam industri permainan mudah alih serta komuniti digital yang kukuh.
Laman Web: www.fipperslipper.com