Terkini | New

“Semarak Syawal” Meriahkan Ramadan Di Kl Gateway Mall, Kuala Lumpur

“Semarak Syawal” Meriahkan Ramadan Di Kl Gateway Mall, Kuala Lumpur


​Memasuki tirai Ramadan, KL Gateway Mall bakal menjadi tumpuan warga kota melalui penganjuran program “Semarak Syawal” yang berlangsung bermula 15 Februari hingga 18 Mac 2026.



​Program ini merupakan anjuran Pertubuhan Pusat Perpaduan Global Malaysia Kuala Lumpur (MYGUCKL) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia. Ia bertujuan memperkasakan usahawan tempatan serta menyemarakkan syiar Ramadan melalui pendekatan ekonomi komuniti.





Kolaborasi Strategik Malaysia-Indonesia

​Acara ini menghimpunkan lebih 20 vendor terpilih yang menawarkan pelbagai keperluan Ramadan dan persiapan Aidilfitri, termasuk:

​●Juadah berbuka puasa dan kuih-muih tradisional.
​● Fesyen Raya eksklusif dan aksesori.
​● Produk kesihatan dan gaya hidup.
​●Kolaborasi unik melibatkan delegasi usahawan dari Indonesia.

​“Semarak Syawal bukan sekadar bazar jualan, tetapi sebuah platform strategik untuk menghidupkan semangat kebersamaan dan meningkatkan ekonomi usahawan tempatan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.” Ujar 
Pengarah Program, En. Ariff Fadli.









Pengisian Program & Aktiviti CSR

​Sepanjang sebulan penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk pengunjung:

​●Program Kebajikan: Iftar bersama anak-anak yatim, penyerahan naskah Al-Quran, dan agihan Bakul Ramadan kepada golongan memerlukan.
​●Interaksi Komuniti: Sesi Meet & Greet bersama artis tanah air, program Iftar Jamaie, dan cabutan bertuah mingguan.









Impak Ekonomi & Pelancongan

​Seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, program ini dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung, sekaligus menjadi platform penyatuan seni, budaya, dan perpaduan komuniti.

​Majlis perasmian pembukaan hari ini telah dihadiri oleh tokoh-tokoh penting termasuk:
​Dato’ Freddie Fernandez & Dato’ Khatijah Ibrahim (Persatuan Karyawan Malaysia).
​En. Ariff Fadli b. Abd Wahab (Pengarah Program & Timbalan Presiden DPPUM).
​Ts. Dr. Siti Saidatul Azween (Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan MPN WP KL).
​Ibu Merda Nelly Hasan (Ketua Kumpulan Andalan Nahdliyin UMKM Indonesia DKI Jakarta).



Majlis perasmian gilang-gemilang akan disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada 21 Februari 2026.



Peluang Penajaan & Kerjasama

​Pihak penganjur mengalu-alukan kerjasama strategik daripada syarikat korporat yang berminat menyumbang melalui platform promosi, aktiviti CSR, dan pendedahan jenama kepada komuniti.