Terkini | New

Art of Speed 2026 Kembali Bersama Festival SoundCircus 1 & 2 Ogos 2026

Art of Speed 2026 Kembali Bersama Festival SoundCircus 1 & 2 Ogos 2026

MAEPS Bakal Digegar Tenxi, Cokelat X Ella, Masdo, Iqbal M Dan 54 Pemuzik

​Kembali dengan edisi ke-15 selepas penganjuran pertama kali melakar sejarah, acara Art of Speed 2026 (AOS 2026) menanti pengunjung bermula pada 1 Ogos 2026 (10:00 pagi - larut malam) dan 2 Ogos 2026 (10:00 pagi - larut malam). Lokasinya masih di tempat ikonik - Taman Ekspo Agro Malaysia, Serdang (MAEPS). Dengan kawasan tertutup seluas 452,084 kaki persegi dan keluasan luar 320 ekar, setiap dewan bakal padat dengan pelbagai acara, aktiviti, serta pameran.

​Bonus untuk edisi AOS 2026 ini adalah kepulangan Festival SoundCircus yang sempat 'tidak hadir' selama dua tahun penganjuran. Ia akan menempati ruang seluas 4 ekar dengan 6 pentas persembahan dan aktiviti. Festival ini akan menampilkan gabungan artis dari Malaysia, Indonesia, dan antarabangsa.

​Encik Asep Ahmad Iskandar, selaku Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM) dan SoundCircus Summer Festival 2026, menyifatkan edisi ini sebagai evolusi festival yang memberi impak signifikan terhadap industri kreatif dan pelancongan Malaysia.



Konsep Persembahan Istimewa

​Untuk edisi tahun ini, SoundCircus memperkenalkan beberapa konsep unik:

  • TAKHTA RATU NUSANTARA: Gabungan lagenda dua negara, Cokelat X Ella.

  • LEGENDS X RENEGADES: Kombinasi kumpulan rock dua generasi, Jemson X Def Gab C.

  • 010.8 FM present: Hari Slatan: Sambutan ulang tahun kumpulan Slatan 0108.

  • DIKIR KUSTOM: Persembahan dikir barat bertemakan 'Custom Culture' oleh Issey dan The Clique.

  • POWER POP YEAH YEAH: Perkongsian pentas pertama kali antara dua generasi anak dan ayah, Couple dan Adnan Othman.

  • 30 YEARS OF ASIAN HARDCORE: Meraikan aliran muzik hardcore dengan pelbagai konsep persembahan.

​Sejak penubuhannya pada 2017, SoundCircus telah berkembang daripada persekitaran dalaman ke kawasan luar di MAEPS pada tahun 2019 yang menarik lebih 5,000 pengunjung. Penganjuran tahun ini turut mendapat sokongan Tourism Selangor sebagai rakan kongsi strategik.





Barisan Persembahan Fasa 1 & 2

​Persembahan dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa 1 (20 Pemuzik):

The Jansen (Indonesia), Masdo, Midnight Fusic, Sweetass, Johny Comes Lately, Dannqrack, Eemrun, Second Combat (30 Years Anniversary), Krusty, After Midnight, The World Ends With You, Iron Gaze, Heavener, BesSka Tok Saad, Open Privacy, Kosmik, DJ Queizham, DJ Miko Naiko, S4d.kl, DJ Zu, dan DJ Creamminalsm.

Fasa 2 (34 Pemuzik):

Freshtown All Stars, Cokelat X Ella, Hari Slatan, Nadin Amizah, Tenxi, High Therapy, Straight Answer, Sukses Lancar Rejeki, Johnny Pandora (Jepun), Issey & The Clique, Couple X Adnan Othman, Jemson X Def Gab C, Iqbal M, Moneybag, Empty Page, Tricks, Ya Bunayya, Ibliss, Piponation, Jahvalion, Ruckyard, Omnisync, Aimampus, K.O.I, Rina-Hime, Paylark, Nemesys, Mind Blank, Zafri Romai, D'Pujanggas, Piring Terbang, Citykops, Overthrown (Singapura), dan DJ Mekanik.




Aktiviti Lain Art of Speed Malaysia 2026

​Selain muzik, pelbagai aktiviti otomotif dan gaya hidup disediakan:

  • ​Show & Shine (Kereta & Motosikal).

  • ​4th Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM).

  • ​ThunderCircus "Brotherhood Rally" & Mega Ride In.

  • ​Kulture Kartel (Vintage, Thrift & Streetwear Market).

  • ​Moto4sale Marketplace & Test Ride Zone.

  • ​B-Boy SEA Qualifier & Kustom & Koffee Talk.



Maklumat Tiket

​Pengunjung boleh mendapatkan tiket melalui kategori berikut:

  • Tiket Masuk AOS 2026: RM35.00.

  • SoundCircus General Admission (GA): RM89.00 - RM169.00.

  • SoundCircus Rockzone (RZ): RM139.00 - RM219.00.

  • Hero Guest Care Pack: RM188.00 - RM388.00.

Fasa Penjualan Tiket:

  • Fasa 1: Bermula 1 Februari 2026 (RM129 GA / RM179 RZ).

  • Fasa 2: Bermula 12 Mac 2026 (RM149 GA / RM199 RZ).

  • Fasa 3: Bermula 1 Jun 2026 (RM169 GA / RM219 RZ).

  • Tiket di Pintu Masuk: 1 & 2 Ogos 2026.

​Laman sesawang pembelian tiket: https://biz.bboevents.com/event/#/aosscf26