Cuckoo Malaysia Dan Samsung Malaysia Kerjasama Perkenal Barisan Produk Kediaman Sihat Pintar Baharu Dan Pelan Sewaan
Cuckoo Malaysia Dan Samsung Malaysia Kerjasama Perkenal Barisan Produk Kediaman Sihat Pintar Baharu Dan Pelan Sewaan
Pelbagai Inovasi Terbaru Kini Boleh Didapati Melalui Sewaan yang Menawarkan Akses Lebih Luas kepada Ekosistem Penyelesaian Kesejahteraan CUCKOO Malaysia pada Harga Mampu Milik
Pencipta Kediaman Sihat CUCKOO Malaysia bersama Samsung Malaysia Electronics teruskan kerjasama susulan kejayaan pelancaran CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung tahun lalu. Fasa seterusnya ini memperkenalkan tiga SKU premium baharu merangkumi Mesin Basuh Pengering Pintar, TV Pintar, dan Tablet Pintar di bawah program berkenaan. Ia juga merupakan kali pertama teknologi canggih tersebut ditawarkan melalui model sewaan CUCKOO Malaysia yang terbukti keberkesanannya.
Pengenalan inovasi terbaru ini mencerminkan ketangkasan CUCKOO Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan landskap teknologi yang sentiasa berkembang, memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada inovasi berkuasa AI terkini melalui ekosistem Samsung SmartThings tanpa perlu menanggung kos pendahuluan yang tinggi. Dengan beralih daripada fasa rintis yang sebelum ini hanya menawarkan pembelian secara terus, CUCKOO Malaysia kini memperkukuh kekuatan utamanya merangkumi aspek mampu milik dan ketercapaian dengan barisan produk terbaru ini yang ditawarkan melalui pelan sewaan.

“Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kami dibina berasaskan semangat mencipta nilai lebih tinggi melalui sinergi. Tahun ini, kami melangkah lebih jauh dengan memperkukuh CUCKOO Co-Created Programme with Samsung di bawah segmen ini agar lebih berteraskan pelanggan dengan memperkenalkan model sewaan yang dinanti-nantikan ramai. Penawaran ini bukan sahaja menekankan inovasi baharu, ia juga memastikan setiap isi rumah dapat menikmati gaya hidup lebih pintar dan lebih sihat. Dengan menggabungkan kepimpinan teknologi Samsung bersama model sewaan kami yang telah terbukti, serta pengintegrasian ekosistem kesejahteraan CUCKOO Malaysia yang holistik, kami memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Barisan Produk Terbaru: Kehidupan Lebih Pintar, Kediaman Lebih Sihat
Ekosistem penyelesaian kesejahteraan CUCKOO Malaysia kini semakin pelbagai dan holistik menerusi rangkaian Penyelesaian Kediaman Sihat Pintar terbaru ini. Dengan menggabungkan kepakaran sewaan dan ekosistem kesejahteraan CUCKOO Malaysia bersama ekosistem Samsung SmartThings, pengguna dapat menikmati pengalaman kediaman lebih pintar, mampu milik dan saling berhubung. Ia menumpukan kepada aspek keselamatan melalui perlindungan privasi, kemudahan pemantauan sepintas lalu, meningkatkan penjimatan dengan mengurangkan pembaziran tenaga, serta penjagaan kesihatan seisi keluarga bagi menyokong gaya hidup lebih sihat.
Berikut adalah barisan produk terbaru yang diperkenalkan:
Kombo Mesin Basuh Pengering AI Samsung (12/7kg): Ditawarkan pada harga RM150/sebulan selama 36 bulan, mesin basuh pengering berwarna hitam elegan ini mencuci pakaian secara automatik dengan teknologi AI Wash yang mengesan berat cucian, jenis fabrik dan tahap kekotoran bagi mengoptimumkan penggunaan air serta detergen dalam setiap kitaran. Sementara itu, ciri AI EcoBubble™ pula memastikan penjagaan fabrik 45.5% lebih baik serta mampu menanggalkan 24%1 lebih kotoran walaupun menggunakan air sejuk. Selain proses cucian yang canggih, fungsi Air Wash dan Hygiene Steam memastikan pakaian lebih bersih bagi melindungi kesejahteraan keluarga. Bagi memudahkan pelanggan, Pakar Penjagaan Kediaman profesional (Home Care Specialist) CUCKOO Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan dan Servis Penjagaan Kediaman (servis selepas jualan) secara berkala setiap 6 bulan untuk memastikan tahap kebersihan yang terbaik. Mesin basuh pengering ini turut didatangkan dengan jaminan dan servis eksklusif selama 3 tahun (1 tahun jaminan standard + 2 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
65" QLED QEF1 4K Samsung Vision AI Smart TV: Ditawarkan pada harga RM148/sebulan selama 36 bulan, TV AI ini bukan sekadar hab hiburan, malah berfungsi sebagai portal kecergasan peribadi di rumah. Paparan ‘Slim Look Titan Gray’ dengan pensijilan TUV Real Quantum Dot menampilkan visual jelas dan realistik, menjadikan seolah-olah jurulatih bertaraf dunia berada di ruang tamu anda. Direka dengan mengambil kira aspek keselamatan, paparan ini bebas kadmium, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih selamat untuk keluarga dengan menghapuskan logam berat berbahaya yang lazim terdapat pada paparan tradisional. Pengintegrasian dengan SmartThings membolehkan pengguna memantau keadaan rumah secara sepintas lalu sambil mengikuti sesi HIIT yang intensif atau melakukan senaman yoga yang menenangkan. Produk ini disertakan dengan jaminan eksklusif selama 3 tahun (2 tahun jaminan standard + 1 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB): Ditawarkan pada harga RM160/sebulan selama 24 bulan, tablet berprestasi tinggi ini direka untuk menyokong produktiviti dan gaya hidup aktif masa kini. Paparan besar 13.1 inci dengan reka bentuk ultra nipis 6.0mm serta perlindungan kalis air dan habuk IP68 menjadikannya teman ideal untuk penggunaan di rumah mahupun ketika bergerak. Dikuasakan oleh pemproses Exynos 1580 dan RAM 12GB, peranti ini menawarkan kecekapan berasaskan AI di hujung jari yang menampilkan ciri Galaxy AI, Gemini dan Circle to Search. Sama ada mengikuti latihan kecergasan intensif atau melukis menggunakan S Pen, tablet yang dilengkapi dengan bateri 10,090mAh serta pengecasan 45W ini pasti mampu bertahan lama. Eksklusif untuk CUCKOO Malaysia, tablet ini didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun (2 tahun jaminan standard + 1 tahun jaminan tambahan CUCKOO).
Daya Tahan Operasi dan Pertumbuhan Strategik
“CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung” merupakan sebahagian daripada segmen perniagaan “CUCKOO Co-Created”. Segmen perniagaan ini menampilkan pelbagai peralatan dan barangan isi rumah hasil kerjasama strategik dengan LSK, OGAWA Malaysia dan Fujiaire.
Pengumuman barisan produk terbaru ini dijangka meningkatkan lagi momentum keputusan kewangan tidak diaudit CUCKOO Malaysia bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“S4TK2025”). Dalam tempoh tersebut, Syarikat menunjukkan daya tahan operasi yang kukuh apabila keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 171.0% suku ke suku kepada RM36.5 juta, didorong terutamanya oleh margin lebih tinggi dan strategi pengurusan kredit yang lebih berkesan. Prestasi ini menyumbang kepada pencapaian stabil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“TK2025”), dengan jumlah hasil RM1.1 bilion dan PAT sebanyak RM105.2 juta.
Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, menyumbang RM221.1 juta (20.1%) daripada jumlah hasil TK2025, berbanding 20.2% pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (“TK2024”). Prestasi yang konsisten ini menjadi bukti kepada kejayaan model perniagaan berteraskan sewaan Syarikat dalam menjana pendapatan stabil sambil memenuhi permintaan pengguna terhadap penyelesaian kesejahteraan kediaman yang mampu milik dan berkualiti tinggi.
