Esther Yu Bakal Temui Peminat Malaysia Buat Julung Kalinya Di Jelajah Iqiyi Starship 2026
Esther Yu Bakal Temui Peminat Malaysia Buat Julung Kalinya Di Jelajah Iqiyi Starship 2026

iQIYI International, platform penstriman terkemuka Asia, hari ini secara rasmi mengumumkan Malaysia sebagai destinasi pertama bagi jelajah iQIYI Starship 2026. Acara kemuncak pelancaran ini akan menampilkan Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu (虞书欣), dalam penampilan sulungnya di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 7 April 2026 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Pemilihan Malaysia sebagai persinggahan pertama mencerminkan komitmen berterusan iQIYI dalam memperkukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan, susulan kejayaan besar siri jelajah Starship di seluruh Asia Tenggara pada tahun lalu.
Esther Yu, yang dilantik sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI pada November tahun lalu, merupakan wajah di sebalik pelbagai naskhah hit global seperti Love Between Fairy and Devil (2022), My Journey to You (2023), dan Sword and Fairy (2024). Kehadiran beliau kali ini bertujuan untuk meraikan sokongan luar biasa peminat terhadap drama original iQIYI terbaharu, Speed and Love (双轨).
Dalam acara eksklusif ini, Esther bakal berkongsi pengalaman di sebalik tabir serta memberikan kupasan mendalam mengenai wataknya dalam Speed and Love, sebuah drama bertemakan dunia perlumbaan kompetitif yang kini menjadi antara judul drama-C paling hangat diperkatakan di rantau ini.
Informasi Acara:
Tarikh: Selasa, 7 April 2026
Masa: 7:30 Malam (Pendaftaran media: 7:00 – 7:30 Malam)
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Tetamu Khas: Esther Yu, Duta Global Antarabangsa iQIYI