Terkini | New

Siri Samsung Galaxy S26 Dibuka Untuk Pengambilan Awal Hari Ini!

Siri Samsung Galaxy S26 Dibuka Untuk Pengambilan Awal Hari Ini!


Keterujaan bermula hari ini apabila gelombang pertama rakyat Malaysia tiba untuk mengambil siri Samsung Galaxy S26 yang serbaharu semasa fasa pengambilan awal pra-tempahan, sekali gus menjadi antara yang terawal memiliki inovasi AI mudah alih terbaru Samsung sebelum pelancaran rasmi.

​Mendahului barisan giliran ialah pengguna setia Samsung, David L, 20 tahun, yang berkongsi keterujaannya mengenai ciri Privacy Display dan Horizontal Lock baharu yang diperkenalkan bersama Galaxy S26 Ultra semasa acara Galaxy Unpacked.

​“Walaupun saya kini menggunakan Galaxy S25 Ultra, ciri Privacy Display dan Horizontal Lock, bersama dengan pengecasan pantas yang dipertingkatkan, menjadikan keputusan untuk menaik taraf kepada Galaxy S26 Ultra satu pilihan yang mudah. Dengan tawaran tukar beli (trade-in) Samsung dan promosi yang sedang berlangsung, saya juga berjaya mendapatkan tawaran yang sangat berbaloi,” katanya.

​Pelanggan yang telah membuat pra-tempahan siri Samsung Galaxy S26 boleh mula mengambil peranti mereka hari ini di Samsung Experience Stores di seluruh negara atau memilih penghantaran ke rumah — bagi menikmati akses awal kepada generasi Galaxy seterusnya sebelum ia mula dijual secara rasmi di kedai-kedai. Mereka yang masih belum memiliki peranti ini digalakkan untuk membuat pra-tempahan segera bagi menikmati tawaran eksklusif dan menjadi antara yang terawal merasai pengalaman siri Galaxy S26.

​Pra-tempah inovasi mudah alih Samsung yang seterusnya hari ini! Dari 26 Februari 2026 hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200 termasuk storan berganda dan Samsung Rewards Points Booster serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih. Anda juga boleh menjimatkan sehingga RM4,450 dengan program tukar beli Galaxy Forever, dapatkan diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, dan pilih pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.



Untuk membeli siri Samsung Galaxy S26 sila ke https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/