Terkini | New

Galaxy S26 Ultra Membuka Perspektif Baharu, Membawa Kamera ke Dalam Aksi Era Baru Penyiaran Sukan.

Galaxy S26 Ultra Membuka Perspektif Baharu, Membawa Kamera ke Dalam Aksi Era Baru Penyiaran Sukan.

Merakam sudut baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini, keupayaan rakaman sedia-siaran Galaxy S26 Ultra mengubah cara papan selaju difilemkan, dialami dan disampaikan dalam masa nyata.


​Samsung Electronics Co., Ltd., rakan kongsi global Street League Skateboarding (SLS), mengumumkan bahawa Galaxy S26 Ultra telah digunakan untuk memfilemkan pertandingan Street League Skateboarding (SLS) secara langsung buat kali pertama semasa acara SLS DTLA Takeover pada 4 April. Kamera gred profesional Galaxy S26 Ultra mentakrifkan semula peranan peranti mudah alih dalam sukan, memberikan pengalaman visual segar bagi papan selaju yang mencerminkan intensiti sukan itu sendiri.


Dipasang di dalam pentas SLS DTLA Takeover, Galaxy S26 Ultra digunakan untuk memfilemkan pertandingan secara langsung.


​Penyiaran sukan sedang berkembang, membawa peminat lebih dekat dengan aksi melalui kamera mudah alih yang diletakkan secara langsung di dalam acara tersebut. Samsung memacu anjakan ini dengan sistem kamera Galaxy dan keupayaannya untuk beroperasi pada prestasi tahap penyiaran melalui gandingan ketersambungan dan mobiliti. Awal tahun ini, peranti mercu Galaxy telah digunakan untuk menstrim Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, di mana Samsung bekerjasama dengan Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) untuk menyematkan peranti Galaxy di seluruh venue di salah satu pentas sukan terbesar di dunia. Hasilnya ialah lapisan baharu penceritaan visual, merakam perspektif dinamik yang melengkapi liputan siaran tradisional. Keupayaan ini dilanjutkan ke Galaxy Unpacked 2026, mempamerkan kebolehannya untuk menyampaikan rakaman dan penghantaran video gred profesional.

​Kini, Samsung membantu menerajui transformasi ini dalam pertandingan papan selaju dengan menyematkan Galaxy S26 Ultra secara langsung ke dalam ciri-ciri utama litar termasuk rel, pelantar (ledges) dan jurang (gaps) di sepanjang musim SLS 2026, menskalakan sepenuhnya Galaxy POV (sudut pandang) yang pertama kali diperkenalkan pada siri SLS Sydney 2026.

​"Inovasi mudah alih membuka kemungkinan baharu tentang bagaimana sukan dirakam dan dialami," kata Joshua Cho, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan Penyelesaian Visual, Perniagaan Mobile eXperience (MX) di Samsung Electronics. "Di Milano Cortina, kami menunjukkan bagaimana teknologi Galaxy boleh melengkapi sistem penyiaran tradisional. Dengan Street League Skateboarding, kami membawa pendekatan yang sama terus ke dalam litar dengan kamera peranti terbaharu dan paling canggih kami, serta menggunakan POV mudah alih untuk merakam papan selaju daripada perspektif yang benar-benar baharu."


Galaxy S26 Ultra merakam setiap helah dengan sudut baharu di SLS DTLA Takeover.

​Disematkan di seluruh litar, peranti ini menyediakan perspektif tahap pemain papan selaju, menawarkan sudut yang sering kali tidak dapat dirakam oleh sistem penyiaran biasa. Rakaman ini disalurkan terus ke dalam aliran kerja produksi langsung, membolehkan ulangan tayang hampir merta dan menawarkan penonton pengalaman visual segar yang mencerminkan intensiti sukan itu sendiri.

​Daripada kelajuan sehinggalah ketepatan setiap pendaratan, papan selaju ditakrifkan oleh butiran yang sering kali hilang dari jarak jauh. Dengan kamera mudah alih yang diletakkan terus di dalam litar, Samsung membayangkan semula bagaimana sukan ini dialami, membawa peminat lebih dekat dengan setiap pergerakan di udara, pusingan papan (board flip) dan pendaratan. Perspektif baharu ini menawarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknik, masa dan kawalan, sambil memperkukuhkan hubungan antara peminat, sukan tersebut dan atlet.

​Menampilkan sistem pengimejan mudah alih Samsung yang paling canggih setakat ini, Galaxy S26 Ultra direka untuk berprestasi dalam persekitaran yang bergerak pantas dan tidak menentu, sama seperti atlet itu sendiri. Ia memberikan prestasi kamera gred profesional dan rakaman berkualiti tinggi merentasi pelbagai keadaan penggambaran dengan penstabilan yang dipertingkatkan, pemprosesan pintar dan keupayaan untuk mengekalkan kejelasan dalam keadaan cahaya rendah atau kelajuan tinggi. Ini membolehkannya beroperasi bersama kamera konvensional sambil mengekalkan kejelasan, kestabilan dan butiran dalam ruang yang tidak mudah dicapai oleh kamera siaran tradisional.

​Peranti Galaxy S26 Ultra mengikut ritma dan aliran setiap larian, mendedahkan gaya, kelajuan dan ketepatan setiap helah dari dalam litar itu sendiri. Ciri-ciri Galaxy juga memperluaskan kemungkinan kreatif produksi. Ciri seperti Super Steady dengan penstabilan kunci mendatar membantu mengekalkan rakaman yang lancar dan rata walaupun semasa pergerakan berkelajuan tinggi, manakala Instant Slow-Mo membolehkan ulangan tayang terperinci bagi helah semasa ia berlaku. Secara kolektif, keupayaan ini membolehkan pasukan produksi merakam papan selaju dengan kejelasan, kestabilan dan kedekatan yang lebih besar mempamerkan ketepatan, gaya dan kemahiran teknikal di sebalik setiap pergerakan.


Jagger Eaton (Tempat ke-2) dan pemenang lain bergaya untuk "Victory Selfie" selepas perlawanan akhir lelaki.

​"Papan selaju kini menjangkau lebih ramai orang berbanding sebelum ini, terutamanya apabila sukan ini terus berkembang di pentas global," kata Brett Clarke, Ketua Pegawai Pendapatan di Thrill Sports, syarikat induk Street League Skateboarding. "Kerjasama seperti yang kami jalinkan dengan Samsung membantu kami mengembangkan cara sukan ini dikongsi dengan peminat sambil kekal setia kepada kreativiti dan budaya yang mentakrifkan papan selaju."

​Kemunculan sulung integrasi POV Galaxy S26 Ultra di SLS DTLA Takeover memberi isyarat ke mana arah tuju penyiaran sukan seterusnya. Sambil Jelajah Kejohanan SLS diteruskan, Samsung akan terus meneroka bagaimana teknologi mudah alih boleh berkembang menjadi alatan penyiaran yang serba boleh. Menjelang acara sukan global utama dan perjalanan menuju Los Angeles 2028, anjakan ini mencadangkan masa depan di mana sempadan antara kamera telefon pintar dan kamera penyiaran terus menghilang, membawa peminat lebih dekat dengan aksi.


Dapatkan Siri Samsung Galaxy S26 Baharu di Pelancaran Hari Ini!

​Sehingga 3 Mei 2026, siri Galaxy S26 tersedia untuk pembelian dengan promosi hebat ini:

​Pelanggan boleh mendapat rebat sehingga RM800 semasa pembelian dengan kad kredit atau debit CIMB, Maybank atau RHB yang layak.
​Pelanggan juga boleh menebus sehingga RM400 dengan Samsung Rewards Points Booster untuk pembelian mereka!

​Sehingga 31 Mei 2026, dapatkan diskaun 10% untuk Siri Galaxy Buds4 apabila anda membeli model terpilih Siri Galaxy S dan Z. Ahli Samsung yang layak juga boleh menikmati diskaun eksklusif 10% melalui penebusan baucar daripada aplikasi Samsung Members mereka, untuk pembelian sama ada di kedai melalui Endless Aisle atau secara dalam talian.

​Untuk ketenangan fikiran tambahan, jimat sehingga RM200 untuk 3 tahun Samsung Care+ apabila anda membeli Siri Galaxy S26 juga. Samsung Care+ menawarkan perlindungan komprehensif yang melindungi nilai peranti, termasuk pembaikan pantas untuk kerosakan tidak sengaja, waranti lanjutan, dan sokongan pakar bertauliah yang tersedia di dalam dan luar negara.


Untuk membeli Siri Samsung Galaxy S26, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/