‘Ngam For Real Life’: Kami Bertanya Kepada Rakyat Malaysia
‘Ngam For Real Life’: Kami Bertanya Kepada Rakyat Malaysia Apa Yang Penting Pada Sesebuah Telefon – Dan Membinanya Berdasarkan Jawapan Mereka
Jujur sedia kebanyakan kempen telefon pintar memberitahu anda apa yang mampu dilakukan oleh sesebuah peranti. Tetapi dalam kehidupan sebenar, adakah rakyat Malaysia benar-benar peduli?
Di situlah kempen “Ngam For Real Life” daripada Samsung memainkan peranannya.
Daripada membina cerita berdasarkan andaian, kempen ini bermula dengan soalan mudah:
“Apa yang sebenarnya rakyat Malaysia perlukan daripada telefon mereka dalam kehidupan realiti?”
Jadi, daripada bertanya “apa yang telefon boleh buat?”, Samsung bermula dengan soalan yang lebih ringkas: bagaimana rupa “ngam” yang sebenarnya dalam kehidupan harian?
Kerana di Malaysia, “ngam” bukan sekadar perkataan ia adalah satu pengiktirafan. Apabila sesuatu itu sesuai dengan hidup anda dengan sempurna, anda akan merasainya sendiri.
Dan itulah tujuan utama Galaxy A57 dan A37 5G direka untuk disesuaikan dengan rutin sebenar, kekecewaan sebenar, dan momen harian yang nyata tanpa memaksa pengguna mengubah cara hidup mereka demi peranti tersebut.
Apabila “Ngam” Bermula dengan Kejelasan – Dunia William: Ambil William sebagai contoh.
Sebagai seorang eksekutif bank yang mengendalikan maklumat sulit setiap hari, baginya, Galaxy A57 5G bukan sekadar alat komunikasi — ia adalah sebahagian daripada cara dia melindungi kerja sensitif semasa dalam perjalanan.
Dalam bidang kerjanya, butiran kecil amat penting.
Sama ada dia menyemak dokumen selepas waktu pejabat atau menyemak maklumat dalam persekitaran cahaya malap, dia memerlukan kejelasan yang boleh dipercayai. Dia juga memerlukan jaminan bahawa apa yang ada dalam perantinya kekal selamat, serta storan yang mencukupi supaya dia tidak perlu memilih apa yang hendak disimpan atau dipadam.
Bagi William, “ngam” itu mudah: telefon yang melakukan tugasnya dengan senyap, tanpa mengabaikan keselamatan atau ruang storan.
Apabila “Ngam” Menyaingi Kekalutan – Kreativiti Harian Nurul:
Kemudian ada pula Nurul.
Seorang jurusolek artis mengikut profesion, tetapi realitinya, hidupnya adalah gabungan antara kerja, penghasilan kandungan, dan mengejar kucing-kucingnya — yang menurutnya, “tidak pernah mahu bekerjasama, terutamanya apabila pencahayaan teruk.”
Dunianya tidak menunggu keadaan yang sempurna. Dan dengan Galaxy A57 5G kesayangannya, dia tidak perlu menunggu.
Sama ada sesi penggambaran pelanggan, atau saat mengejut apabila kucingnya memutuskan untuk bersembunyi di sudut rumah yang gelap. Dalam apa jua keadaan, dia memerlukan telefon yang merakam dengan jelas, terang, dan serta-merta tanpa perlu mencuba buat kali kedua.
Dan memandangkan hidupnya menghasilkan kandungan yang tidak putus-putus, storan bukanlah satu kemewahan. Ia adalah keperluan untuk bertahan.
Bagi Nurul, “ngam” bermaksud: kamera yang sentiasa bersedia dengan kehidupan sebenar — walaupun kehidupan itu sendiri enggan duduk diam.
Apabila “Ngam” Berlaku Dalam Detik Tersebut Zakwan Di Konsert:
Bagi Zakwan, kemuncak hidupnya adalah di konsert. Lampu, orang ramai, bunyi bising semuanya berlaku dengan pantas, dan tiada yang berlaku dua kali.
Dia adalah jenis peminat yang bukan sekadar hadir ke konsert; dia merasai pengalamannya sepenuhnya. Ini juga bermakna telefonnya menjadi penjaga memori di tengah-tengah kekalutan tersebut.
Tetapi persekitaran konsert tidak selalunya menyebelahi kita. Cahaya malap, pergerakan, jarak semuanya menghalang rakaman yang sempurna. Namun dengan Galaxy A57 5G baharu, ia mampu menyaingi segalanya.
Jadi baginya, soalannya sentiasa sama: Adakah detik itu berjaya dirakam dengan betul, atau ia sekadar menjadi memori yang kabur?
Bagi Zakwan, “ngam” adalah: dapat menghayati semula detik tersebut tepat seperti yang dirasai — bukan seperti kegagalan rakaman.
Apabila “Ngam” Bermaksud Tiada Kelengahan — Mod Efisiensi Janice:
Seterusnya kita beralih kepada Janice.
Hidupnya tersusun, pantas, dan dipenuhi dengan penggunaan pelbagai aplikasi. Semuanya digital, semuanya segera, dan semuanya mempunyai tujuan.
Tiada kesabaran untuk masalah 'lag'. Tiada toleransi untuk kelewatan. Dan sudah tentu tiada ruang untuk telefon yang bergelut untuk berfungsi dengan pantas.
Daripada bertukar antara aplikasi hinggalah menguruskan pelbagai tugasan serentak, telefonnya perlu berfungsi tanpa ragu-ragu. Syukurlah, Galaxy A37 5G mampu melakukannya.
Bagi Janice, “ngam” bukan tentang ciri tambahan — ia tentang konsistensi: telefon yang langsung tidak menghalangnya.
Peranan Siri Galaxy A – Sesuai Secara Alami, Di Mana Jua
Melalui pelbagai gaya hidup yang berbeza ini, satu corak menjadi jelas.
“Ngam” tidak datang daripada memiliki ciri-ciri paling banyak di atas kertas. Ia datang daripada memiliki pengalaman yang betul pada saat yang tepat.
Melalui kisah-kisah sebenar ini, kami ingin menunjukkan bahawa Galaxy A57 dan A37 5G dibina berdasarkan idea tersebut — memberikan prestasi di mana ia paling penting, sama ada kejelasan dalam cahaya malap, prestasi yang boleh dipercayai, atau storan yang mencukupi untuk menyokong tuntutan harian.
Tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tidak merumitkan keadaan. Hanya sekadar serasi — secara semula jadi.
Lagipun, Aye Tetap Ngam kan?
Tonton siri penuh ‘Ngam For Real Life’ di sini: https://www.youtube.com/playlist?list=PLnTShG87SzXPdTtWj2dtVqteYMONwZAhg
Promosi Rebat Pelancaran akan berlangsung dari 25 Mac 2026 – 31 Disember 2026 manakala Rebat Bank/Shopee PayLater pula dari 25 Mac 2026 – 29 April 2026.
Beli Galaxy A57 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-512gb-sm-a576bdbuxme
