Terkini | New

Watsons Malaysia Tingkatkan Pengalaman Kecantikan dengan KBeauty Festa Terbesar

Watsons Malaysia Tingkatkan Pengalaman Kecantikan dengan KBeauty Festa Terbesar

Menghimpunkan Lebih 120 Jenama Kecantikan Korea Terkenal untuk Pengguna di Malaysia


Watsons Malaysia kembali menyemarakkan dunia kecantikan Korea dengan penganjuran Watsons K-Beauty Festa 2026 yang dinanti-nantikan, menjadikan Pusat Pameran Mid Valley sebagai hab K-Beauty paling utama dengan pelbagai produk dan tawaran eksklusif.

Meneruskan kejayaan penganjuran tahun lalu, edisi 2026 merupakan Watsons KBeauty Festa terbesar setakat ini dengan penyertaan lebih 120 jenama, termasuk hampir 30 jenama Korea baharu. Penambahan ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kecantikan Korea dalam kalangan pengguna Malaysia serta mengukuhkan kedudukan Watsons sebagai destinasi utama inovasi Kbeauty.


“Di Watsons, kami berbangga dapat membawa perkembangan menarik ini lebih dekat kepada pelanggan melalui K-Beauty Festa. Pada tahun ini, kami membawa pengalaman ini ke tahap yang seterusnya dengan barisan jenama terbesar kami setakat ini, membolehkan pelanggan meneroka, menemui dan menikmati produk kecantikan terkini di satu lokasi,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.


Dengan portfolio jenama yang lebih luas tahun ini, pengunjung boleh menyelami pelancaran produk baharu, meneroka penyelesaian penjagaan kulit yang menepati trend semasa, serta merasai sendiri inovasi paling popular yang membentuk landskap K-beauty masa kini.

Festa tahun ini menampilkan konsep bertemakan permainan yang melambangkan evolusi berterusan industri melalui formulasi baharu, teknologi canggih dan bahan trending. Jika sebelum ini kecantikan Korea terkenal dengan penggunaan bahan tradisional, kini ia semakin dipacu oleh sains penjagaan kulit, dengan bahan aktif generasi baharu seperti PDRN, peptida dan formulasi pembaikan penghalang kulit yang membentuk masa depan inovasi Kbeauty.



Watsons KBeauty Festa 2026 akan berlangsung dari 23 hingga 26 April 2026 di Pusat Pameran Mid Valley. Sepanjang festival empat hari ini, pengunjung boleh menemui trend Kbeauty terkini merangkumi penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan kesihatan dan penjagaan diri sambil menikmati pengalaman kecantikan yang imersif dengan pelbagai ganjaran dan promosi menarik. Pembeli juga berpeluang menikmati hadiah bernilai RM100 dengan pembelian, baucar eTunai RM10, serta hadiah eksklusif daripada program W Rewards Watsons dan pemberian jenama sepanjang acara ini.



Pelanggan boleh menikmati diskaun segera RM12 dengan pembelian produk penjagaan kulit bernilai RM100, serta diskaun segera RM10 dengan pembelian minimum RM120. Pembeli sepanjang festival ini juga berpeluang menebus hadiah eksklusif bertemakan K-Beauty dengan pembelian. Perbelanjaan minimum RM80 melayakkan pelanggan menerima Kiub Teka-Teki K-Beauty, manakala perbelanjaan RM200 membolehkan penebusan Gameboy K-Beauty. Pembelian RM250 dan ke atas memberi peluang untuk menyertai aktivasi Mystery Grab dan memenangi hadiah mini atau sachet menarik. Pelanggan yang berbelanja RM300 dan ke atas akan menerima Kamera Pakai Buang K Beauty, menambahkan elemen keseronokan dan nostalgia sepanjang festival ini.

Selain itu, Watsons Malaysia turut bekerjasama dengan Traveloka bagi memperkenalkan Peraduan KBeauty Spend & Win, yang memberi peluang kepada ahli untuk menukar pengalaman membelibelah kecantikan mereka kepada percutian impian. Dengan perbelanjaan minimum RM120 bagi jenama terlibat sama ada di kedai atau dalam talian, ahli Watsons berpeluang memenangi baucar penerbangan ke Korea bersama baucar hotel di Korea, serta 100 hadiah baucar eWatsons bernilai RM100. Peraduan ini berlangsung sehingga 26 April 2026.

Danny menambah, “Festival ini mencerminkan komitmen Watsons untuk mencipta pengalaman runcit yang lebih menarik daripada sekadar membelibelah. Lebih daripada sebuah acara kecantikan, KBeauty Festa merupakan platform imersif yang membolehkan pelanggan berinteraksi dengan jenama, mencuba produk baharu dan meneroka trend baharu yang membentuk masa depan industri kecantikan.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.watsons.com.my atau ikuti kami di media sosial @watsonsmy.