Samsung Memperkenalkan Hearapy: Cara Baharu untuk Perjalanan yang Lebih Baik
Samsung Memperkenalkan Hearapy: Cara Baharu untuk Perjalanan yang Lebih Baik
Kita semua pernah mengalaminya membalas mesej atau melayari kandungan semasa dalam perjalanan kereta, hanya untuk merasakan gelombang mual yang mula menyelubungi diri. Mabuk perjalanan telah lama menjadi bahagian yang tidak dapat dielakkan bagi ramai pengembara.
Dibangunkan sebagai sebahagian daripada fokus berterusan Samsung terhadap inovasi yang bermakna, Hearapy mengubah peranti pendengaran harian menjadi alat kesejahteraan menawarkan cara yang mudah dan bebas ubat untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa perjalanan.


Penyelesaian Berasaskan Bunyi untuk Mabuk Perjalanan
Hearapy berfungsi dengan memainkan nada frekuensi rendah 100Hz melalui fon puting (earbuds) atau fon kepala yang disambungkan. Nada ini merangsang telinga dalam, membantu memulihkan keseimbangan apabila terdapat ketidakpadanan antara isyarat visual dan isyarat pergerakan punca biasa mabuk perjalanan.
Dengan menangani ketidakseimbangan deria ini, Hearapy menyediakan cara yang praktikal dan mudah dicapai oleh pengguna untuk mengurangkan gejala seperti pening dan mual.
Cepat dan Berkesan
Kadangkala, ia hanya mengambil masa beberapa minit. Dengan Hearapy, pengguna boleh merasai kelegaan dalam masa seawal 60 saat. Apabila digunakan sebelum memulakan perjalanan, aplikasi ini boleh membantu mengurangkan gejala mabuk perjalanan sehingga dua jam.
Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menyesuaikan tempoh pendengaran sehingga 120 saat menawarkan fleksibiliti berdasarkan pilihan individu dan keperluan perjalanan.
Tiada pil. Tiada pelekat. Hanya langkah mudah sebelum anda bertolak.
Direka untuk Kegunaan Harian
Walaupun Hearapy dioptimumkan untuk penggunaan dengan siri Samsung Galaxy Buds4, ia juga serasi dengan kebanyakan fon puting dan fon kepala lain menjadikannya boleh dicapai oleh kumpulan pengguna yang lebih luas.
Apabila digandingkan dengan Galaxy Buds, pengguna dapat menikmati ketepatan dan kejelasan bunyi yang dipertingkatkan, memastikan nada tersebut disampaikan secara berkesan untuk pengalaman terbaik.
Dibina Berasaskan Penyelidikan, Direka untuk Kehidupan Sebenar
Hearapy diilhamkan oleh penyelidikan tentang bagaimana bunyi frekuensi rendah dapat merangsang sistem keseimbangan badan, yang juga dikenali sebagai sistem vestibular.
Ia mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mencipta inovasi yang bermakna penyelesaian yang melangkaui sekadar ciri-ciri teknikal, sebaliknya memberi tumpuan kepada bagaimana teknologi dapat meningkatkan kesejahteraan harian.
Dengan Hearapy, Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan dimensi audio baharu yang melangkaui hiburan.
Kerana kadangkala, inovasi yang paling bermakna bukanlah tentang melakukan lebih banyak perkara. Ia adalah tentang membantu anda berasa lebih baik, ke mana sahaja anda pergi.
Promosi Siri Galaxy Buds4
Bermula sekarang sehingga 31 Mei 2026, dapatkan diskaun 10% untuk Siri Galaxy Buds4 apabila anda membeli model terpilih dalam Siri Galaxy S dan Z. Ahli Samsung yang layak juga boleh menikmati diskaun eksklusif 10% melalui penebusan baucar daripada aplikasi Samsung Members mereka, untuk pembelian sama ada di kedai melalui Endless Aisle atau secara dalam talian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri Galaxy Buds4, sila layari: https://www.samsung.com/my/audio-sound/galaxy-buds4-pro/buy/
