Terkini | New

Kementerian Perpaduan Negara Penganjur ‘pesta Cita Rasa Sambal Perpaduan’ Sempena Minggu Perpaduan 2026

Kementerian Perpaduan Negara Penganjur ‘pesta Cita Rasa Sambal Perpaduan’ Sempena Minggu Perpaduan 2026


Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik hari ini secara rasminya telah menganjurkan ‘Pesta Cita Rasa Sambal Perpaduan’. Program unik ini diadakan sebagai salah satu pengisian utama sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026.



​Bertempat Muzium Negara, acara ini telah mempamerkan kepelbagaian seni kulinari tanah air dengan mengangkat 'sambal' sebagai hidangan ikonik rakyat Malaysia sebagai simbolik yang menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, budaya, dan latar belakang di negara ini.



​Melalui tema "Perpaduan", program ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan keunikan warisan masakan tradisional, malah memperkukuh jalinan integrasi nasional selaras dengan aspirasi penjenamaan Malaysia MADANI dan kempen Bersama Membina Negara Bangsa.





"Pesta Cita Rasa Sambal Perpaduan adalah penganjuran yang kesepuluh kali semenjak 2023 sehingga sekarang. Kali ini kita menggabungkan elemen perpaduan saya melihat dari segi perpaduan dari segi pemakanan. Kita bersama dengan Muzium negara bagi penajaan lokasi dan juga bantuan daripada Kementerian Perpaduan Negara bagi segi dana untuk melaksanakannya. Kita ada tiga elemen iaitu galeri sambal, gerai sambal yang di makan dengan sambal. Terdapat juga sambal dari Negeri Sabah dan sambal dari komuniti panjab," Ujar Pengerusi persatuan seni warisan artistik digital Malaysia Azmi bin jaffri








Pesta ini juga berjaya mengumpulkan 27 sambal sempena pertanding mencipta sambal inovasi terbaru bagi menjadikan sambal Malaysia. Pesta ini berharap agar pengunjung dan juga melancong datang bukan saja melihat tempat-tempat yang menarik tapi boleh mendapatkan maklumat dan merasa makanan warisan terutama sambal perpaduan.



"Turut teruja dapat bersama memeriahkan lagi kerjasama dengan masakan-masakan warisan. Turut mencipta beberapa sambal inovasi yang baru menggabungkan paru goreng rangup terung pipit, bunga kantan dan beberapa jenis cili. Elemen warisan dan bahan- yang dipetik di belakang rumah boleh dijadikan resepi dan menu menarik. Ada beberapa sambal yang akan di bawa ke sarawak untuk pertandingan akan datang," Ujar Chef Dr Liza Zainol.





​Pihak media tempatan turut diraikan bagi menyaksikan sendiri kemeriahan pesta serta keunikan pelbagai variasi sambal yang melambangkan keharmonian identiti rakyat Malaysia.





​Kementerian Perpaduan Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media, rakan strategik, dan seluruh pengujung yang hadir dalam menjayakan program ini. Sokongan berterusan ini amat penting bagi memastikan mesej keharmonian dan perpaduan terus subur dalam kalangan masyarakat.